Happy Nurses Day




Saya berani bertaruh dengan pendapat saya sendiri yang bahawasanya tidak semua orang boleh menjadi seorang jururawat.  Mereka bekerja umpama semut yang tidak pernah merungut bekerja walau apapun melanda, walau bekalan makanan dan cukup.  By the way, pernahkah anda lihat semut duduk lepak-lepak?

Mereka amat komited dengan tugas dan kerjaya mereka, bukanlah hendak memuji isteri tetapi melalui hemat saya beliau begitu cemerlang dalam menjalankan perkhidmatannya.  Dia sebaik mungkin menyiapkan tugasannya seberes-beresnya malah sekiranya dia terlupa atau ada perkara yang memerlukannya dia tanpa membuang masa terus bergerak ke tempat kerja.(Walaupun belum tidur selepas syif malam)

Satu yang paling saya kagumi sekiranya sedang cuti, isteri akan memastikan telefon bimbit sentiasa dalam keadaan yang boleh dihubungi kalau-kalau diperlukan malah sekiranya tidak sempat menyambut telefon dia akan segera menghubungi semula.  Kerapkali juga kami yang sedang berada di pasaraya terpaksa balik segera setelah mendapat panggilan kekurangan staf atau rakan sekerja perlukan pengganti - tanpa RUNGUTAN atau PERTIKAIAN.

Saya pernah bertanya tentang kepuasannya dalam bekerja, dia menjawabnya sebegini "Papa, kami amat bertuah kerana kami orang pertama yang berjumpa dengan orang baru(bayi). Melihat ibu dan anak selamat adalah satu kepuasan".

Anda rasa dapat buat begitu? I myself DON'T think so! 




Comments

Jankaulu said…
emak saya seorang nurse juga. saya selalu dengar cerita dari mak saya pasal mula-mula dia kerja di wad dulu.

wad dulu banyak hantu, saya suka dengar...he he he.

selamat hari jururawat diucapkan untuk isteri. semoga gembira selalu.
Anonymous said…
selamat hari nurse! sayang semua nurse2 m'sia!
Adie Achim said…
Sukiman - Bertuah badan kan ada nurse kt umah... :)

Seksi Bani - Kalau ko jd nurse aku gerenti ko mesti alter uniform tu jadi super mini skirt!

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!