Teknologi yang hampir dilupakan



Punyalah terkejut jumpa benda nie! (laksana terjumpa artifak sejarah)
Saya sebenarnya sedang menyemak inventori stationary pejabat. Berkira-kira untuk membuat permohonan mana-mana bekalan yang berkurangan, masa tu lah saya terjumpa disket. Terus saya membuat tawaran kepada rakan-rakan sekerja sesiapa yang perlukannya tapi hampa tidak ada seorang pun yang berminat malah ada suara sumbang "Camana mau guna tu?" Samada dia berlawak atau memang maksudkannya (Maklumlah dia ni lahir dalam era 80an).

Kemudian bagaikan mengejar deadline (tertekan dengan rakan-rakan blog yang lain sudah punya entri hari ini) sayapun membuat sedikit kajian tentang item ini mana tau ada perkara yang boleh dikongsikan bersama. Hampa! amat sedikit dan langsung tidak menarik minat akal minda. Saya yang memang sentimental (satu pengakuan-untuk rekod) merasa sebak betapa dulu ia amat berguna dan menjadi kesayangan ramai. Saya masih ingat betapa saya menjaga semua disket saya dengan rapi dan teratur. Terakhir saya membeli yang transparent wah begitu kagum sekali rakan-rakan sekerja pada masa itu.

Maka entri ini berakhir di sini tanpa maklumat tambahan.

Malah saya akan keluarkan item tidak popular itu dari stok inventori.

Adieachim : Kalau saya tunjukkan kat anak-anak mesti diorang terhairan-hairan!

Comments

Anonymous said…
aduuiii... ada lagi benda tu kat sana? hehe... jgn buang, mana tau 20 tahun lagi benda tu boleh jual.. kekeke..
Adie Achim said…
ada.. aku teringat plak dulu ko ada simpan khazanah tu dalam bilik ko kanN! Mesti ko syg giler siap bungkus pakai kertas putih lagi
kui kui kui :)

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!