GDL
Tajuk Entri di atas adalah dirujuk:
1. Lesen G.D.L. (Goods Driver's License)
2. ke 'Golok Demi Love'
3. Geng Datang Lewat
Salam buat pembaca yang budiman. Tajuk entri yang agak menyengalkan adalah disengajakan bertujuan untuk saling mengingatkan. Namun begitu saya hanya akan membuat kupasan pada perkara ketiga iaitu 'Geng Datang Lewat'. Sebelum itu sukalah saya menegaskan bahawa tidak ada sekelumit pun rasa bangga apatah lagi rasa megah dengan senario ini.
Aduhai! rasanya ramai di antara kita berharap lima minit masa tambahan diberikan setiap kali bangun pagi. Adakalanya buat-buat lupa hukum alam tidak akan pernah sesaatpun terhenti, makanya tambahan masa lima minit bertambah ke sepuluh minit, setengah jam, satu jam? (dinasihatkan kalau dah sejam tu baik teruskan tidur). Biasanya kes terlajak tidur ni boleh diatasi dengan mengunci jam loceng ataupun gunakanlah telefon bimbit.
Ada pula kalangan yang begitu berdisiplin sekali dengan rutin di rumahnya menyebabkan berlakunya kelewatan. Kisah benar dari salah seorang Geng Datang Lewat mengaku agak sukar meninggalkan rumah sekiranya belum siap melakukan tugas rutinnya. Sebaik mungkin dia akan membereskan semua kerjanya hinggakan semasa hendak keluar pun sempat lagi turun sekejap menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Biasanya kaum ibulah ni, syabas! anda punya peluang cerah untuk merebut gelaran 'ibu mithali' tetapi lagi cerah mendapat surat chenta dari bos anda sekiranya berlarutan. Rasanya apa yang boleh dilakukan ialah dengan cuba menganjak ke awal segala kerja-kerja yang hendak dilakukan. Maknanya segalanya kena diawalkanlah yer? hmm jawab sendiri!
Tidak boleh tidak terpaksa juga ambil kira alasan comel oleh beberapa orang yang selalu menghadapi situasi, yang mungkin hanya berlaku di Labuan iaitu terpaksa mengekori kereta yang berkelajuan 35 hingga 40 kilometer sejam. Saya bukannya maksudkan kuasa kudanya tetapi bercakap mengenai kuasa kuda pemandunya. Bayangkanlah anda memang telah merancang perjalanan dan akan sampai hampir pada masanya sudah tentulah bakal mengundang gerimis di hati. Dalam situasi begini tidak banyak yang dapat dilakukan selain dari memasang lampu hazard menandakan anda dalam kecemasan tetapi sekiranya keadaan tidak mengizinkan adalah baiknya anda menarik nafas dan menukar mode pemanduan anda kepada aktiviti memandu sambil bersiar-siar. Ini bagi mengurangkan risiko kemalangan sekiranya hilang sabar atau tekanan perasaan.
Diri sendiri pula bagaimana? apa alasan saya pula ya.. hmm harus buat penggulungan yang baik nie, maunya bos baca habislah! Err begini.. oh tidak.. err begitu.. Oh ya.. saya mulakan dengan kisah Putera Iman yang baru berusia empat tahun pada 19 Februari yang lepas, dia punya ragam yang pelbagai pada waktu pagi. Semuanya menyumbang kepada kelewatan contohnya tidur lewat haruslah bangun lewat, tidur awal alhamdulillah bangun awal tapi acara wajibnya menonton televisyen. Pada awalnya saya begitu terhibur dengan karenahnya namun setelah begitu banyaknya sumbangan kelewatan yang berlaku, pelan tindakan terpaksalah dilakukan. Antara yang paling sadis ialah meninggalkannya tetapi apa yang berlaku, akhirnya saya terpaksa berpatah balik setelah sampai di pejabat untuk menghantarnya ke sekolah kerana dia tidak berhenti-henti menangis.
Walau apapun alasan, walau apapun sebab, walau apapun situasi dan walau apapun karenah terpaksalah kita mencari jalan penyelesaian terbaik. Hujahan di atas adalah relevan bagi Geng Datang Lewat. Terima Kasih kerana membacanya dengan hati yang terbuka. Doakan saya terkeluar dari geng ini. InshAllah.
(bunyi runut lagu Maher Zain- InshAllah)

Comments