Esah 50 sen

Korang masih ingat Esah lima puluh sen?.. mesti dah ingat-ingat lupa yelah sekarang ni beralih ke "halimah jongang the series". Haha dulu saya punya sahabat baik namanya lebih kurang Esah lah jugak. Tiap kali nyanyi lagu tu mesti dia marah "kojaq hang!"

Tapi... Cerita Esah 50 Sen ni ada unsur-unsur 18sx. Saya tukar topik la. Boleh kan? Penulis blog berhak menukar topik bila dirasakan perlu. Entri ini terilham semasa kunjungan saya ke sebuah pasaraya berdekatan taman perumahan pada sabtu yang lepas. Dan untuk mengaitkan tajuk entri dengan isi kandungannya adalah dengan menukar melodi lagu esah lima puluh sen kepada dua puluh sen. Ok selamat terhibur.

Di peringkat Labuan, kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" telah dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) sejak 1 Januari lalu. Melalui tinjauan peribadi dalam beberapa minggu yang sudah semakin banyak pasaraya dan premis perniagaan yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Malah kalau dulu ramai pekedai yang was-was dan takut akan membebankan pelanggan dan mungkin kehilangan mereka kini boleh berjoget sambil menyanyi lagu "20 sen, 20 sen". Pekedai juga gagal mengantikan beg-beg plastik ini kepada beg guna pakai semula yang lebih mesra alam sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Kenapa agaknya.. sekarang kita boleh sama-sama joget untuk jawapannya "20 sen, 20 sen".


Tolonglah! pihak KPDNKK sendiri telah memberi kelonggaran kepada pelanggan yang tidak membawa beg plastik akan dikenakan bayaran dua puluh sen. Berbalik kepada nawaitu kempen ini, sesungguhnya untuk tujuan yang baik dan kalau kita tanya sahabat saya - Airien (bukan nama sebenar) apa hukumnya?, dia tanpa teragak akan jawab "Harus!". Kempen ini sebenarnya penting untuk kita membantu menyelamatkan alam sekitar serta mengurangkan beratus tan sampah plastik yang tidak dapat dilupuskan secara sempurna di Labuan. Umum tahu dan sedar, plastik mengambil masa selama 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan secara semulajadi.
"So what! I don't mind!" sekali lagi si seksa bani melompat-lompat "20sen, 20 sen".

Maka besarlah harapan saya, agar joget dua puluh sen sen ini dihentikan! malah saya sendiri melihat makcik yang tengah membuat pembayaran hanya tersenyum apabila dikenakan bayaran enam puluh sen untuk tiga beg plastik sambil berkata "oh nda pa tuh, sadakah!" (oh tidak apa, sedekah!) Saya yang memang kebetulan di baris belakangnya menjawab "Auk eh.. apa jua enam pusen tanga nya bu, baik jua tu sadakah arah kina" (Ahah.. alah enam puluh sen saja tu makcik, oklah kita bersedakah dengan cina). Saya bukanlah racist tapi bersedekah biarlah dengan orang yang memerlukan dan bukannya dengan taukeh yang berlimpah-ruah usinnya (duitnya). Kalau di Selangor hasil kutipan dua puluh sen akan disalurkan ke tabung Kutipan, duit ini disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR),kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kalau di Labuan, saya sendiri kurang pasti dan belum berkesempatan menyiasatnya.

Saya masih berpendirian apalah guna kempen ini dilancarkan sekiranya plastik tetap dikeluarkan setelah membayar Dua puluh sen?


Adie Achim - Terhibur dengan karakter Jalaludin Hassan dalam Esah 50 sen!











Comments

Anonymous said…
Seksi Bani terpanggil membuat komen selepas nama - Seksa Bani - disebut.. hikss!

Tak setuju dengan kempen ni sbb org ramai masih boleh mendapatkan beg plastik dengan hanya 20sen...

bukan kempen "tidak kepada beg plastik" yang penting.. yang lebih penting adalah kempen dan mendidik orang ramai bagaimana mengitar semula beg2 plastik yang telah digunakan... pakailah sebanyak mungkin beg plastik asal tau dan bijak melupuskannya atau mengitarkannya semula...

p/s: sori, tetiba panjang pulak komen ni... kekeke....
Adie Achim said…
1. Silakan Seksi Bani, komen yang panjang amatlah digalakkan.

2. Ada betulnya pendapat SB ni, cuma nak mendidik tentang nilai 20 sen pun susah nikan pula mendidik mengitar semula.

3. btw which part SB suka part Esah 50 sen! kui kui kui!!
Anonymous said…
SB tak suka sgt "Esah 50sen".. tapi suka sgt kat "Esah yang drive keta Ford".. kakaka...adoi..

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!