Menu
Salam semua,
Hari ini tidak bercadang untuk buat suspen atau nak joget lambak. Hari ini mau cerita yang ringan-ringan aja tak sampai 1/2kg tapi Cedappp!!! Ada satu barang baik punya namanya 'Sardin King Cup'.
Sebenarnya rasa frust sangat! sebab semalam pergilah mencari sardin jenama tu, alahai pekedai tu cakap "teda sudah oO! brand lain ada ma" bengkak jer! bukan apa dah lama sangat tidak makan jadi teringin la pula. Kebetulan isteri baru sembuh dari gastrik dan tercari-cari makanan pembuka selera. Bagi saya itulah menu yang sangat sesuai untuk membangkitkan selera makan.
Nak dijadikan cerita, Semasa kecil dulu kami sekeluarga amat mengemari 'Sardin' dan hanya jenama itulah yang dicari atau agaknya tidak banyak jenama masa tu, jadi King Cup menjadi pilihan. Emak saya sangat pandai berekperimentasi dengan masakan yang berasaskannya, dari Nasi goreng sardin, Roti bun cecah sardin, Sandwich sardin, Sayur tumis sardin dan sup sardin berhalia. Semuanya akan habis licin, masa tu nikmat sangat! standardnya macam makan Posperity burger MC'D lah kiranya.
Tapi tidak semua mengemari jenama ni, sebabnya bau yang agak kuat dan rasa tomatonya yang pekat dan dengan ini saya perturunkan tips walaupun mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak menyedapkan lagi rasa sardin. (Hanya Jenama KING CUP)
Chara-charanya:
tumis-lah dengan asam jawa..
Potong-lah bahwang besar ,
cili sedikit kalau mahukan pedas,
masok-kan air asam jawa,
champur air sedikit ,
tumis-lah sa-hingga bau-nya naik,
masok-kan sardin,
masok-kan kicap masin sikit..kasi hitam
(ie-kut suka kalau tidak mahupun, oh! tidak mengapa)
beghitu mudah se-kali, dengan sharat lihat-lah dahulu tarikh luput-nya. Choba-lah!
AdieAchim - Sardin King Cup begitu nostalgik sekali, sebab tulah ejaannya diklasikkan. Lapar la pula!

Comments