Terima kasih buat teman sepejabat yang ringan mulutnya bertanya "masih marah lagi?"


Sudah lama teringin membuat tajuk entri yang panjang lebar!

Terima kasih buat teman sepejabat yang ringan mulutnya bertanya "masih marah lagi?", sama ada dia baru membaca entri 'pujuk hati' atau dia baru punya keberanian untuk bertanya kerana saya kelihatan manis berpakaian batik pada hari ini. Sekurang-kurangnya dia bertanya kan, "Oh tidak! saya sudah tidak marah", malah selepas menulis entri tersebut saya menjadi tenang- Setenang temanya yang kehijauan.

Hampir seminggu saya bertungkus-lumus menyudahkan kerja yang bagaikan (memangpun!) tidak ada penyudahnya. Saya serakusnya menggunakan segala kepakaran dan keefektifan secara semaksimumnya! (ayat apa ni? pening!) tetapi saya memang berusaha walaupun amat sedar bahawa tidak akan siap sekurang-kurangnya saya puas hati ada sesuatu atau dua yang telah dibereskan.

Sejujurnya saya akui kalau dibandingkan motivasi kerja kala saya bekerja di sektor swasta adalah sangat tinggi berbanding sekarang. Bukan tidak mensyukuri malah teramat mensyukuri cuma pengaruh persekitaran amat membantu dalam membentuk sifat negatif semasa bekerja. Namun orang selalu berkata "semuanya terpulang pada tuan/puan punya diri!" untuk mendefinisikan sesuatu kerja dalam bentuk praktisan.

Ganjarannya? rasanya kita tidak pernah lupa mendapat ganjaran tepat pada tarikh yang dijadualkan dan menurut Ustazah semasa sidang tazkirah beberapa bulan yang lepas, kita kenalah berniat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan dan dengan itu barulah kita mendapat ganjaran pahala dan berkat atas perit-jerih (macamlah penat sangat!) yang kita lakukan. Ganjaran lain? pandai-pandailah anda mengunakan akal minda atau kreativiti perut untuk memotivasikan diri supaya lebih tekun bekerja.

Tetapi kepuasan diri, selepas membuat yang 'sehabis baik' bukankah memadai?

Adie achim : Esok akan belayar (terbang) ke KL.- Mesyuarat (patutlah sibuk!)

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!