Sapaan yang terkesan

Salam hormat buat pembaca budiman,


Pagi ini saya disapa oleh kakak Cleaner, sapaannya ringkas bertanyakan khabar anak (akan saya ceritakan dalam blog myanak2ku). 

"Batah nda jumpa.",  (lama tidak jumpa)
"Pa kabar anakmu?",  (anak apa khabar?)

 Tanpa sedar saya bercerita panjang mungkin didorong oleh naluri seorang ayah yang terkenangkan anak.

Kemudian saya cuba mengingat-ingat kali terakhir disapa dan sangat terkesan di hati. 

Saya jadi teringat kepada seorang Pegawai di Jabatan Pendaftaran, WP Labuan.  Sapaannya juga ringkas ketika saya membuat pendaftaran surat lahir anak namun hati saya berbunga-bunga dan penuh syukur. (juga akan saya kemaskini dalam blog myanak2ku)

"Anak ke berapa encik?", 
"Tahniah encik. Alhamdulillah, terbuka satu lagi pintu rezki buat encik sekeluarga".

 Sapaan juga boleh jadi melalui pesanan teks ringkas (sms), lalu saya cuba selongkar dalam inbox telefon.

" Hi.. heard gud newz. Congrats! A proud father again.  Enjoy the moment".

Mungkin ada perkaitan dengan ibu bapa yang suka apabila ditanya tentang anak-anak. Namun begitu saya merasakan sapaan adalah penting.  Tidak keterlaluan saya katakan, sapaan pertama boleh menjadi satu titik tolak penilaian awal seseorang. 

Kemudian saya paksa diri untuk ingat sapaan lain yang begitu bermakna.  Sudah tentu dari bekas kekasih yang kini bergelar isteri.  Sapaan di awal pertemuan.

"Sorry, lama sudah tunggu?"
"sudah makan?"

Walhal dia datang pada masanya dan menunjukkan dia ambil berat.  Hehee puji isteri la pulak :)

Dan saya bertanya pada diri pernah kah saya menyapa orang sehinggakan orang itu rasa terkesan.  Saya tidak ingat cuma saya amat yakin selalu menyapa rakan-rakan yang baru masuk kerja setelah bercuti dan samada terkesan atau tidak hanya empunya diri yang merasa.

"Hi how's your trip?"
"How's your kid?"
"Camana sihat sudah?"
"Apa khabar beliau?"

Dan saya ungkapkan dengan maksud dan tulus ikhlas.  Bukannya sekadar berbasi-basa.  Bukanlah menyatakan saya orang yang baik namun bagi saya sapaan ringkas adakalanya memadai untuk mengurangkan resah hati, duka dan sakit yang dideritai.


Anda tidak akan rugi apa-apa bertanyakan khabar, kerana ia boleh mengeratkan silaturahim.  Mungkin anda boleh mendabik dada "saya tidak perlukan sapaan!".  Percayalah Allah tidak bermain dadu dalam menentukan nasib umatnya.  Akan sampai masanya anda amat berharap dan memerlukan seseorang untuk menyapa anda. 







p.s: Saya pernah katakan ini dalam entri yang lepas "sekiranya anda tidak mampu mengubat hati seseorang janganlah pula menambah penderitannya yang dideritanya".  Fikir-fikir dan renungkanlah.



Comments

Kayu Manis said…
n3 yg menarik..sapaan begitu pd mereka yg agak matang..kita rasa berkesanlah..

ada juga sapaan bentuk perli.."riak pun ada.. si A "kau org dah sarapan...si B dan yg lain2"belum"..kau "aku puasa hari"..

lari tajuk ke?
Adie Achim said…
K.Nor:
Betul ada juga sapaan terkesan yang bertujuan untuk memperli. Rasanya itu kurang sihat lebih baik tegur secara berhemah.

Sapaan yang saja untuk menunjuk/membangga diri adalah satu kerugian kerana pada akhirnya Allah menilai sejauh mana keikhlasannya.
Kayu Manis said…
ooo ye ke..mimpi berwarna..

kalau kak mimpi tak perasan pulak ada warna ke tak...ha ah kan logik juga..gambaran tu kita sendiri dpt rasa yg ia berwarna kan..tak boleh guna pakai lah fakta tu..yg mimpi hitam putih..agaknya mimpi seramlah tu kut..
Jankaulu said…
kadang-kadang sapaan memang buat jiwa kita bertenaga, ceria dan bahagia.

saya ingin menyapa bayu, untuk bercerita rindu saya, yang saya tulis dendan tinta di jalur-jalur pelangi. bahawa cinta saya sejati...(pulak dah, heheeh)

kamu boleh menulis sebaik itu, teruskan menulis, ia amat berkesan di hati.
Nong Andy said…
saya datang menyapa di sini adie.. setelah agak lama juga alam maya saya tinggalkan seketika :D

yang ke 4 kan?? :D mahu terjah juga blog yg lagi satu.. untuk melihat si comel itu.. :D

p/s : wife kamu tetap kekasih kamu.. jadi jgn kata dia bekas kekasih hehehe.. (i'll be angry if my hubby said tht hehe)
Adie Achim said…
Sukiman:
dan tiba-tiba lagu Feminin berkumandang

"Angin bayu membawa diriku,
sepintas lalu ku terkenangkan mu,
Memori silam..(nda hafal lirik)"

Terima kasih.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Sorry belum berkesempatan mengupdate di blog itu.

Haha betul dia tetap kekasihku! Selamanya.


Jankaulu said…
selamat hari raya aidil adha...
Adie Achim said…
Selamat hari raya Aidil Adha..
Tahun ini betul2 menghayati Aidil adha.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!