Separuh semangatku pergi..

Salam hormat buat pembaca budiman..
 
 
Seolah-olahnya, separuh semangatku pergi. 
Seorang yang selalu memberiku semangat untuk terus menulis pergi buat selamanya.  
Aku selalu menulis dengan harapan dia akan membacanya dan rupanya hampir semua entriku dibacanya namun jarang sekali meninggalkan komen.  
Satu-satunya komen yang ditinggalkan.. panjang lebar ulasannya. 
Namun itulah satu-satunya. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh aku baca dan kenang penulisannya.
Nama Penanya MISA dan beliau menulisku sebagai MOSA.
Terima kasih buat abang. Atas apa jua perkongsian ilmu, nasihat akan kuingat sampai bila-bila.
 
Al-fatihah buat Almarhum Mohd Iskandar bin Abdullah.
 
Entri :Langkah mualaf

Komen dari 

misa said...
DI MANAKAH KAMU SAUDARAKU SEPERTI DIBERITAHU ALLAH MEREKA ITU SAUDARAMU ?

Berkali aku cuba respond di tread ini, berkali itu juga keluh jemariku bak sebak, yang mungkin ianya terasa imbauan masa silam sebagai saudara baru yang pada ketika itu sejurus sahaja melafazkan kalimah syahadah, kita terasa betapa dengan semangat persaudaraan yang sangat tulus disertai kegembiraan cuba bersilaturahim kepada saudara seagama sebaliknya disambut dengan perlakuan menyingungkan hatta dingin dan babak seterusnya pengalaman demi pengalaman menghambat hati sehingga SAYA TERCARI-CARI DIMANAKAH MEREKA SAUDARAKU ? AlhmdulilAllah aku masih yakin mereka ada. Kepada pembaca budiman mungkin perlu kita merenung sejenak, betulkah persepsi kita apabila :
1. Mereka yang baharu memeluk Islam dipandang agak kotor disebabkan dari zat permakanan haram terdahulu dan gaya hidup yang dipandang jijik oleh mereka. Di antara pengalaman kawan-kawan mualaf menyatakan mereka dilayan agak keterlaluan sehingga masakan, bekas piring, gelas serta sentuhan juga cuba dielakkan oleh mereka ( Kumpulan saya dicop cetek dalam hakikat Islam ) Hakikatnya tuntutan Islam menempatkan golongan mualaf adalah suci sebaik mereka melafazkan kalimat sahadat malah golongan ini perlu diberi keistemewaan hatta wang sekalipun mereka bukan miskin. Apakah wujud Islam kelas kedua di minda segelintir orang muslim ???
2. Saya percaya kebanyakkan yang baharu memeluk Islam telah mengkaji agama ini sehingga diberi hidayah dan tentunya terpaksa merempuh segala halangan hatta sehingga sanggup berdepan konflik yang besar dengan keluarga. Cuba renungi situasi bila perkataan seperti dilontarkan: "Oh mualaf?, convert masa kawin ka?, dulu agama apa?.. ” Tidakkah soalan ini mengundang perasaan seolah2 keikhlasan kita teruji, Apa jika masa kahwin tafsirannya Oh masuk Islam sebab kahwin , Oh mualaf he he.. kurang Ilmu agama , agama apa confirm bekas orang kafir makan.. . Kenapa tidak didahului dengan ucapan Alhamdulillah dahulu sebelum menyatakn kata-kata tu...terhalang juga sesuatu yg negatif. Dalam kami merasakan sangat optimis penerimaan saudara seagama berlaku sebalikknya pula.. ? Siapa kamu mau mencopkan keikhlasan sesorang sedangkan Allah memberikan hidayah dengan perbagai keadaan yang hakikatnya terpulanglah bagaimana ia menghargainya .
3. Sya percaya mereka yang menyatakan KAMI SAUDARA KAMU DAN KAMI DIANTARA YANG BERJUANG MEMBELA GOLONGAN MUALAF tentunya menyediakan diri dengan kecekalan yang perlu dalam menjalankan perintah DAKWAH tentunya tiada kompromi dengan menjaga hati golongan tertentu atau takut mengugat keikhlasan diri..? Jika semua para pendakwa sebegini maka , saya tidak heran ramai yang murtad dan para mubaligh lebih berjaya lagi..!
Penulis blog ini adalah adik kandungku, kami melalui bersama pengalaman seumpama ini. Alhamdulilah dengan usaha keluarga bersama dan dengan ikhlas hati kami, kini berdiri sebuah bangunan kerdil ( di tanah penulis blog ) yg kami sumbangkan kepada saudara sebagai pusat pengembangan ilmu Islam yg juga berfungsi sebagai tempat semantara menunaikan solat bagi umat islam di kampung yang baru terdiri daripada lebih-kurang 10 keluarga. Alhamdulilah lagi, kini surau yang kami mohonkan melalui JAENS telah diluluskan di tapak tanah yang diwakafkan. Mohon maaf jika penyataan ini seolah memperlihatkan APA YG TELAH KAMI SUMBANGKAN, bagi kami ini adalah semua adalah pemberian Allah , semangat serta kemampuandariNya dalam menyumbang yg tidak seberapa kami percaya keikhlasan adalah jauh lebih berharga.

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!