Ada apa dengan ia (ii)

Salam buat semua!
Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sequel bagi entri ini tetapi ada kejadian yang menarik untuk dikongsikan bersama. Perihal 'mereka' benar-benar membuatkan saya terfikir mungkin saja dunia akhir zaman ini perlu contoh dan teladan melalui binatang. Harus kita sebagai makhluk yang diberikan darjat tertinggi haruslah menggunakan otak untuk berfikir sewaras-warasnya apa wajarkahkah tindakan kita?

Ada seekor kucing siam yang kerap datang ke rumah, atas sebab mengapa kurang pasti la pula tapi ia selalu datang tepat pada waktu makan kucing parsi, jadinya ia sangat beruntung kerana turut mendapat habuan makanan mewah. Saya tidak berkira sangat lagipun ia sedang sarat mengandung malah sempat saya bisikkan padanya "ada anak nanti bagi saya oke". Sungguh, saya sebenarnya tidak bergurau. Begitulah perangainya selepas kenyang ia akan pergi... ke mana? kami tidak pernah tahu.

Hinggalah suatu petang balik dari kerja, pembantu rumah bercerita tentang kucing itu telah beranak dan meninggalkan anaknya di bawah kereta. Akhirnya anak kucing itu diselamatkan dan saya letakkan di bilik stor, sempat jugalah saya bawa emak kucing tu untuk menyusukan anaknya. Selang sejam datang seekor kucing hitam yakni bapa kucing tu datang melawat anaknya dan dengan tertib ia memeriksa keadaan fizikal anaknya serta meninjau-ninjau persekitaran tempat baru anaknya.

Menjelang malam si ibu kucing tiba-tiba menghilang entah ke mana meninggalkan anaknya. Faham sajalah anak kucing ni macam manusia juga kena disusukan setiap dua jam maka terpaksalah saya mengambilalih tugas menyusukannya. Nasib baik masih ada stok susu si Gwen(Kucing Parsi) dalam saya menjenguk-jenguk di luar rumah ternampak pula kelibat bapak kucing tu maka sempatlah mengadu domba perihal isterinya yang tidak bertanggungjawab. saya lega dan amat yakin ia akan mencari isterinya itu!

Waktu saya balik tengahari, si ibu kucing ada bersama anaknya. Isteri menceritakan bagaimana si bapa kucing membuat bunyi bising sepanjang jalan balik ke rumah seolah-olah memarahi isterinya. saya agak sukar mempercayai tetapi akhirnya melihat sendiri bagaimana si kucing jantan membawa balik isterinya yang kurang gemar bersama dengan anaknya. Entahlah apa konflik keluarga yang sedang mereka hadapi namun si kucing jantan tidak pernah putus asa membawanya balik menjenguk anak.

Si kucing beting pula makin menjadi-jadi perangainya, oleh kerana hendak keluar malam ia sanggup mengangkat anaknya ke bilik tidur kami. Anak saya yang tidur di bawah menangis ketakutan kerana anak kucing mengiau hendak menyusu manakala si ibu begitu licik mengaburi pandangan si bapa ia hanya akan balik pada subuh hari untuk menyusukan anaknya. Kesian pula si anak kucing terpaksa pasrah dengan perangai ibunya yang tidak bertanggungjawab.

Ada beberapa pengajaran yang boleh kita pelajari dari kisah benar itu, moga-moga menjadi teladan berguna buat kita.


Si suami (hitam) memarahi isterinya yang enggan masuk ke rumah


Akhirnya akur!


Si suami masih memerhatikan





Gelagat si suami: memastikan si isteri menjalankan tanggungjawab





Pukul 1.35 Pagi. Si ibu mengangkut anaknya masuk ke dalam bilik tidur.

Comments

Jankaulu said…
kehidupan ini sangat luas...ia akan dapat memberi pengetahuan kepada yg memerhatikannya...
Adie Achim said…
Sukiman

dan kepada yang memikirkannya.. TQ!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!