The MALAY chronicles
Saya yang kebetulan sedang makan kat Food court (KLCC) terkejut gaban apabila ada sekumpulan remaja menjerit sakan apabila salah seorang rakan menunjukkan tiket wayang yang baru dibelinya. Keterujaan mereka membangkitkan rasa 'pingin tau' gerangan apakah yang best sangat tu? Dan akhirnya melalui perbualan taulah mereka akan menonton 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Hebat sangatkah?
Syabas buat tiga beradik KRU dan tidak salah rasanya kalau ucapan itu buat kejayaan menghasilkan filem yang bermutu dan boleh dibanggakan. Saya yang kata OK! orang lain tidak tahu. Pada hemat saya selaku penonton yang bercitarasa biasa, filem ini amat berjaya dari sudut penceritaan cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.
Walaubagaimanapun teknik CGI banyak membantu dalam mengahkan lagi filem ini. Akhir kata, tahniah atas penghasilan filem epik ini!
Comments