Sahabat yang hilang
Salam hormat buat pembaca budiman, P ada asalnya tajuk entri ialah 'Lost and found' tapi akhirnya diubah. Sedikit masa dulu AA pernah menulis entri bertajuk Sekolah yang hilang kini AA menemukan sahabat yang hilang juga dari kalangan bekas sekolah dalam entri tersebut. Berbalik kepada kisah sahabat yang hilang baru ditemukan membuatkan hati AA berbaur sedih dan gembira. Sedih kerana kehilangannya selama ini adalah kemahuannya sendiri dan gembira kerana akhirnya kami dipertemukan juga walaupun masih di alam maya. AA sempat mengkhabarkan tentang pemergian salah seorang teman rapat semasa zaman sekolah dahulu dalam entri Innalillahi . Sebenarnya antara sebab lain AA khabarkan ialah untuk berkongsi rasa, itulah pengalaman pertama AA kehilangan seorang rakan rapat. Sejak itu ingatan AA kepada sahabat yang hilang ini dan semalam sebelum tidur semua kenangan pahit-manis terimbau. Betapa masa berputar laju. Alhamdulillah sahabat yang hi...