Main tapuk-tapuk
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Sudahkah!!!" tu lah ayat wajib tatacara kami bermain sembunyi-sembunyi suatu masa dahulu. Masih terasa sakitnya hati apabila terpaksa menjadi tukang cari. Masa tu rasa tidak sabar-sabar nak habiskan kiraan 1 hingga 10. Pertanyaan 'sudahkah!!!' merujuk kepada dah siap sembunyi yang sudah tentunya tidak disahut dan penggunaan tanda seru sengaja digunakan bagi menunjukkan tersiratnya nada kuat dek geram. Strategi persembunyian bergantung kepada tahap kekreatifan dan kearifan di mana lokasi permainan berlangsung. Sekiranya ia dilangsungkan di rumah agak kurang mencabarnya kerana masing-masing dah arif dengan susur semak rumah tetapi agak bias sekiranya anak jiran turut sama bermain jenuhlah mereka tak jumpa cari. Paling seronok apabila acaranya di luar, peraturan terpaksa ditetapkan untuk menghadkan keluasan lingkungan jarak persembunyiaan. Peraturan ini terpaksa kami buat ekoran ada seorang anak jiran yang balik ke rumah kerana lapar nak ...