Posts

Showing posts from August, 2017

7 purnama

Salam bahagia, Sudah tujuh purnama tidak menulis apa-apa.. yang sebenarnya seorang rakan yang suka baca blog tetapi tiada blog meminta saya untuk kemaskini entri.  Saya cuma ada tidak kurang 10 minit untuk mencoret sesuatu. Lalu teringat kepada suatu rutin yang agak baru buat saya. Bersenam dan mengingini tubuh badan yang cantik.  Pada asalnya saya bawa isteri untuk bersenam bagi tujuan kesihatan tetapi akhirnya baru saya sedari, ianya adalah kemahuan dari diri saya sendiri.   Dahulu, saya tidak memikirkan sangat perut buncit. Anggapan bahawa itu sudah lumrah bagi lelaki berkahwin dan memang sukar untuk dielak.  Kini, saya sudah tidak selesa dengan perut boroi. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mensusutkan lemak pada perut. Saya ingin mengecilkan tanpa menggunakan produk kerana rasa lebih berbaloi. Saya ada tujuh purnama lagi untuk ke arah itu.. Itu sasaran saya. Saya ingin kelihatan segak pada usia saya memasuki 40 tahun.