Ini kan tugas lagi hakiki!



Sesampai saja ia menyapa lagi,
Senyum sekilas dia menyeringai,
Sinis dia bergumam ‘releks awal lagi.. pagi lagi’
Si ia menggeleng ‘hmm.. perangai!’

Ofis sejuk sedang terik mentari,
Oh.. ia mula mengusik ‘hai bila lagi ni’
Ofis kian dingin ‘keluar jap lagi ni’
Oh.. kalau begitu mari menari

Akhirnya dia menyepi… lesap
Alkisahnya ia turut mengulit… perap
Antara lambat atau sekejap
Apabila ia dan dia malap

Dia muncul datang kembali
Dek semangat si rajawali
Dia menyapa tangkas sekali
Dengan riang bersiul lali

Ia menjeling sakan mencari
Itu ini musykil diselidiki
Ingin berang dia dah lari
Ini kan tugas lagi hakiki!



P.s: Sekadar luahan tanpa bicara, adakalanya tanpa sedar kita mengeluh.. tidak kurang juga memaki, bebanan tugas yang tidak kunjung habisnya! mungkin tiba masanya kita suka 'ia'. Sekadar perkongsian...

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan