Mimpi itu...



Termangu aku pagi tadi, cuba mengingat-ingat...
'mimpi apa aku semalam ya??'
emm semuanya kabur! semuanya blurr!
Perasaan itu.. bagaikan melalui satu malam yang sangat panjang.. bagaikan didongengkan kisah dalam 1001 malam. Banyak sangat mimpi antara mimpi, dengan pelbagai watak pada letak, penuh dengan onak rasa semput bikin serabut...
Pantas meraba telefon bimbit.. mengabdi ilham bait demi bait .. pada subuh yang masih berkait..

Mimpi...
yang itu bawa daku pergi,
walau gusar langkah digagahi,
melewati relung hina lagi berduri,
menerjah kabut gelap nan sepi,
hanyut didesir angin berdebu,
kala unggas jadi seteru,
kudrat sekerat nian gebu,
meraih sisa kalbu yang beku,

mimpi...
yang ini bawa aku ke mari,
walau tak seindah syair si pari-pari,
berkah kasih utusan bidadari,
buat si pemimpi yang jerlus dinihari,
kejutkan dia dari lena itu,
ke alam nyata yang satu,
agar derapnya jauh berbatu,
melakar pelangi tak berkematu..


*Hasil nukilan orang mengantuk disorongkan bantal, pastikan 'set alarm' ya.. takut dinihari!

Comments

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!