God answers prayers in 3 ways




God answers prayers in 3 ways:

He says YES and gives you what you WANT..
He says NO and give you something BETTER..
HE says WAIT, and gives you the BEST
(Posted by Rudy Nordin- Thank you!)

Tatkala melihat kiriman oleh Rudy Nordin melalui paparan laman sosial 'Facebook' hati tergaru-garu.. cuba mencari-cari dan cuba mengingat-ingat.. terasa seperti ada peristiwa yang begitu berkesan di hati dan berkait dengan pernyataan tersebut. Hati terpanggil untuk berkongsi pengalaman itu betapa kita adakalanya lupa bahawa semuanya dari Allah.. apa jua yang ditakdirkan, apa jua yang ditentukan hanya Dia yang tahu.

Umum mengetahui betapa sukarnya apabila membawa kereta Labuan ke Sabah ketika musim perayaan, bagaimana susahnya mendapatkan tiket untuk perjalanan pergi dan balik ke Labuan. Saya berjaya juga mendapatkan tiket tetapi tarikh balik tidak sesuai dengan rancangan perjalanan. Mau atau tidak pada pagi 21 September kami terpaksa juga beratur di Terminal Feri Menumbok sebagai 'senarai menunggu.'

Dalam hati tidak putus-putus berdoa moga dapat masuk ke dalam feri, kebarangkalian adalah agak tipis tapi hati berzikir Allah Maha Kuasa tidak ada apa yang boleh menghalangNya sekiranya diperkenankan. Namun akhirnya kami akur hanya tujuh buah kereta yang berjaya masuk. Hati masih cuba menguatkan semangat mungkin akan berpeluang masuk pada pukul 4.30pm, lalu kami pun menjadi penunggu yang setia..

Feri sampai agak lewat seperti yang dijadualkan, kami telah bersiap-sedia dalam kereta. Kali ini agak yakin memandangkan kami antara barisan yang paling depan. Hati berbunga riang apabila melihat semua kereta yang berstatus 'confirm' telah masuk dan masih banyak ruang kosong. Tiba-tiba bunyi enjin kuat berdesir di telinga, rupa-rupanya lebih kurang tujuh buah lori angkat barang masuk memenuhi ruang tersebut. Walaubagaimanapun kami tumpang gembira apabila tiga buah kancil diberi laluan memandangkan ruangan yang terhad.

Hati kecil berbisik "masih ada feri malam nie... mesti dapat! Ya Allah aku mohon padamu.." aku berkira-kira memandangkan kami berada di barisan yang keempat senarai menunggu. Pengumuman tidak dibenarkan meletak kenderaan di kawasan pelabuhan diabaikan. Saya dan keluarga menaiki feri ke Labuan. Rasa macam tidak percaya kami masih gagal mendapatkan tempat!

Sesampai saja di Labuan adik ipar telah sedia untuk menjemput mak mentua, isteri dan anak-anak, hati berat untuk melangkah pergi tapi kuatkan juga semangat untuk patah balik semula ke menumbok "Perjuangan belum selesai.. kali nie mesti dapat! mustahil!! mustahil!!" Tidak henti-henti berdoa malah bernazar sekiranya dapat masuk pada malam itu.

Hampa... malam itu tidak ada satu pun senarai menunggu yang berjaya masuk! malah kali ini kami diberi amaran keras agar mengalihkan kereta di luar kawasan terminal. Perjalanan balik terasa begitu lama... Sayu hati meninggalkan kereta yang sarat dengan barang. Bermacam-macam yang bermain di fikiran dan pelbagai persoalan di benak...

Tambah memburukkan keadaan keesokkan harinya saya terlewat sampai di Menumbok, malah feri hampir berlabuh sedangkan kereta belumpun masuk beratur. Langkah longlai dan harapan langsung tiada, kali ini tiada doa yang diucap tiada doa yang dipanjatkan. Saya berkira-kira untuk balik ke Beaufort untuk menunggu feri petang.

Entah bagaimana tanpa sedar saya mengikuti sebuah kenderaan masuk ke satu lorong yang saya yakni jalan sehala. Setelah jauh menyusuri jalan kampung akhirnya kenderaan depan terpaksa berpatah balik walaupun risiko untuk bertermbung kereta. Saya cuma mengekori dari belakang, kami berjaya keluar semula ke jalan utama tetapi adalah amat mustahil untuk kami keluar memandangkan pertembungan kereta yang sibuk. Tiba-tiba kereta depan maju ke hadapan hingga memberi ruang untuk keluar memasuki ke kawasan terminal dan...

-menjadi kenderaan pertama yang diberi kebenaran masuk di kawasan pelabuhan.
-menjadi 'senarai menunggu' yang pertama.
-dibenarkan masuk ke dalam feri dengan mudah.

Kedudukan yang amat startegik dan selesa! Hanya tiga buah kereta dalam 'senarai menunggu' sahaja yang berjaya mendapatkan tempat. Setelah meletakkan kenderaan, saya terpaksa keluar semula untuk menyelesaikan urusan boarding dan pada ketika itulah terjumpa semula dengan pemandu yang memberi saya laluan.

"Wah.. very lucky man! You tau tak depan kita tadi ada empat kereta accident that's why I bagi you jalan sebab I nak reverse tapi tak sangka you kena bagi masuk.." Dia tersenyum dan menggeleng.
"Oh ya kah.. saya tidak perasan pula ada accident.. mungkin nasib saya baik.. lagipun saya sudah dua hari waiting list.." Saya cuba meraih simpati agar dia faham
"Very luck you.. Saya sudah waiting list lima hari!!" Sekali lagi dia menggeleng dan berlalu pergi. Kurang pasti kenapa dia menggeleng tetapi di sebalik perisitiwa itu, banyak yang saya insafi...

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!