10 tahun

Tanggal 16 Nov. 1999 merupakan detik sejarah apabila buat pertama kalinya memijak tanah di Labuan. Bumi ini seakan bergegar tatkala memijaknya agaknya enggan menerima kehadiran, "kutukan apakah ini?" dan belum sempat aku bermonolog dalaman akhirnya segala yang terisi dalam perut pagi tadi terkeluar bagai disula-sula (maaf perkataan agak melampau) itulah juga pengalaman mabuk laut buat pertama kalinya!!!

Dengan langkah Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean, cuba untuk mengatur cat-walk sebaik mungkin. Umpama satu blind-date yang diatur saya akan dijemput dengan seorang yang tidak pernah dikenali apatah lagi berjumpa. Entah mana logik fikiran pada masa kakak memberitahu bahawa birasnya akan datang menjemput saya hanya mengangguk bodoh. Tapi tahu kebolehan diri ini (ayat riak!) tapi sekali pandang saja sudah tahu siapakah orangnya... dan tak syak lagi!

Berteka-teki "betulkah aku sampai di Labuan ini?" bagaikan rusa zoo masuk kampung begitu sinis sekali pandangan peribadi tentang kemajuan Labuan.. Tapi ada yang membuat saya ternganga "mau beli barang?? di UK?" saya jadi kurang siuman sekejap, "mana-mana ja.." agak bodoh untuk tidak bertanya tapi bodoh pula jika bertanya "UK?" aku telan persoalan itu sehinggalah aku di bawa ke UK yang dimaksudkan : Ujana Kewangan! Hanya membeli ala kadar budak masuk asrama: baldi, penyidai, sabun kain, sabun mandi, berus gigi dan "alamak!!!" benda yang selalu lupa bawa "seluar segi tiga!" adoi!!!

Sampai ke UMS! begitu teruja dan dengan baju t-shirt berkolar warna biru jenama cheetah dan seluar jeans saya dengan penuh yakin terus berjumpa dengan ketua jabatan. Saya yang memang kurang gerun dengan orang berjumpa tanpa rasa segan apatah lagi berprotokol. Selesai semuanya saya ditempatkan dalam sebuah rumah tanpa penghuni yang akhirnya saya ketahui bahawa itu adalah blok asrama perempuan. kegembiraan yang melonjak-lonjak tetapi akhirnya tepat pukul 6.30 malam Ketua Penyelia Asrama mengetuk pintu "bah.. ko tinggal sama warden ahh.." Akur dan frust!

Malam itu, tidur yang nyenyak mungkin kepenatan dek perjalanan yang jauh beribu-batu.

Comments

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!