aku mahu hidupku dulu

kalau aku tau jadi begini!
dulu dia rayu pujuk aku
kata rindu bak senandung
sudah dibilang harus bagaimana
sedang diri sudah punya
tapi dia rajuk rintih ingin cuba
buat yang benar pusing seribu

dalam mamai buat terdodoi
si pungguk riang diriba bulan
si belangkas lupa tidurnya
alpa sedar izin ditakluki
hampir tidak peduli pada dunia
enak ditimang di tabir pelangi

tanpa sedar jejaknya pergi
terkontang katak berlagu sepi
bicara pada akal mana sumbangnya
melambai kosong pada bayang gelap
bersoal teki benarkah nyata
mungkin ini mimpi yang gila

buat aku rosak segala
untungnya masih ada logika
sejadah buruk buat yang setia
sujudlah aku lepaskan sendu
tolong beri aku pinjam nur itu
tak sanggup aku dipalingNYa

dia pergi takkan ku nanti
halal apa jua yang terbudi
aku haramkan jika terulang
jangan berani datang lagi
hati sudah lesu enggan sudi
aku mahu hidupku dulu

Comments

Mista Blogga said…
aku mahu hidupku yg dulu
tapi aku lebih mahu hidup yg akan datang..

bole? haha..

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!