Sesalanku
Dari semalam aku sudah berkira-kira, hmm.. perlu kah aku kongsi cerita ini, pengalaman ini, kisah ini. Mau saja ku tanyakan pada isteri minta hematnya tapi dia terlalu letih. Ku timbang-timbang dan ku congak-congak mungkin tidak keterlaluan. Alkisahnya:-
Dek terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang cuti sempena isteriku yang akan bersalin, maka aku putuskan untuk tidak balik ke rumah seperti pada kebiasaannya. Ada sedikit rasa kesal kerana mengingkar janji dengan anakku untuk pergi solat jumaat bersama. "Maafkan papa abang.."
Aku menapak saja ke masjid dengan harapan pahala yang mungkin boleh menutup dosa-dosa kecil. "Alhamdulillah... warga amat memahsyurkan masjid ini" hatiku berdetik kesyukuran.
Buat seketika tanganku terawang.. tak disambut! Setelah mereka bersalaman barulah dia menghulur tangannya padaku. Sempat ku lihat pada riak wajahnya, langsung tidak ada rasa bersalah apatah lagi senyuman yang mungkin boleh mengubat rasa kesal dan mungkin juga rasa maluku.
Kebetulan ada pelajar yang ingin lalu di antara kami dan dia menghulur tangan kepadaku dan aku menyambutnya dengan senyuman. Sejurus aku ingin menghulur tangan kepadanya dia sudah bingkas bangun. Langsung tidak ada riak pada wajahnya atau mungkin dia manusia tanpa riak agaknya?
Melangkah kaki balik ke pejabat aku masih terganggu dengan adegan bersalaman itu, mencari sebab dan musababnya. Yang pasti orang yang dijabatnya merupakan orang penting tetapi tidaklah bermakna orang yang tidak penting ini tidak perlu dijaga maruah, hati dan perasaannya.
Terkilan dengan diri sendiri mengapa perlu dibalas perbuatannya. Sejujurnya aku mengakui bahawa memang ada niat untuk membalas perbuatannya tetapi jauh di sudut hati aku ingin dia merasakan apa yang aku rasa.
Semoga Allah menerima solatku, doaku, taubatku dan sesalanku...
Dek terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang cuti sempena isteriku yang akan bersalin, maka aku putuskan untuk tidak balik ke rumah seperti pada kebiasaannya. Ada sedikit rasa kesal kerana mengingkar janji dengan anakku untuk pergi solat jumaat bersama. "Maafkan papa abang.."
Aku menapak saja ke masjid dengan harapan pahala yang mungkin boleh menutup dosa-dosa kecil. "Alhamdulillah... warga amat memahsyurkan masjid ini" hatiku berdetik kesyukuran.
"Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala".
Selesai memberi salam terakhir tanpa ragu aku menghulur tangan pada orang di sebelah kananku dan kemudian beralih ke sebelah kiriku. Kami hampir-hampir berjabat tangan tetapi tiba-tiba... dia menukar hala tuju tangannya pada orang yang duduk di bahagian depan kami yang kebetulan menghulur tangan. Buat seketika tanganku terawang.. tak disambut! Setelah mereka bersalaman barulah dia menghulur tangannya padaku. Sempat ku lihat pada riak wajahnya, langsung tidak ada rasa bersalah apatah lagi senyuman yang mungkin boleh mengubat rasa kesal dan mungkin juga rasa maluku.
Kebetulan ada pelajar yang ingin lalu di antara kami dan dia menghulur tangan kepadaku dan aku menyambutnya dengan senyuman. Sejurus aku ingin menghulur tangan kepadanya dia sudah bingkas bangun. Langsung tidak ada riak pada wajahnya atau mungkin dia manusia tanpa riak agaknya?
Melangkah kaki balik ke pejabat aku masih terganggu dengan adegan bersalaman itu, mencari sebab dan musababnya. Yang pasti orang yang dijabatnya merupakan orang penting tetapi tidaklah bermakna orang yang tidak penting ini tidak perlu dijaga maruah, hati dan perasaannya.
Terkilan dengan diri sendiri mengapa perlu dibalas perbuatannya. Sejujurnya aku mengakui bahawa memang ada niat untuk membalas perbuatannya tetapi jauh di sudut hati aku ingin dia merasakan apa yang aku rasa.
Semoga Allah menerima solatku, doaku, taubatku dan sesalanku...
Comments
stori me more yer..