Seloka untuk dunia








Gambar: www.geocomm.com


Dunia oh dunia!
penuh dengan orang,
orang putih, hitam, sawo matang, orang-orang, orang sakit?

dunia oh dunia!
menjerit rasa sakit,
sakit kusta, berjangkit, keturunan, kemalangan, sakit hati?

dunia oh dunia!
ingin jaga hati,
hati busuk, dengki, riak, bengkak, hati pendam?

dunia oh dunia!
terlalu banyak pendam
pendam rahsia, sejarah, kejatuhan, kegemilangan, harta-karun, pendam perasaan?

dunia oh dunia!
bermain dengan perasaan,
perasaan gembira, sedih, angkuh, simpati, perasaan drama?

dunia oh dunia!
bagai satu drama
drama the nanny, kantonis, hindi, swasta, drama-drama cereka?

dunia oh dunia!
hanyalah satu cereka
cereka sains, sastera, filem, teater, cereka yang penuh fahaman?

dunia oh dunia!
bijak oleh fahaman,
fahaman komunis, feudal, republik, kuku besi, demokrasi, fahaman untuk disokong?

dunia oh dunia!
perlu ada sokong,
sokong kerajaan, pembangkang, kempen, sokong sepenuh rasa?

dunia oh dunia!
punya banyak rasa,
rasa masin, manis, pahit, pedas, payau, rasa ingin bermain?

dunia oh dunia!
sentiasa riang bermain,
bermain sembunyi-sembunyi, judi, bola, bermain uji-uji?

dunia oh dunia!
mungkin cuma menguji,
menguji ketangkasan, kesabaran, keikhlasan, kerajinan, menguji akal?

dunia oh dunia!
mengenal banyak akal,
akal haiwan, serangga, lautan, daratan, langit, mengerti akal penghuninya?

dunia oh dunia!
amanah buat penghuni,
penghuni merayap, berenang, berterbangan, berjalan, penghuni berbunyi?

dunia oh dunia!
seribu macam bunyi,
bunyi ombak, cengkerik, simfoni, jentolak, bunyi yang aman?

dunia oh dunia!
boleh jadi aman,
aman sentosa, damai, mahsyur, merdeka, peperangan, aman dari dosa?

dunia oh dunia!
mungkin penuh dosa,
dosa adam hawa, nafsu, murtad, syirik, kufur, dosa tidak difahami?

dunia oh dunia!
sukar untuk difahami,
difahami bentuknya, sifatnya, gravitinya, magnetnya, difahami kesetiaannya?

dunia oh dunia!
guru yang setia,
setia mengajar, mendidik, membelai, menghukum, setia pada pencari?

dunia oh dunia!
tidak henti mencari,
mencari kedamaian, kekayaan, kejayaan, glamor, mencari yang palsu?

dunia oh dunia!
hampir dengan kepalsuan,
kepalsuan wang, sijil, gigi, kredit kad, datuk, kepalsuan janji?

dunia oh dunia!
pegang pada janji,
janji benar, palsu, mulut, melayu, janji tidak disangka?

dunia oh dunia!
sekuat yang disangka,
disangka tahan, bijak, ampuh, kalis disangka akan selamanya?

dunia oh dunia!
bukan kekal selamanya,
ketentuan, milik, takdir, kekuasaan si pencipta.

Kredit: Lagu bangau oh bangau!

Comments

kirana said…
Thanks for visiting and following my blog. Hope u can come again. Happy blogging!

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan