tepuk dada tanya iman



Terdorong untuk berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman hidup dan hasilan setelah kebas menjadi pemerhati. Juga disokong oleh perasaan sayangkan tanah air yang aman damai dan dikagumi oleh negara-negara luar.

Maaf saya, tetapi setahu dan seingat-ingat saya penggunaan Allah telah lama digunakan oleh penganut agama Kristian. Bukan setahun, sedekad tapi berkurun-kurun lamanya. Memang ada tertulis dalam alkitab (versi bahasa Malaysia) penggunaan Allah dan mereka telah lama mempraktikannya dalam ajaran dan nyanyian keagamaan. Yang membezakan adalah cara penyebutan Allah yang telah dimaklumi umum. Sukalah saya menyuarakan pendapat dalam bentuk pertanyaan, "Apakah perasaan anda sekiranya sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tiba-tiba dipersoalkan.. err.. diharamkan?" Anda punya jawapan itu kann.. bagaimana?

Pada hakikatnya, tindakan membakar gereja adalah satu tindakan derhaka kepada negara. Hal ini hanya mengonar imej dan nama negara juga merosakkan kedamaian negara yang telah lama kita nikmati . Pada mereka yang menganggap perkara ini adalah betul, saya pelawa dengan senang hati mari kita tepuk dada dan tanya iman. Adakah anda merasakan tindakan ini wajar?

Persoalan asas dalam perkara ini ialah sejauh mana kita berjaya menerapkan nilai-nilai Islam yang kuat dalam masyarakat kita... atau... diri kita sendiri. Jika kita bertuhankan ALLAH yang satu, tidak timbul soal tersesat, tersasul, terpesong atau apa sahaja istilah yang memungkinkan kita bertuhankan ALLAH yang lain. Tindakan sesetengah pihak melarang sesetengah pihak menggunakan kalimah ini adalah suatu pendapat yang dangkal, paling baik ialah kita perhebatkan syiar Islam terutama kepada generasi muda agar mereka mempunyai jatidiri Islam yang sebenar.

Apa lagi selepas ini? Isu Amin/Amen...

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!