Tahniah blog!

Blog “Adie Achim” menyambut ulangtahun pertamanya pada 09.09.10. Penulis agak terkilan kerana hanya 40 kiriman yang sempat dibuat sepanjang tahun. Mungkin bukanlah yang terbaik namun inilah yang termampu dihasilkan. Semoga penulis akan lebih giat berkarya dan berkongsi cerita di masa akan datang.

“TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT PENGIKUT-PENGIKUT DAN PEMBACA DI LUAR SANA ATAS KELAPANGAN DAN KESUDIAN MEMBACA BLOG ‘ADIE ACHIM’. SEMOGA TIDAK SERIK DAN JEMU MEMBACANYA.

SEGALA KOMEN ANDA AMAT DIHARGAI.


Penulis ingin berkongsi pengalaman memberikan komen peribadi beberapa kiriman terpilih dalam setahun penghasilan. Semoga terhibur!

God answers prayers in 3 ways (06/10/2009)

Kiriman ini begitu berkesan di hati penulis. Sesuatu yang sangat menginsafkan dan menyedarkan bahawa segala apa yang berlaku pada kadaran sebelum /selepas/akan datang atau dalam skala apa sekalipun adalah di bawah takluk kekuasaanNya.

Sekolah yang hilang (08/11/2009)

Kiriman ini mempunyai nilai sentimental yang begitu klasik. Berkisar tentang himpunan komen-komen dan cerita-cerita bekas pelajar melalui laman Facebook, tentang sekolah lama yang telah ditutup. Penulis begitu teruja menjadi pengerusi penganjur reunion yang julung kali diadakan selepas 25tahun ia ditubuhkan. Kiriman ini juga merupakan ‘shout-out’ buat mereka yang masih teragak-agak untuk menghadiri perjumpaan itu.

Malas ku ingau tapi camana nda ingau! (12/11/2009)

Ketika menulis kiriman ini, penulis adalah dalam keadaan yang begitu tertekan dengan masalah air yang sering berlaku di kawasan taman perumahannya. Kiriman ini ditulis dalam bahasa melayu-kadayan-brunei bagi menimbulkan kesan ‘kekitaan’. Penulis amat sedar inilah bumi yang patut dijunjung kerana tempat mencari nafkah tetapi amat berharap agar masalah ini dapat diatasi dengan bijak dan kadar segera.

Welcome to the new arrivals! (20/112009)

Kiriman ini sangat istimewa apabila penulis berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran puteri keduanya yang diberi nama Siti Fathiyah. Yang menjadikannya istimewa penulis menghantar kiriman ini dari sebuah Cyber-Café kerana sedang bercuti.

Do you like to cook? (14/01/2010)

Sesuatu yang penulis anggap sangat memalukan! Kiriman ini agak sulit disiapkan memandangkan ianya ditulis dalam bahasa Inggeris. Sebaik mungkin penulis memastikan tatabahasa dan pemilihan perkataan yang betul. Tetapi berlaku kecuaian pada proses akhir iaitu memilih dan upload gambar. Penulis hanya mengambilkira paparan pada blog hingga terlupa paparan di laman Facebook begitu jelas dan kurang sesuai. Ramai yang memberikan komen dan dengan tersipu-sipu penulis membalas komen seadanya. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu!

Mari mengukur langit dan bumi (30/03/2010)

Penulis terdorong menulis kiriman ini setelah rasa terhina dan diperkecilkan. Tidak pernah dalam sejarah perkhidmatannya bersikap kurang ajar terhadap sesama kakitangan apatah lagi seorang yang patut dihormati. Penulis begitu sedar tentang batasan bawahan dan atasan tetapi adalah tidak masuk akal dan melampau apabila menyamakan taraf jawatan bagaikan langit dan bumi. Penulis begitu terkilan dengan mereka yang hanya pandai berlagak tetapi tidak menunjukkan mutu kerja yang boleh dibanggakan atau setaraf dengan dakwaannya- ‘langit’.

Ruang getir (05/04/2010)

Kiriman puisi ini adalah yang paling cepat disiapkan. Hanya mengambil masa lima minit tanpa edit dan terus diposkan. Penulis mendapat ilham menulis puisi ini ketika mendengar lagu: Yang Terindah soundtrack drama Adamaya. Puisi ini diolah dengan imaginasi penulis tentang seorang yang menjalinkan hubungan cinta secara sulit dan terlarang.




Comments

Mista Blogga said…
happy belated anniversary to this blog!

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!