Checklist di Tahun Baru


Hi blogger! napa pelik? geram? meluat? Camana bleh entri ni baru keluar arr?? Camana buat?? alah mesti ramai yang tau atau ramai yang dah buatpun. Meh aku ajar itik berenang: Kat Post Options tu kan ada option untuk post date and time, jadi bubuhlah ikut suka, tapi tak baik tau! habis napa aku buat? sebab tak baik! (penatlah.. aku ni suka bermonolog... kekadang tak larat nak layan diri sendiri)

Sori banyak-banyak entri ni asyik terbantut dek takut pembaca menilai "Oh dia ni gitu ka?" takpun "yek eleh meluatnya!" namun akhirnya setelah membaca blog cik Lyna yang tulus mulus dan telus akhirnya aku jadi kuat. Persetan pada apa yang orang fikirkan yang penting hidup gaban! (Tahun ni tak mau serius sangat. bosan!)

Sedari masuk sekolah berasrama penuh, aku sudah punya habit ini iaitu membuat checklist. Oh tidak! mungkin diwarisi dari mumy yang selalu bagi senarai barang untuk dibeli. Ingat kisah si lima puluh ? hmm ya mungkin dari situ habit ini terpraktis. Kalau gitu terima kasih mumy!

Hah inilah yang memalaskan aku. Mukadimah ja berjela-jela tapi rasanya Kak Shikin tak kesah kan? (dengki.. dia selalu punya hujah bernas panjang lebar)

Ok serius!

C H E C K L I S TAdd Image
Itulah rutin yang saban hari aku buat.. di rumah, di opis, di Kereta hatta dalam dompet sekalipun ada banyak checklist dan semuanya ada dalam pelbagai bentuk, warna dan jenis kertas. Malah ada satu ketika aku pernah buat wishlist di pantai dengan harapan ombak akan menghanyutkan ke laut minta ikan-ikan tu doakan agar termakbul. Buku Organizer penuh dengan checklist dan ku bawa ke hulu ke hilir. Tandas?? ya aku pernah menconteng pada pintu tandas senarai semak apa yang perlu dilakukan selepas menggunakan. Obses kah aku? ala mungkin ada orang yang lebih teruk.. kalau tiada.. teruk sangat kah aku??

Pernah bosan buat checklist? Hmm setakat ni tdak lagi. Cuma adakalanya jadi satu tekanan kerana apabila ada senarai semak yang tidak dapat dipenuhi, gian nak tanda ( _/) agaknya. Selalunya tanpa sedar aku membuat checklist secara mental, acapkali berlaku ketika berjumpa dengan kawan lama. Sedar-sedar aku telah membuat senarai semak perbandingan pencapaian antara kami. Contohnya : Status - bujang ( _/ ) berkahwin ( ) . Yang bagusnya aku menilai kekurangan dan kelebihan diri, dengan itu aku cuba memperbaiki mana yang lemah dan mensyukuri kekuatan pada diri.

Tapi.. tahun ini, aku berazam.. hmm.. aku berkira-kira untuk menjadi seorang yang spontaneous. Iya tulah yang patut aku buat dari dulu.

CHECKLIST : Berhenti untuk membuat senarai semak-

Ya ( _/ ) tidak ( X )
1. Serta merta : ( )
2. Semua jenis checklist: ( )
3. Sebab? Menyusahkan! ( )
4. Pengecualian : Wishlist? ( )
5. Kalau buat ? denda ( )

Hmm bolehkah aku berhenti buat senarai semak ni?? Rasanya tidak! Kerana checklist telah sebati dalam hidup malah banyak berjasa, kerananya.. hidup lebih teratur dan terurus, lebih bermatlamat, lebih bersemangat (hmm banyak lebih nie) dan yang sebenarnya dalam hidup ini kita tidak akan lari dalam membuat checklist dalam diri walaupun tidak terperinci namun kita perlukannya untuk terus maju.

Setuju?







Comments

Anonymous said…
adui! ada nama aku lah! haha
Adie Achim said…
maaf bu! loh memang kegemeren gue.. ya orang bilang idol gitu! maaf ya kelewatan benar gue neh.

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!