anda yang bagaimana?



Akhirnya hari ini tiba! atau tibalah hari ini!
Hari yang ditunggu-tunggu rasanya untuk semua orang. Yelah hari ini hari gaji buat penjawat awam tetapi secara tidak langsung mereka yang bekerja di sektor lain turut mendapat tempias bahana hari gaji. Oh ya.. akhirnya saya merupakan salah seorang yang berbaris mengambil upah gaji pada hari ini, bukanlah suatu yang kebiasaan bagi saya namun kerana ada keperluan penting saya mau tidak mahu terpaksalah juga berbaris panjang. (sangat panjang ok!)

Sudah begitu, saya tanpa sedar membuat pemerhatian tentang gelagat mereka-mereka ini. Kebetulan saya di baris yang agak ke belakang maka sempatlah saya membuat perbandingan antara pengguna mesin ATM lelaki dan perempuan. Fokus kepada transaksi pengeluaran duit. Dengan penuh takzim dan hormatnya saya kongsikan bersama, bukan untuk mengutuk dan jauh sekali menghina tapi inilah yang berlaku. (Tapi tidak semua ... kebanyakannya)

yang laki-laki (lelaki)
1. Buka dompet, Keluarkan kad bank (dilakukan sebelum sampai giliran)
2. Masuk nombor pin

3. Pilihan bahasa

4. Menu : Pengeluaran segera

5. Duit keluar
6. Ambil slip bank

7. Ambil kad bank
8. Beredar


yang bini-bini (perempuan)

1. Buka hand bag (hanya semasa sampai giliran barulah
terhegeh-hegeh *maaf tapi itulah perkataan sesuai)
2. Sama seperti di atas

3. Sama seperti di atas

4. Menu : Pertanyaan baki (terangguk-angguk senyum: agaknya bermaksud jumlah betul atau oh sudah masuk!)

5. Menu : Pengeluaran (lain-lain)
6. Menu : Pengeluaran (lain-lain) memasukkan jumlah pengeluaran

7. Duit keluar
8. Keluar kad bank
9. Ambil slip bank
10. Kira kepingan note (dengan pantas)
11. Memasukkan duit dalam dompet
. Memasukkan kembali kad bank??
10. Kembali langkah nombor-2

12. Kembali langkah-3

13. Menu: Pertanyaan baki (mengangguk dengan muka serius: agaknya bermaksud hah betullah dah kurang duit aku!)

14. Keluar kad bank

15. Beredar... (ops! belum lagi)

16. Mengambil kad bank (rasanya kepunyaan suami)
17. Dan pandai-pandai la korang meneka langkah-langkah yang seterusnya.


Ada beberapa perkara yang patut diambil kira oleh kaum wanita, bahawasanya ada beberapa langkah yang boleh dilangkau memandangkan masih begitu ramai VIP dan NIP(Not Important Person) yang berbaris bagi tujuan yang sama. Secara logiknya hari ini confirm gaji dah masuk jadi abaikan membuat pertanyaan baki dan juga memeriksa baki bank. Anda boleh membuat kiraan jumlah masuk dan baki melalui slip bank. Benar tak?

Adakah mereka bersalah? Tidak sama sekali! Walaupun menyumbang kepada kelembapan namun itukan gilirannya. SUKA hati dia lah kan. Anda nak cepat? buatlah mesin ATM sendiri, anda nak marah? pergilah marah suami dia yang pesan suruh ambilkan bagi pihak dia. Anda marah sikapnya yang SUPERB berhati-hati? Marah kat hmm.. (tak berani aku nak cakap)

Apa-apapun. Saya amat sayangkan bini-bini (orang kedayan-brunei merujuknya sebagai perempuan) sebab saya punya nenek, emak, kakak, isteri dan anak perempuan. Saya amat menyanjung mereka-mereka ini!

Comments

Anonymous said…
SB suka dan respek bini2.. tapi bini2 yg lembab nak mampuiihhh (ikut kata2 Esah), nak kena ajar jugak! kakaka.. ooopsss!
Adie Achim said…
Btui! ajaq camner tu? tibai(spank) pakai pedati?? Class!!!
Jankaulu said…
saya memilih beratur di barisan lelaki walaupun jumlahnya lebih ramai, sebab saya nak cepat ambil duit, hehehe.
Adie Achim said…
Sukiman: BEtul2.. pilihlah barisan yang betul! (hai mcm ada bau politik jer ni :)

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!