Jan tid jad!


Salam,
Baru sebentar tadi mendapat panggilan dari adik nun di Putrajaya. Ni adik bongsu saya, macamlah banyak adik dialah satu-satunya oii. Saya tidak pernah segan dan malu menunjukkan betapa saya sayangkannya, kami sangat rapat malah kalau baru berjumpa mesti berpelukan dan kami akan tidak henti-henti saling mengemaskini (update). Eh aku cerita apa pula nie??

"Jan tid jad!" (Jangan tidak jadi!) - Begitulah ungkapan terakhirnya. Yang sebenarnya itu adalah bahasa rahsia kami (kononnya) sedangkan ramai yang faham pun bahasa singkatan tu. Cumanya kerana sudah menjadi bahasa rasmi kami berdua maka, kami akan bercakap dengan laju dan kekadang menambah ungkapan ala cina "jan'tse tid'tse jad'tse" (jangan tidak jadi) . Pernah kami bercakap di LRT dan ada nyonya tu bertanya "Cina apa oO?" dan kami hanya menjawab "Cin'tse ses'tse" (Cina sesat).

Bermulanya bahasa singkatan ini kami pelajari dari rakan-rakan sekolah. Sebenarnya ada banyak lagi, contohnya "sa' pa ya'pa ma'pa u'pu" (siapa mau) tetapi yang paling mahir adalah ala cina tu! Rasanya kami menggunakannya secara meluas malah kekadang dalam penulisan surat tidak rasmipun kami gunakannya. Cuma agak sukar sedikit untuk memahaminya kerana penggunaan awalan yang pendek dan terpaksa meneka-neka maksudnya. Berbanding melalui lisan kami begitu pantas memahaminya.

Mengapa boleh cakap pasal ni pulak?
Haha saya baru dapat kenalan blog yang begitu menarik, dan dia juga menggunakan bahasa singkatan bagi tajuk blognya (janka_ _.blogspot). Nantilah saya tanyakan empunya diri kalau sudi untuk expose diri saya akan bagi alamat penuhnya.

Terim Kas! Jag dir! Sud mak sar?

AdieAchim- Abaikan isu perbualan "jan tid jad"


Comments

Anonymous said…
ingat masa sek rendah pakai bahasa ni..
Adie Achim said…
wah ko pun pan jug?

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!