GBM

Salam buat Pembaca budiman,


GBM adalah singkatan yang saya pandai-pandai reka sendiri, ia membawa maksud 'Geng Buku Merah.' Kenapa buku merah dan bukan purple, bukan pink, bukan warna kegemaran Dato' Siti, bukan dan bukan yerr.. ini ialah standard buat semua penderma darah, mereka dibekalkan satu buku merah bersaiz mini.  Sangat comel dan boleh disimpan di dalam dompet (sayalah tu).  Sebab warna merah? agak-agaknya?

Untungnya saya punya GBM di kalangan rakan sekerja yang sangat prihatin tentang tanggungjawab sosial ini, cukup masa kami akan saling mengingatkan.  Masa apa? Masa untuk menderma hanya dibenarkan setiap tiga bulan sekali.  Kalau datang sehari awal pun tidak akan dilayan oleh pegawai kesihatan, bukan mereka sombong atau kacang lupakan kulit tetapi mereka amat menjaga kebajikan , keselamatan dan kesihatan para pendermanya.  

Baiklah... di bawah ini saya berikan panduan berguna dalam bentuk leteran manja 'point' yang mudah ditakul oleh minda sekalian (termasuk saya yang sangat tidak larat membaca karangan atau esei) Dengan itu harap-mengharap mudahlah dipermudahkan hati tu terbuka untuk join geng GBM.


Dengan menderma darah, anda boleh meyelamatkan nyawa seseorang terutamanya;
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir dan mengalami penyakit jaundis (penyakit kuning)
  • Pesakit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Mudah Menderma Darah, Anda Hanya Perlu: 

  • Pergi ke tempat kempen derma darah atau Tabung Darah
  • Isi borang
  • Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  • Ujian kumpulan darah & tahap haemoglobin
  • Pengambilan darah
  • Rehat & jamuan ringan

Anda layak menderma sekiranya: 
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Berat badan 45 kg dan ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau antibiotik tempoh satu minggu sebelum menderma
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum mendermaTidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam sebelum menderma 
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu sebelum hari menderma
  • Tidak hamil dan tidak haid
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam
  • Tidak mengidapi Hepititis B atau C


Anda Dilarang Menderma sekiranya:
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar -tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Terima kasih kepada yang bertanya semalam, kebetulan rakan GBM saya datang mengingatkan tentang kempen derma darah dan rakan saya yang kurang jelas atau mungkin saja nak tau berkata " Apa lah korang dapat?" (sambil tersenyum perli okey) Saya yang telinga nipis macam  nak mendidih lah juga, tapi nasiblah rakan GBM saya ni jenis selamba dialah yang tolong jawabkan "dapat tolong orang". (sambil tersenyum juga tapi manis)


Walaubagaimanapun saya sertakan di sini, kebaikan menderma darah dalam aspek kesihatan tubuh badan kita.


Kebaikan Derma Darah

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri. 

Kesinambungan dari entri yang lepas... I K H L A S.. menderma boleh dijadikan satu latihan berguna membuat sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran.  Sebabnya selepas menderma, anda akan rasa satu kepuasan dan di dalam hati kita berharap moga-moga darah itu dapat membantu orang.  Tidak ada sekelumit pun rasa bangga atau riak.  Melainkan orang itu memang nak berlagak kononnya orang yang paling banyak menghasilkan darah atau paling banyak menderma. 
P.S:  Kalau ditanya berapa kali dah derma? Saya akan jawab "adalah sikit" takut kalau dilafaz akan disertai dengan riak.. "wa ikhlas ma!"

Comments

Anonymous said…
takut darah... kekeke...
edayuateh said…
3 kali nak g derma darah, semua tak lepas..hb rendah..rasa macam 'haihhh'..tp takpe laa..sebab time tu tolong amek darah org lain utk didermakan..hikmah hikmah.. ;)
edayuateh said…
3 kali nak g derma darah, semua tak lepas..hb rendah..rasa macam 'haihhh'..tp takpe laa..sebab time tu tolong amek darah org lain utk didermakan..hikmah hikmah.. ;)
Adie Achim said…
edayuteh: tak pa.. niat tu dah ada.. dpt juga pahala.. klu hb rendah better dunt nnt mudarat diri.
husnalalink said…
dah lama xmenderma..haihh..nak g spital jauh plak..(alasan)..heehehe
Jankaulu said…
pernah derma darah...tak pernah derma dara...he he he.
Adie Achim said…
lalink7: hmm caranya tunggu kempen derma darah. ms tu best skit.. happening!

Sukiman: Dara yg tu kena jaga sehingga ke hari yang dihalalkan :)

aku, dia& cinta:
Tengkiu!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!