Ikhlas
"Ikhlas ialah rahsia antara Allah dan hambanya yang tidak diketahui oleh malaikat untuk menulisnya, tidak syaitan untuk merosakkannya dan tidak pula hawa nafsu untuk menggodanya,"
Terdetik hati untuk berkongsi tentang pernyataan yang diucapkan oleh Imam al-Junaid r.a. Saya terbaca pada halaman muka surat pertama buku bertajuk "Penyucian hati", malangnya saya hanya sempat membaca beberapa helaian namun saya hafal betul halaman pertama. Oleh kerana saya ada terniat untuk berkongsi dalam blog maka saya buat sedikit penyelidikan tentang "ikhlas". Kebanyakkannya saya copy-paste saja kerana takut menyimpang pula maksudnya.
Pernahkah anda melafazkan "Ikhlas.." tetapi di hati tergaru-garu betulkah ikhlas nie?". Saya kerap kali membetulkan niat bahawa saya memang ikhlas tetapi tau sajalah si Iblis masih membisikkan keraguan "betulkah ikhlas???"
Sabda rasul SAW tentang para mukhlis (orang yang ikhlas) yang bermaksud.
"Semua manusia binasa melainkan orang alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yang mengamalkan ilmunya, semua orang yang beramal dengan ilmunya binasa melainkan dia sertakan dengan ikhlas. Sedangkan orang yang ikhlas pun masih berada di tepi bahaya yang besar"
Hadis qudsi oleh Abu Umamah r.a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman yang maksudnya:
"Hambaku selalu dekat kepadaku dengan ibadat-ibadat yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya maka akulah pendengaran yang didengarkannya dan penglihatan yang dilihatnya, dan lidah yang digunakannya berkata-kata dan hati yang digunakan untuk berfikir (yakni semua pencaindera dan perasaannya selalu ingat kepada Allah dalam segala-gala pada harkatnya). Maka apabila dia berdoa Aku terima dan apabila dia meminta Aku beri dan bila mengharap pertolongan Aku tolong. Dan ibadah yang Aku sangat suka dilakukan oleh hamabaku ialah tulus ikhlas untuk ku"( Hadis Riwayat At-Thabarani)
Membaca hadis di atas lagilah membimbangkan, bagaimana boleh saya yakinkan diri bahawa saya ikhlas dalam melaksanakan segala ibadat ? Bagaimana pula dengan sabda rasul SAW tentang para mukhlis (orang yang ikhlas) yang bermaksud:
"Semua manusia binasa melainkan orang alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yang mengamalkan ilmunya, semua orang yang beramal dengan ilmunya binasa melainkan dia sertakan dengan ikhlas. Sedangkan orang yang ikhlas pun masih berada di tepi bahaya yang besar"
Lagilah mengerunkan! Orang yang ikhlas pun masih goyah keselamatnnya. Saya mendesah.. gelisah..
Terus mencari...
Sehinggalah saya terjumpa kisah Rabia'tul Adawiyah, kekasih dan wali Allah. Ibadahnya menjadikan dia bertambah tawaduk, hina dan pasrah apabila berhadapan dengan kebesaran Allah. Dia rela tidak mendapat cinta seorang lelaki kerana kecintaannya kepada Allah dan rasul melebihi segala cinta yang ada di dunia yang fana ini. Ibadahnya semata-mata kerana kecintaan sejati dan abadi terhadap Allah SWT. Dia tidak beribadat kerana mengharapkan syurga atau takut untuk masuk neraka.
Diceritakan bahawa pernah satu ketika beberapa orang yang soleh datang ke rumah Rabia'tul Adawiyah dan terjadilah soal jawab mengenai masalah menyembah Allah. Sehinggalah saya terjumpa kisah Rabia'tul Adawiyah, kekasih dan wali Allah. Ibadahnya menjadikan dia bertambah tawaduk, hina dan pasrah apabila berhadapan dengan kebesaran Allah. Dia rela tidak mendapat cinta seorang lelaki kerana kecintaannya kepada Allah dan rasul melebihi segala cinta yang ada di dunia yang fana ini. Ibadahnya semata-mata kerana kecintaan sejati dan abadi terhadap Allah SWT. Dia tidak beribadat kerana mengharapkan syurga atau takut untuk masuk neraka.
Rabia'tul Adawiyah bertanya kepada tetamu-tetamunya:
"Mengapa kamu menyembah Allah?"
Jawab tetamu yang pertama
" Saya menyembah Allah kerana takut dimasukkan ke dalam api neraka kelak."
Jawab tetamu kedua pula "Saya menyembah Allah kerana takut dimasukkan ke dalam api neraka kelak dan ingin di masukkan ke dalam syurga."
Rabia'tul Adawiyah menarik nafas panjang dan berkata,
"Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindari api neraka."
Selepas terdiam dia bertanya,
"Sekiranya tidak ada syurga dan neraka, apakah kamu tidak menyembah Allah? Kalau begitu akan aku bakar syurga dan kupadamkan api neraka buatmu."
Hadirin berpandangan dan berkata,
"Kalau begitu jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?"
"Saya menyembah Allah kerananya. Nikmat yang dianugerahkannya kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembahnya."
Sebagai umatnya, selayaknya kita menyembah Allah hanya keranaNya. Segala pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah sekiranya kita sertai dengan niat semata-mata kerana Allah Taala.
Niat merupakan sebab utama untuk melahirkan amal atau perbuatan.
Diterima atau tidak amal seseorang adalah kerananya semata-mata kerana Allah. Allah sentiasa mengawasi niat hamba-hambanya tanpa hijab. Sesungguhnya Allah swt akan melindungi hamba-hambanya yang ikhlas, beriman dan beramal soleh. Mereka tidak akan dilupakan untuk mendapatkan naungan nya di dunia dan diakhirat kelak.
Diterima atau tidak amal seseorang adalah kerananya semata-mata kerana Allah. Allah sentiasa mengawasi niat hamba-hambanya tanpa hijab. Sesungguhnya Allah swt akan melindungi hamba-hambanya yang ikhlas, beriman dan beramal soleh. Mereka tidak akan dilupakan untuk mendapatkan naungan nya di dunia dan diakhirat kelak.
Kita hendaklah selalu memohon agar Allah swt memberikan keikhlasan dalam setiap amalan yang kita kerjakan.
Ikhlas.
Comments
p/s: ...malangnya saya hanya sempat membaca beberapa helaian namun saya hafal betul halaman pertama.. <-- ko tertido ker lepas halaman pertama tu? kekekeke....
u kenal jankaulu .. dia dulu satu office dgn saya :)
ieda: sy kenal jankaulu melalui blognya.. sy suka blogwalking.. salam kenal juga!
salam aidie achim, saya terharu baca tentang keikhlasan...
Cik Nurul: Sedangkan empunya diri kekadang ragu tentang keikhlasan diri. TQ!