Terima Kasih.

Yang dihargai!

Penghikayat

Blog Archive

1.6.11

Penulis yang baik!

Salam para blogger sekalian,

Yang sebenarnya saya dalam keadaan yang agak serabut... dengan masalah-masalah yang tidak perlulah saya  bebankan anda. (Tapi mungkin jika anda pinjamkan saya 1 juta cukup membantu) Namun saya tetap membuka blog , melihat-lihat kalau-kalau ada komen atau terjahan dari sang blogger. Dari situ saya selalunya tanpa sedar mengklik 'next blog'  untuk membuat pengembaraan blog.  Oleh kerana blog saya dalam versi melayu maka next-next blog tu melayulah.. dan kekadang indonlah.. tak kiralah.. tu kan namanya blogwalking atau saya panggil sebagai aktiviti 'Jalan-Jalan Cari Blog'.

Juga.. saya ada satu perangai iaitu membaca semula entri yang telah dipos kalau-kalau terdapat kesalahan ejaan, tatabahasa, frasa, dan pelbagai kesalahan kecualilah memang saya berniat begitu.  Maka janganlah kehairanan kalau anda perasan ada perubahan teks atau imej, itu memang kerja saya! mungkin saya ingin menjadi penulis blog yang baik.  Anda rasa begitu? jika ya janganlah segan-segan klik 'follow' datang lagi ke blog saya.  Sebaik mungkin dari semasa ke semasa saya akan cuba memperbaiki buat anda semua dan teristemewa buat 'Yang Dihargai'.  

Saya beruntung punyai rakan bloggers yang berkongsi tentang 10 langkah ...  (kredit) ... Menurut Brian Clark, pengasas Copyblogger dan CEO Copyblogger Media, terdapat 10 langkah untuk menjadi seorang penulis blog yang baik.
  1. Write. (Menulis)
  2. Write more. (Menulis lebih lagi)
  3. Write even more. (Menulis bahkan lebih lagi)
  4. Write even more than that. (Menulis bahkan lebih dari itu)
  5. Write when you don't want to. (Menulis ketika anda tidak mahu)
  6. Write when you do. (Menulis ketika anda mahu)
  7. Write when you have something to say. (Menulis ketika anda mempunyai sesuatu untuk dikatakan)
  8. Write when you don't. (Menulis ketika anda tidak)
  9. Write every day. (Menulis setiap hari)
  10. Keep writing. (Terus menulis)

Saya yang pada asalnya tidak bercadang untuk menghasilkan apa-apa entri untuk hari ini akhirnya terpujuk setelah termakang (pengaruh rakan blog) dengan 10 langkah tersebut.  Teruslah sokong saya dengan itu saya akan terus menulis. 

P.S : Fakta mengatakan 'practice makes perfect'. Jadi terus menulis adalah caranya. 
TERIMA KASIH!

4 comments:

Seksi Bani said...

tak yah 10, ambik 2 jer:
1) write.
2) keep writing.

bole? hehey..

Adie Achim/ Papa said...

sangat!
tambahan
11. keep sexy

sukiman said...

menulislah walau sebaris ayat...kalau sebaris ayat itu mampu menyampaikan...

Fie Anis said...

sy nak 1 campai 10...tehee...
sume nak...

Sudah baca?

Related Posts with Thumbnails