Suatu kebetulan...
Salam,
Selalu sangat saya salahkan pada suatu kebetulan, pada masa itu saya berasakan betapa kesalnya terjadi sesuatu bukan atas kemahuan diri tetapi hanya kerana mengikut gerak hati yang tidak dirancang. Jarang pula saya berterima kasih pada suatu kebetulan yang menguntungkan, mungkin masa itu saya beranggapan bahawa saya memang bernasib baik. Pun begitu kebetulan tetap berlaku!
Pernah juga saya mendapat buah fikiran kononnya: mungkin saja segala yang berlaku di dunia ini adalah rantaian kebetulan demi kebetulan sehingga akhirnya menjadi rentetan sebuah kehidupan. Malah kesinambungan dari itu saya begitu percaya dan menjadi obses(juga menjadi obess he hee) pada pernyataan "dunia ini sebuah pentas opera, manusia sebagai pelakon dalam pelbagai watak."
Tetapi jika benarlah begitu, kebetulan bukanlah perkataan yang sesuai atau mungkin tidak akan ada perkataan seerti untuk itu. Sekiranya benarlah hidup ini cuma lakonan semata-mata kenapa tidak ada raptai atau suntingan pada scene yang kurang sesuai atau tidak bermutu. Lalu kenapa kebetulan - kebetulan ini persis dirancang sehingga membentuk suatu kejadian.
Jawapannya sungguh solid, itu semua kerja Yang Mencipta dirimu. Hakikatnya, tidak akan ada kisah kebetulan dalam hidup ini. Mungkin ia tampak seperti peristiwa-peristiwa kebetulan (co-incident) namun segalanya telah dirancang dengan sempurna oleh-Nya. Kerja kita untuk teruskan kehidupan dan mengambil iktibar serta mensyukuri apa juga yang berlaku.
Sebenarnya tidak ada salahnya menggunakan perkataan kebetulan, ia cuma merujuk sesuatu yang di luar jangkaan atau tidak termasuk dalam rancangan. Dan anggaplah ia suatu anugerah dan keajaiban oleh Yang Mahakuasa.
AdieAchim: Kebetulan saya sedang mengimbas peristiwa-peristiwa kebetulan. Hanya buah fikiran saja.
Comments
thanks for dropping by and have a lovely day!
(^_^)
Terima kasih! besar ertinya soalan ini kepada saya...