Yang klise tentang duit

Yang sebenarnya saya secara tidak sengaja tersampuk/termenyampuk dalam perbualan antara rakan sekerja yang berdialog tentang "duit adalah segalanya"  dan saya memang suka mencabar sesuatu pernyataan yang klise, kawan saya menguatkan hujahannya dengan menyatakan "kebahagian tidak boleh dibeli dengan duit".  Bukanlah hendak menafikan bahawa terdapat pro dan kontra di situ, tetapi mau atau tidak di dunia yang kita pijak sekarang ini, kita sebenarnya terperangkap dengan "segalanya adalah duit".

Yang berlaku sekarang ini ialah kita semua (kecuali para jutawan dan billionaire, duit yang bekerja untuk mereka) perlu bekerja untuk mendapatkan duit atau lebih mudah begini "kita bekerja kerana hendakkan duit" memanglah kita sertakan niat untuk mencari nafkah buat keluarga tetapi subjek matternya ialah 'duit'.  Jadinya, kita perlukan duit buat menampung (isteri, anak dan kedua orang tua kita) mereka-mereka ini.  Saya minta anda tahan nafas dalam lima saat..... 1.. 2.. 3.. 4.. 5.. begitulah gersangnyaderitanya ketika kita perlukan duit dan begitulah juga leganya selepas kita ada duit (selega dapat bernafas semula)

Yang boleh kita cabar tentang pepatah "ulat dalam batu pun dapat makan" jadi duit bukanlah perkara penting, bagi saya itu adalah suatu penafian yang memalukan dalam kehidupan.  Malah kanak-kanak masa kini akan menjawab "iya lah itu ulat, diorang tak perlukan duit,  kita ni orang.." malah kita manusia kompleks yang punyai kehendak yang pelbagai.  Nafsu makan sahaja tidak terbilang banyaknya belum lagi berbicara tentang nafsu kereta, nafsu rumah, nafsu emas,  nafsu kasut, nafsu tupperware (teraso korr! En.Suk - memain jor) sedangkan orang yang kuat nafsu pun perlukan duit kann.. (ko sajer buat isu adieachim! habis kalau seksi bani terasa!) 

Yang ingin saya kongsikan ialah satu artikel dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Bank Negara berkenaan hubungan kita dengan duit. Bacalah...


Untuk memahami hubungan anda dengan duit, mari imbas kembali sewaktu anda sedang membesar. Kemungkinan besar, persepsi anda tentang duit dibentuk oleh orang dewasa disekeliling anda. Anda mungkin mendapat pelbagai perasaan dan idea tentang duit daripada keluarga anda.

Jika ahli keluarga anda perlu bekerja keras, anda mungkin fikir bahawa membuat duit memerlukan kerja yang banyak dan berjam-jam. Jika ada perselisihan faham tentang duit, anda mungkin rasakan bahawa berbincang tentang duit membuatkan orang marah atau takut. Jika keluarga anda mendapat bantuan kerajaan, anda mungkin rasa sedih, berterima kasih atau malu. Jika anda mendapat duit ketika kecil, anda mungkin rasa seronok atau bersalah. Anda mungkin rasa seronok dengan memiliki wang anda sendiri atau dapat membantu keluarga anda. Anda mungkin marah kerana perlu bekerja.

Kadang kala, anda boleh mengetahui bagaimana perasaan anda terhadap sesuatu dengan menghabiskan sesuatu ayat dalam perkataan anda sendiri. Cuba siapkan ayat-ayat berikut seberapa banyak yang anda boleh dan perhatikan perasaan anda semasa anda menyiapkannya:

Ia amat mudah bagi saya untuk membelanjakan duit untuk.........................
Ia amat sukar bagi saya untuk membelanjakan duit untuk..........................

Saya suka mendapat duit kerana...............................

Saya risau tentang duit apabila.................................

Saya bertengkar tentang duit kerana................................

Menyimpan duit membuatkan saya rasa............................

Jika hari ini saya ada cukup duit, saya akan...........................

Bercakap tentang duit membuatkan saya..........................

Semasa saya membeli barang yang tidak saya perlukan, saya.....................

Saya tidak tahu bagaimana hendak mengurus duit saya kerana.....................

Yang boleh anda lakukan untuk merasakan kebenaran tentang duit ialah duduk menetap di hutan.  Buatlah rumah atas pokok dan kalau sempat bawa duit lekatlah di dinding sebagai perhiasan.  Sungguh di sana anda tidak perlukan duit! tetapi bahagiakah? (bahagia kut.. musykil??)

AdieAchim: Yang sebetulnya, jauh di benak saya mengatakan bahawasanya dengan  duit saya akan beli kebahagian itu.  Agak melampau namun itulah! rasanya kalau kita berpegang pada paksi yang betul nescaya kita akan selamat. InshaAllah..  Yang saya fikirlah...










Comments

Anonymous said…
sib baik SB tak dak nafsu kat tupperware! kekeke...

ini pendapat SB: "money is not everything, but it helps in many many many many things."

bole?
SyahmiFikri said…
wah! for me.. duet is everythng! hoyeh3

kebahagiaan tetap bermula dengan duet!
Adie Achim said…
SB: "..many many many many things."
Adie Achim said…
SyahmiFikri: bahagia dan duit adalah pasangan duet!
Jankaulu said…
kebahagian biasanya berkaitan dengan duit...

cuma kasih allah saja yang benar-benar free...
Adie Achim said…
Sukiman: Yang 'free' tu lah slalu kita lupa dan abaikan.. (saya lah tu..) (istighfar!)

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!