Ada apa dengan hadiah?

Salam,
sekalian follower!
dan sekalian silent reader.



"Benci la dengan husband I, mesti camtu!" Merujuk kepada perbualan dengan seorang rakan suatu ketika dulu.  Tapi senyumnya ke telinga, sekejap-kejap tengok jam.  Rupa-rupanya dia mendapat seutas jam tangan GUESS! Bukan sebab dia menang peraduan teka-teki tapi hatinya menang dek si suami belikannya.  Agak pelik juga, dia memang secara sedar dan amat sedar setiap kali ada perbalahan mesti suaminya belikan sesuatu sebagai galang-ganti perasaannya yang terluka.  Sedangkan yang pasti si suami yang punya angkara perbalahan tercetus.  Mungkin juga dia suka kan?? Itu hak dia.  Best jugak kan? Kena masukkan dalam taklik setiap kali gaduh kena bagi hadiah dengan itu mungkin serba sedikit dapat mengurangkan pergaduhan suami-isteri.  
Anda rasa bagaimana? isteri sekalian? tepuk dada dan tepuk dahi suami (Opss! tepuk manjer jer..)


Hadiah boleh saja melebarkan senyum, muka yang kelat jadi manis, hati yang hot jadi la la la, kalau dikartunkan akan keluar bunga-bunga dari celah hati.  Betul tak? berapa ramai setuju? (angkat tangan camni = =>> mesti dapat bayangkan. Pengaruh hantu Mak Limah kuat sangat larr!) yang tak setuju tu tahniah kerana ada juga yang dapat hadiah bagaikan mendapat musibah lagaknya! kenapa agaknya... Hmm saya bagi contoh dalam bentuk dialog: "Huh! ni jer bang.. ni jer! (sambil menjegilkan mata) Ayang nak cincin emas dengan permata bukan cincin belah rotan nie!" Itu hanya salah satu contoh dan ada banyak contoh lain yang mungkin kita sendiri alami.(Tengah fikir.. ada tak berlaku dengan saya? syukurlah! saya punya suri yang tidak meminta-minta dan sentiasa tersenyum dengan apa jua yang saya berikan!- mungkin sebab saya sentiasa berikan yang terbaik). 
Anda yang bagaimana? merengek-rengek? merangkak-rangkak nak hadiah?

Hadiah itu sesuatu yang baik!
Memberi hadiah adalah amalan mulia!

Tetapi sebaiknya biarlah dengan cara yang betul iaitu :
§ ikhlas:
- Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.

§ memberikan barangan yang disayangi
- Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.

§ tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.
-  Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.


Dan pesanan penaja buat yang menerima hadiah tu, berpada-padalah berkongsi kegembiraan tu.  Mana tau ada hati yang iri, bengkak, bengang dan yang sama zon dengannya.

Ada apa dengan hadiah?

P.S: Saya punya rakan yang suka beli hadiah buat dirinya sendiri dan yang tak tahan tu mengaku kononnya dihadiahi.  Hmm camana tu ah?







Comments

rosfazila said…
salam
im ur first and silent reader for today.tahnx for joining fizarose, nice blog n i link urs..
Anonymous said…
Salam adie achim..
Nice entry... apa2 pon...
kalo nak bg hadiah, kene ikhlas ek?
hehehhe
dah jadi follower dah...^_^
visit blog kite salu...
http://sweetsourmemoir.blogspot.com
Nurain said…
beli hadiah utk diri sendiri..kemudian cakap kat org yg hadiah tu org lain yg bagi kat kita?? no..no..no..it's not a good idea..mcm terdesak sgt bunyinya tu kan..:-)
Anonymous said…
berpinar mata baca ngan font ni.. adoi!!!

sebaik2 hadiah adalah seperti judul album siti - "Hadiah Dari Hati" hehehe...
Adie Achim said…
rose@ila:
TQVM!
Adie Achim said…
Mrs. Shun Ju:
Ikhlas dari hati!
Adie Achim said…
nurain:
Tulah pasal.. komen aku "sick!"
Adie Achim said…
Seksi Bani:
Font ini dipilih tanpa mengambilkira masalah pandangan berpinar-pinar!

Level Siti haruslah.. kalau aku jadik laki dia aku pon tak tau nak bagi hadiah ape! semua dia mampu kan!
Jankaulu said…
tak boleh komen...sebak...
Adie Achim said…
Sukiman:
Napa yang sebak tu? ...
Ann Huda (Ate) said…
Tahaddu tahabbu..Itu pesan Rasulullah. Saling memberi hadiah nescaya kalian saling mencintai. Mungkin bagus juga cadangan buat perjanjian..gaduh sahaja beri hadiah :).

Bagi yang menunujuk2 hadiah yg dia dapat (apa lagi bagi yang membeli hadiah sendiri tapi menunjuk2 konon dia dapat hadiah), kita kasihanilah mereka (walau hati menyampah)... mungkin mereka tidak tahu sifat riya' itu salah satu sifat yg dibenci oleh Allah. Dan kita yang melihat atau mendengar ttgnya beristighfarlah dan memohon agr diri kita di lindungi dari sifat2 yang dibenci oleh Allah.

Benar, bila suka menunjuk2 akan menimbulkan sifat iri, cemburu dan dengki bagi orang lain. Menjauhi teman meramaikan musuh. Siapa yang rugi?
r'Da said…
hye.. jom sesame follow blog.. :) thanks..
Adie Achim said…
Ann Huda (Ate)
Wah sukalah komen panjang2. Rasa puas nak baca.. Selalu2lah datang mengomen yerr.. Makasih
Adie Achim said…
r'Da:
Boleh jer.. TQ!
Unknown said…
pemberian hadiah tue kene lah ikhlas dan x harapkan balasan..sebb nnti apa yang kita dapat ialah sebuah hati yg ikhlas dari pasangan kita...heheee

thank adie, follow saya..i surely hit you backk with comment...:D
Adie Achim said…
Albenz: No prob Albenz!
Qaseh Gifts said…
Hi Adie Achim, thx drop by blog Qaseh Gifts. Dah follow your blog juga! Bersesuaian dengan post Adie kali ni, memang kena sangat dengan blog saya.
Happy reading dan jenguk-jenguk lah selalu ya.
Happy weekend!
http://qasehgifts.blogspot.com
Adie Achim said…
Qaseh gifts:
Btul tu cam sesuai btul!
InshAllah!
Terima kasih!
dtg sini bc entri ...:)

hargailah sesuatu pemberian walau sekecil mana pun krn itu tanda ingatan dari hati ...:)

excellence .
Adie Achim said…
hatikubaik:
dan hati mesti selalu baik!

Terima kasih.. akan buat kunjungan balas.
Anonymous said…
assalamualaikum...

nice entry and nice blog..

syukur saye belum lagi meminta minta..hihihi

terima kasih jenguk blog saye :)
MiZ Rayy said…
klau sy la kn, sy mmg suka hdiah. rsanya hmpir smua org suka hadiah kot.. hehe.. hadiah xsemestinya berbentuk material.. doa, ksh syg, perhatian, bleh dikira hadiah jugak kot..
Adie Achim said…
MiZ Rayy:
Betul tu. Hadiah yg x dek kos adakalanya lebih berharga dan tinggi nilainya.
thslly said…
Bg biar ikhlas,kan? :)



Hahahah okeh yg beli hadiah sendiri tu teringat Usop Wilcha beli birthday cake kat diri dy sendiri :P
Adie Achim said…
Lily Suhaili:
hadiah mahal mana pun kalau tak ikhlas bagus bagi balik jer..

p.s:Haha sy pun tak bleh tahan kalau ingat USop Wilcha tu.. lawak sangat.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!