Kad V V V I P yang penuh nikmat!


Salam semua... dah makan? dah minum? dah ke bank?

Semalam saya ke bank, fulamak! ramainya manusia dan yang pasti semua atas perkaitan yang sama yakni 'duit'. Ya lorr 'tanpa duit siapalah bank' atau boleh juga 'tanpa bank siapalah duit'.  Saya dalam keadaan yang kurang upaya masa tu, sakit kaki! Maka terjungkit-jungkit la ceritanya. Sukar untuk saya terima, tetapi sejarah keluarga membuktikan uric-acid sangat akrab dengan kami, hampir keseluruhan keluarga saya mempunyai 'gout' cuma kami amat bersyukur (Nauzubillah..) atas penjagaan makanan kami dapat mengawalnya dengan baik dan masih di peringkat yang terkawal(alhamdulillah..).  

Bukan penyakit 'gout' atau kisah terjungkit-jungkit yang cuba saya kongsikan tetapi al-kisah betapa powerfulnya kuasa kad yang satu ini.  Kad ini dipanggil 'Prime' lebih kurang ketua kepada segala kad-kad di bank CIMB.  Power tak power? Dengan hanya menunjukkan kad ini anda akan diberikan satu nombor khas yang mana/bila mana nombor anda akan serta-merta naik(tak sempat duduk pun! amboi-amboi over!) dan lagi sekiranya semua bank-teller sedang sibuk, satu kaunter khas akan dibuka bagi melayan anda.

Kekuasaan kad ini amat melampau-lampau nikmatnya (sila semak).  Dijadikan cerita, kad ini telah lama saya ada cuma hampir terlupa menggunakan(nampak sangat lama tidak ke bank! taulah semuanya di hujung jari dan semuanya berurusan dengan mesin: internet banking, atm machine) Akhirnya pada hari itu(hari yang aku sakit kaki tu lah) terpaksa jugalah  ke bank kerana(atas sebab yang tidak payahlah saya panjang-panjangkan) saya pun menggunakan kad itu, caranya: hanya perlu menunjukkan kad itu kepada pegawai bank yang bertugas memberikan nombor giliran.

Oleh kerana ada tiga orang berbaris di depan untuk mendapatkan nombor giliran, saya hanya keluarkan kad tersebut supaya tidak membuang masa(bagi mengelakkan: terhegeh-hegeh membuka dompet).  Belumpun sempat saya bergerak ke depan, pegawai bank tersebut telah melambai "encik.. pemegang prime kad.. sila terus ke kaunter tiga"  Hmm.. saya yakin sangat orang yang dimaksudkan itu ialah saya(riak! sempat saya menyedarkan diri)  Saya pun terus beredar ke kaunter yang dimaksudkan(terlupa sama ada sudah ucap terima kasih ke belum) 

Nak tahu apa yang lebih power tentang kad itu? Ia berjaya membuatkan banyak mata yang memandang! (terutama tiga orang yang berbaris di depan saya tadi, malah mereka terus bersoal-jawab dengan pegawai bank) banyak pandangan penuh makna! Kurang pasti adakah kerana keadaan uzur saya itu atau kerana betapa nikmatnya memotong giliran mereka.  Adoi!!!(encik SB kena bayar royalti?-  'adoi!')





Comments

Anonymous said…
memang adoi!!

kenapa aku takdak kad tu erk? adakah aku ni tak cukup prime????? adoi!!!
Adie Achim said…
huhu.. buat seh kah ra ng jugak!!!
Jankaulu said…
bestnya...
Adie Achim said…
Sangat mengesyorkan!

Sebenarnya kad ini dibuka berserta dengan akaun semasa. Blehlah sesekali sign cek plak :)

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!