Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia)
Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca)

Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau.  Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower  (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis.  Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR!

Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit.  Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya.  Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si suami masuk bersama dalam labour room melihat kelahiran anaknya.

Saya antara insan/suami/papa yang paling bertuah di dunia apabila mendapat peluang itu.  Mendapat pengalaman melalui mata sendiri dan dengan akal yang sedar semasa proses kelahiran putera sulung dan dua puteri (ketiga-tiga sedang lena tidur, saya menulis ini pada subuh hari 5.10am).  Semuanya terakam kemas dalam kotak hitam saya dan mungkin... (Nauzubillahi minzalik...) sekiranya hilang ingatan, saya tidak akan lupa bahagian itu.  Betapa ia satu memori paling berharga dan menakjubkan yang pernah berlaku dalam hidup.

Pernah beberapa kali saya berkongsi perasaan dengan bakal bapa (sasaran yang paling bagus!) meyakinkan mereka untuk masuk dalam labour room.  Tetapi hampa dalam puluhan orang hanya dua orang yang kelihatan teruja (syabas buat mereka) yang lain memberikan alasan begini: "oh... saya takut darah, tak tahan dengan bau darah" (tak padan dengan badan berketul-ketul), "Emm.. tengoklah.." (acuh tak acuh! masa proses '***' ada engkau acuh tak acuh!), "Argh.. saya tak sanggup tengok isteri..." (Habis! duduk di luar sambil menghisap rokok sanggup pula, selfish!) Segala bagai alasan diberikan.  Mungkin pembaca boleh menambah alasan lagi?

Ada seorang yang cukup bijak bertanyakan begini, "Kalau saya masuk dalam labour room, apa yang saya boleh buatpun?" hmm saya double thumbs up! kepada penanya soalan ini, bunyinya agak negatif tetapi soalan ini adalah satu kick-start untuk anda memahami peranan anda sebagai suami dan bapa. Di dalam labour room, anda hanya perlu berdamping dengan isteri (biarkan doktor/jururawat menjalankan tugas mereka)  anda berikan sepenuhnya sokongan moral.  Bisikan kata-kata semangat, tolong ingatkan atau bacakan sekali  ayat-ayat yang membantu memudahkan kelahiran, (saya bacakan ini -La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin). Anda juga boleh mengusap atau mengurut mana-mana bahagian yang dia ingini (selagi doktor/jururawat izinkan).  Sekiranya bernasib baik anda diberikan
peluang memotong sendiri tali pusat dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim'. Anda tidak mahu begitu?

Mungkin akan trauma? Mungkin ya atau tidak tetapi trauma yang boleh menjadikan senjata supaya menjadi seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan ringan tulang.  Wahai para isteri dan ibu-ibu sekalian anda dambakan yang begitu bukan? Jadi wajibkan suami anda masuk menemani anda semasa proses kelahiran anak anda (bukan anak orang lain pun!)  Secara peribadi, saya pernah mendapat fitnah (saya anggap sebagai fitnah sebab diucap di belakang saya tanpa meminta penjelasan) kononnya saya bagaikan orang suruhan di rumah.

Minta maaf banyak-banyak (kepada mulut-mulut celupar- insaflah), saya lakukan itu dengan rela hati, dengan suka hati, dengan ikhlas hati, dan dengan penuh kesedaran bahawa mungkin saya boleh bantu isteri mengurangkan bebannya. Isteri amat jarang meminta tolong cuma rasional otak saya mengatakan "apalah hendak berkira sangat kalau nak dibandingkan kesengsaraan semasa melahirkan'.  Sehingga kini walaupun kami punyai pembantu rumah namun saya masih seperti dulu bab anak-anak (membuat susu, kejutkan untuk kencing, mandi, basuh berak etc) Biar saya buat! bukan untuk berbangga tetapi pengalaman itu menjadikan saya seorang yang berprinsip "ini keluarga saya, itu isteri saya dan mereka anak-anak saya" dan I'm proud to be incharged!

Lagi soalan baik oleh bakal bapa kepada saya "hospital mana yang benarkan suami masuk?".  Begini, anda perlu memastikan hospital itu ada polisi 'father-friendly', biasanya semua hospital kerajaan mempunyai polisi ini.  Anda akan diminta untuk mengisi satu borang dan akan diberikan taklimat ringkas tentang bagaimana situasi dalam labour room, juga apa yang perlu anda lakukan dan perlu siap sedia.  Tetapi ada kes yang anda tidak dibenarkan masuk (sila rujuk dengan hospital).

Entri ini tidaklah bermaksud Ben Ashaari tidak tahu atau tidak mahu atau tidak endah mungkin beliau sudahpun punyai perancangan  ke arah itu.  Malah, mungkin lebih startegik dan punyai informasi yang lebih dari saya tawarkan di sini.  Anggaplah ini satu perkongsian sesama manusia, sesama suami dan sesama bapa.  Sukalah saya selitkan penutup ini dengan komen seorang rakan perempuan yang berbunyi "ish.. taknaklah suami masuk tengok.. segan! ieee malu tau!!!" lalu saya jawab begini "wei.. masa buat tak malu pulak?!" Astagfirullahaladzim...mulut! tidaklah saya kata begitu cuma hati jer berkata-kata (dalam hati tak kira kann).

P.S: Beruntunglah Ben Ashaari dapat umumkan tentang coming juniornya, dahulu semasa saya teks (sms) berita kegembiraan itu saya diminta untuk diamkan.  Maklumlah bunting pelamin tetapi nak malukan apa, kami mendapatnya secara halal tetapi bagi mengelakkan fitnah saya diamkan saja.  (Emo! kalau ingatkan kembali!)



Respon dari Ben Ashaari dalam entrinya, baca di sini 

Comments

Ann Huda (Ate) said…
Nice N3. Suatu perkongsian yg sangat menarik. Harus di baca oleh para bapa, bakal bapa jua semua lelaki di luar sana (Included Inche Ben..yg sedang menanti kehadiran 'Jr'...Harus ada persediaan awal :)).

Keluarga Ate, Allah izin tak ada masalah utk bapa2 masuk ke labour room walau lebih 20 thn lalu. Kerana kalau tak masuk hospital swasta, mak atau ayah nya doctors, tapi tak pernah lah pula mereka cerita detail spt N3 ni. N3 ini mmg satu perkongsian yang baik dan manfaat. Syabas.
Ben Ashaari said…
:) salam adie ..

terima kasih atas perkongsian ini .. nanti saya jawab di entri saya yer ..
Adie Achim said…
Ate: Saya memang tunggu komen dari awak. Saya lupa menyebut tentang hospital swasta yang memang menggalakkan suami masuk dalam labour room.

Entri ini saya dedikasi buat semua dengan menggunakan Ben Ashaari (takpe kann) untuk hebahan.

Terima Kasih!
Adie Achim said…
Ben Ashaari:
Tergamam 'gulp!!!'
hmm betullah kalau dapat komen dari otai rasa macam 'gulp!'

Lepas solat subuh saya berbaring dekat anak2 yg sdg tidur fikirkan idea entri dan akhirnya saya dapat buah fikiran. Eksploitasi kepopularan trafik Ben tapi untuk cara yang baik..

Terima kasih bebanyak atas keprihatinan!
Unknown said…
betul tu en. Adie.. sya sokong.. Alhamdulillah suami sya berada disamping sya sewaktu proses kelahiran dan memang betul andai ada nasib para suami dpt memotong sendiri tali pusat anak.. begitu juga suami sya.. doc menyuruh suami sya memotong tali pusat anak kami..

dan sehingga sekarang spt yg en. adie katakan.. suami sya x pernah berkira dlm melakukan tugas2 yg melibatkan anak.. dia sanggup mandikan, basuh air besar anak, salinkan lampin malah membasuh baju sya dan anak2.. mungkin ada kesedaran apabila dia melihat sendiri proses kelahiran tersebut..

cerita dari ibunya sblm berkahwin suami sya ada seorg lelaki yg diktaktor.. malah dia dgn lantang berkata membasuh, melipat dan memasak adalah keja perempuan bukn lelaki.. tp Alhamdulillah bila dah berkahwin dan selepas sya melahirkan anak dia berubah 100%... semua kerja rumah kami buat bersama..

itulah hikmah bg suami-suami yg menyaksikan proses kelahiran ini..
rosfazila said…
salam mr. adie
isteri anda dan sya bertuah punyai husband yang sama spesies. sungguh supportive dan sanggup teman ke labour room!isteri pasti berterima kasih jika waktu susahnya ditemani suami disisi. tak kisahlah mr.adie nak cabar ben ke nak up traffic ke, tapi entri ni sgt bagus!saya sokong!
Small tony said…
sayang sekali hospital sultanah aminah tempat mama bersalin kan shifa tak benarkan suami masuk kerana ada kes india tumbuk doktor dalam labour room tu.
takper nanti untuk anak ke-2 mama nak bersalin kat hospital sultan ismail pulak..naj gie swasta kami keluarga kelas bawahan jer :)
Aziela said…
Anda sangat beruntung. Suami saya tak dapat rezeki walaupun dia sangat2 teruja untuk masuk. Tapi disebabkan terlalu letih, dia menunggu selama 24 jam, dia telah tertidur di depan labour rrom hinggakan jururawat panggil pun dia tak sedar...

Kalaulah ada rezeki saya lagi...Insyaallah...
Oh yes...saya tertarik dengan blog ini, maka saya follow kamu.
Ujang9897 said…
terasa tercabar gak..=)
Sunah Sakura said…
saya nak suami saya nanti tengok saya bersalin di sisi saya...insya'Allah..
Adie Achim said…
rose@ila:

Kalau nak bandingkan dengan apa yang dihadapi si isteri sungguh tidak ada tolok bandingannya.

Saya amat berharap entri ini dibaca oleh mereka-mereka yang sewenang-wenangnya angkat tangan dan kaki kat isteri dan juga mereka yang mendera anak!
Adie Achim said…
mama shifa:
InshAllah kalau kita berniat baik mudah2an dipermudahkan dan diberi peluang untuk itu.

Biarlah si suami mendapat dua hadiah anak dan pengalaman paling berharga!
Munn Jaafar said…
akhirnya sifu dh jawab... =)

sy ada tnya kt tunang...sanggup ke join masa bsalin (jika ada rzki lps kawin)

terus terdiam.nak suh dia baca entry awk ni. =)
anGah said…
melawat dari blog ben.. perghh.. memang berani bro.. saya ada pglaman.. tggu dalam labour room.. then wife kena operate.. masuk bilik bedah.. doktor tak bagi masuk.. teringin sangat nak tgk live.. tp takde peluang..

*harap dapat tukar tulisan komen ke tulisan yang lebih jelas.. hehe.
Sis Lin said…
bertuah dan bersyukur klu ada suami disisi saat melahirkan...

waktu kelahiran anak pertama, suami otw dr singapura nak blk dr keje, tp saya dh selamat melahirkan..

waktu kelahiran anak kedua pun begitu juga, suami otw balik keje tp saya dh bersalin dlm kereta jiran sebelah...

waktu bersalin anak ketiga, begitu juga suami otw nak balik keje tp abah saya lah yg hntr ke HSA utk bersalin dn dialah yg menunggu saya di wad bersalin..mak pula jaga anak2 saya...

kesimpulannya, saya rasa bertuah sbb suami saya x tgk saya bersalin sbb nnti saya terharu menangis dn manja dgn dia, sampai tak boleh teran nnti..huhuhuhuhu
Adie Achim said…
Queen Teratai:

Alhamdulillah...
Pada saat saya melihat kepayahan isteri melahirkan, tiada lain yang saya doakan selain dari keselamatan isteri dan anak. Maaf tapi kalau dilihat ia bagikan satu 'mission impossible. Namun kuasa Allah!

Apa yang para suami(yang belum pernah melihat) bayangkan semasa proses kelahiran adalah berbeza malah jauh meleset! Sekiranya anda bayangkan kesakitan yang paling teruk anda pernah rasai sila gandakan kesakitan itu dalam 100 kali! Betul , serius! itulah yang sebenarnya. Bukanlah bermaksud nak exageratte tapi anda saksikan sendiri barulah anda percaya!

Saya tidak malu bantu isteri menjemur kain pada hari ahad(maid cuti)sedangkan sebelum ini jangan haraplah. Tetapi saya fikir balik, malu? hmm kalau nak bandingkan isteri yang malu semasa bersalin apalah sangat!

Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat. Selepas itu barulah saya sedar bagaimana ibu saya melahirkan sembilan orang anak. Saya faham mengapa rasullulah menjadikan ibu sebagai tiga tempat teratas untuk dihormati!

Terima kasih!
Dkna Abza said…
terjah dari blog abg ben...terkilan baca entry nie...ermm.. :)
Adie Achim said…
Aziela:

Mungkin ada hikmahnya suami pun tidak dapat masuk. Saya berharap suami-suami di luar sana turut menjaga kesihatan pada hari-hari terakhir untuk bersalin kerana kita perlukan tenaga dan kesihatan yang baik untuk menjaga isteri dan anak.

Semasa dalam labour room kena dalam keadaan yang sihat dan bertenaga, saya sendiri alami mabuk darah dan ada ketikanya saya hampir-hampir panik melihat situasi yang tak terduga!
Adie Achim said…
Ujang9897:
Sungguh! cabar diri sendiri! Saya tak nampaknya di mana salah dan negatifnya kita masuk semasa isteri bersalin. Cuma saya nasihatkan cekalkan hati, kuatkan semangat. Berdoa banyak-banyak dan anda hairan melihat suami menangis melihat kelahiran anaknya di televisyen? Saya sendiri tanpa sedar menangis dan hampir meraung mengucap syukur!
Adie Achim said…
Adyila Qarrisya:

Semoga mendapat manfaat, maaflaha da ayat yang kurang sesuai tapi sekadar untuk menguatkan maksud dan objektif.
Adie Achim said…
Munna:

Bagusnya Munna bertanyakan soalan itu. Rasanya itu soalan yang perlu ditanya pada semua bakal tunang, tunang dan sebelum menikah. Kesanggupan itu sudah satu petanda bahawa dia ikhlas dan sanggup dalam keadaan susah.

Namun kalau dia mengatakan belum bersedia, saya yakin dia ada jawapannya sendiri. Mungkin soalan itu tidak pernah ditanya atau tidak pernah tertanya oleh dirinya.
Wanda Alwani said…
Salam .

two words only :

KAGUM !!
TERBAIK !!
Ida Mohd Ali said…
yup... stuju..KAGUM, TERBAIK dan TEPAT infonya....
berckp mewakili isteri2, mmg kehadiran suami disisi adalah kekuatan paling utama pd ms tersebut, sudah memadai andai suami hnya sekadar mengenggam tgn isteri disaat itu..
Andai berkemampuan better ke hospital swasta, suami bole disisi sentiasa...
Unknown said…
salam ramadhan...paling tak dpt dilupakan ketika nmpk kepala baby nk kluar... dn dpt komen dr ben ashaari, tahniah!
Dalila said…
Terima kasih diatas perkongsian yang menarik ;D
Nurul said…
mmg entri yg paling best..*thumbs up!!!
cdgn y bernas..idea y bgus..kpd para bakal bapa(btul ke ayt tu..hehehe)..jgn lpaskan mencipta memori pling berharga..bermakna dlm hdup anda!!
Unknown said…
Wow....salam...tahniah....sy suka sangat dengan entry ni.. LIKE x 1000000 kali,....Bapak sy dulu time abg sy dilahirkan ikut masuk kat dalam labour room....cuz kat hospital 2 pengarah dia kwn abah sy....Mmg dramatik lah(haha,,,sy agak jak ni)...btw....kwn baik sy...bapak dia yg lahirkan dia..hehe...Apa geli2....suami isteri lah....HIHIH
Adie Achim said…
Nur_Muslimah:

As salam,
Three words for you!

Thank
You
muchly!
Adie Achim said…
Mama Ida:
dan memang itu yang patut dilakukan oleh seorang suami, berdamping di sisi isteri ketika dia dalam kepayahan.
dan itu juga yang saya lakukan memegang erat tangannya. Situasi itu menyebabkan saya terfikir ini mungkin kali terakhir saya memegang tangannya.
Tapi Allah mahakuasa, wanita mampu melaluinya. Alhamdulillah...
Adie Achim said…
Sunnah Sakura:
ya usahakan agar suami anda berpeluang menyaksikan. Melahirkan anak adalah bukti kasih sayang isteri dan tidak keterlaluan untuk si isteri meminta suaminya masuk menemaninya menghadapi saat-saat genting tersebut.
InshaAllah saya doakan.
Adie Achim said…
Ahmad Ismi:
Wah bertuah ayah Ismi, kalau boleh anda kena awak kena bertuah macam dia juga. Betul tu soal geli tak patut timbul.. Klu difikirkan apa yang nak digelikan?
Adie Achim said…
angah:
Takpe Angah niat tu dah ada, mesti dapat peluang lain kali. Walaupun tidak dapat melihat proses kelahiran namun isteri yang bersalin secara pembedahan lagi memerlukan perhatian yang lebih. Angah mesti lebih tahu kann.. terkilan tengok sesetengah suami yang biarkan isterinya yang berpantang buat kerja sorang2.
Adie Achim said…
Sis Lin:
Begitulah besarnya kasih seorang isteri, kalau boleh tidak mau suami melihat kesukaran semasa melahirkan namun pengalaman ini penting buat kami lebih memahami proses kelahiran dan punyai motivasi diri untuk memartabatkan isteri.

Isteri saya seorang staff nurse dan bertugas di bilik bersalin, memang dia akui ramai juga isteri yang buat perangai semasa suaminya di sisi (manja etc) tapi mereka percaya kehadiran si suami amat penting.

Percayalah.. anda perlukan suami anda, kerana dia anda akan lebih bersemangat agar dia boleh melihat zuriatnya sendiri.
Adie Achim said…
Santri T.I.P.N.I:
Hah betul tu,tatkala kepala bayi keluar semua nurse bertepuk tangan. Tapi saya masih panik selagi tidak keluar semuanya. Rupa-rupanya sekiranya kepala bayi sudah keluar maka mudahlah menarik badannya.

Terima kasih.
Adie Achim said…
joe Sakura:
Itulah memori yang tidak akan dilupakan. Melihat anak-anak membesar dengan keletah nakal mereka adalah suatu kemanisan buat si ibu terutamanya. Saya selalu berdoa semoga anak-anak saya tidak akan lupa jasa mamaya, sentiasa horamat mamanya dan tidak sesekali menderhaka mamanys. Amin.
Adie Achim said…
Dalila:
Terima kasih kerana baca entri ini. Saya izinkan sesiapa yang ingin membuat link atau copy-paste entri ini. Hebahan untuk semua semoga yang baik dijadikan teladan. Mana-mana ayat yang kurang sesuai boleh dipadam. MOhon maaf.
Unknown said…
Double thumbs up to Abg Adie Achim! Siyes, saya bangge giler dgn Abg Adie.. Isteri Abg Adie mesti lg bangge dpt suami mcm nih. Kalo mcm ni la care Abg Adie handle keluarga, InsyaALLAH, mudah2an anak2 Abg Adie akn jadi ank2 yg soleh.. Saye doakan.
Adie Achim said…
Miss Violet Sofea:
Terima kasih... jangan puji sangat nanti riak la pulak.. hee e. tetapi inilah yang sepatutnya dilakukan oleh suami2 dan bapak2. Saya hanya mencontohi mana-mana teladan yang baik. InshAllah.. Doakan saya kekal begitu. Amin
Nong Andy said…
Salam Adie Achim, bagus entri ni!! Suka sangat!! alhamdulilah, hubby sy di antara yg bertuah menyaksikan kelahiran puteri kami. Rasa teramat terharu sebab hubby beri semangat dan sokongan sepanjang tempoh kelahiran. Kehadiran hubby ketika saat genting memang bermakna buat saya!! Buat bakal2 bapa kat luar tu.. jgn takut nak ikut masuk labour room!
Adie Achim said…
Mama Shinta Musrika:
Walaykumsalam.
Beruntungnya suami puan dapat melihat sendiri kelahiran anaknya. Ada ramia di luar sana yang berkeinginan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan mereka tidak dibenarkan masuk.

Betul! masa tulah kehadiran seorang suami amat didambakan!
Zack said…
salam.. walaupun beberapa minggu telah berlalu namum kenangan semasa di hospital masih terngiang2 dalam ingatan.. alhamdulillah, dalam keadaan yg paling kritikal itu (anak kami meninggal ketika tunggu waktu nk bersalin dan sy pula kehilangan bnyk darah), suami ada di sisi dan memberi kata2 semangat.. suamilah yg bnyk memberi dorongan dan nasihat utk teruskan hidup dan redha atas apa yg telah berlaku..
Adie Achim said…
Zack Zachoes

Takziah.

Sebab itulah saya amat mengharapkan para suami masuk menemani isteri mereka sepanjang labour period. Pelbagai kebarangkalian boleh berlaku, secara peribadi saya tidak akan dapat menahan diri dengan hanya menunggu di luar wad untuk mengetahui perkembangan isteri yang sedang berjuang.

Saya puji suami puan yang sentiasa bersama (tolong sampaikan betapa saya amat -amat bangga dengan dia)

Isteri saya seorang nurse yang bekerja di wad bersalin, dia pernah balik dengan mata bengkak. Rupa-rupanya dia menangis kerana pesakitnya kematian anak semasa proses kelahiran. Kematiannya kerana leher bayi tersekat dan si ibu sudah kehabisan tenaga. Betapa kejamnya si suami, mengetahui hal itu dia memarahi isterinya yang masih lemah dan terus meninggalkannya. Sudahlah si isteri bergelut seorang diri dan masih lemah keran baru lepas baersalin ditambah lagi emosi rasa bersalah kini si suami pula memberi tekanan.

Fungsi suami ialah memberi dorongan dan kata-kata semangat semasa kejadian yang tidak disangka. Siapa yang mahu jadi begitu kan..

Terima kasih Zack atas perkongsian. Semoga tabah selalu dan semua yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!