Langkah mualaf

Berikut ialah antara petikan dari blog Ben Ashaari (salah siapa jika mereka MURTAD)

Apakah peranan kita ? Sapakah yang amik kesempatan di kala mereka susah ? Sekuat mana iman mereka sedangkan mereka baru peluk Islam ? Di zaman nabi s.a.w , bagaimana mereka melayan saudara baru ? Di zaman ini , kita layan mereka camana pulak ?

.......................................................................................................
Salam,

Berkali-kali saya pertimbangkan entri ini, berkali-kali saya fikirkan buruk-baiknya, berkali-kali akal saya mengatakan ini untuk satu perkongsian.  Ini kisah benar yang berlaku dalam hidup saya dan belum pernah dikongsi umum.  Moga saja niat baik ini tidak disalaherti dan buat pembaca yang beragama lain, saya rasa kita ambil maklum tentang konsep demokrasi beragama namun tetap mengutamakan agama Islam yakni agama rasmi negara kita - Malaysia.

Saya memeluk agama Islam secara rasmi pada bulan Januari tahun 1996.  Alhamdulillah... saya selamat melafaz dua kalimah syahadah di sebuah surau kuartez kerajaan (kebetulan sedang bercuti di rumah kakak) pada malam solat terawih yang pertama.  Niat saya untuk mendapat fadhilat solat terawih dengan berdoa 'moga-moga Allah bukakan hati kedua ibu bapa".  Syukur, kemasukan saya dipermudahkan malah kedua orang tua mengizinkan memandangkan beberapa orang kakak dan abang saya telah lebih dahulu memeluk Islam.

Saya tidak akan lupa bagaimana pada hari pertama saya menyertai solat isyak secara berjemaah pada keesokkan harinya, dengan yakin saya masuk saf dan bersedia untuk solat namun salah seorang jemaah menarik belakang baju dengan kasar dan menunjuk ke arah saf kanak-kanak.  Saya amati orang itu, dia antara mereka yang hadir menyaksikan pengislaman saya.  Malah saya maklum dia antara orang alim yang memang disegani, oleh itu saya turutkan sahaja.  Bayangkan hati saya semasa solat, tertanya-tanya betulkah saya selayaknya bersama saf kanak-kanak?  Mungkin benar, namun mungkin ada cara yang lebih berhemah atau lebih baik selain dari bertindak sedemikian.  Sehingga sekarang, saya belum temui jawapannya.  Saya boleh saja bertanyakan kepada mana-mana ustaz namun hati sya amat pedih untuk kenang semula kejadian tu. 

Seperti mana mualaf yang lain, saya teringin untuk belajar mengaji Al-Quran.  Malah saya amat menyedari kecenderungan ini semasa tinggal asrama di sekolah menengah.  Saya begitu tertarik dengan bacaan Al-Quran malah turut mengahafal beberapa doa ringkas seperti doa makan, doa sebelum tidur dan doa selepas habis kelas agama.  Mungkin kelemahan dari diri saya sendiri, saya begitu sukar untuk mendapatkan orang untuk membimbing saya belajar mengaji.  Setiap tahun niat itu hanya tersimpan begitu sahaja, saya hanya mengahafal doa-doa dan mendengar sebutan yang betul melalui kaset bacaan doa dan surah.  Sehingga akhirnya saya mendapat tawaran bekerja di Labuan, pada masa itu saya telah berniat kali ini walau apa cara sekalipun saya akan belajar mengaji.  Melalui seorang rakan saya diberitahu ada kelas mengaji dan tanpa berlengah saya terus berjumpa dengan guru agama tersebut. Namun hampa, dia hanya mengajar kanak-kanak sahaja dan buat orang dewasa hanya mengajar bagi mereka yang sudah ada asas yang kukuh.

Sedari itu, saya mula terfikir dan tertanya mengapa hal yang satu ini sukar untuk saya perolehi namun saya positifkan diri sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah, mungkin belum sampai masa atau mungkin juga saya masih kurang berusaha ke arah itu.  Maka saya nantikan peluang yang lain dengan bertanya kepada sesiapa yang ingin menyumbang ilmu mengaji sebab bagi fahaman saya tidak rugi orang yang mengajar, malah pahalanya sepanjang saya mengamalkan ilmunya.  Akhirnya ada seorang ustaz yang sanggup mengajar saya dengan belajar Iqra, saya panjatkan kesyukuran walaupun kelas kami hanya berlangsung semasa bekerja.  Ustaz akan datang pada masa luangnya iaitu tidak ada kelas dan serba sedikit saya belajar sebutan yag betul dan merangkak sehingga Iqra tiga.  Namun akhirnya pembelajaran terhenti kerana ustaz berpindah ke Semenanjung.

Sangat terkilan dan terhina apabila saya pernah disebut dalam satu perjumpaan perlantikan AJK surau.  Saya  memang nampak notis tersebut namun saya berasa rendah diri untuk hadir ke perjumpaan tersebut memandangkan saya hanya seorang mualaf (begitulah rasa rendah diri saya pada ketika itu).  Rupa-rupanya di akhir perjumpaan itu, pengerusi ada menyebut tentang ramai jemaah Islam yang tidak datang ke surau untuk solat berjemaah.  Mungkin niatnya baik dan hanya satu kebetulan nama saya disebut, nasib baik bekas house mate (semasa berkongsi rumah) ada di situ dan membersihkan nama saya.  Hal ini saya dapat tahu dari bekas house mate dan disahkan oleh beberapa orang yang turut serta dalam perjumpaan itu.  Mungkin silap saya, semenjak dari itu saya rasa kurang tenteram solat berjemaah di surau itu,  apatah lagi tiap kali bertembung dengan pengerusi itu saya jadi serba salah. Pada akhirnya saya memutuskan untuk tidak datang ke surau itu lagi dan hanya solat bersendirian di rumah.  Saya sanggup memandu ke pusat bandar untuk mengerjakan solat jumaat.

Tidak putus-putus saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi atas perkenannya doa akhirnya kedua orang tua saya memeluk agama Islam.  Alhamdulillah mereka mendapat pembelaan yang baik dan memuaskan. Oleh kerana tinggal dalam kejiranan yang majoriti bukan Islam maka tidak ada surau di kampung tersebut.  Maka kami dengan ikhlas hati, mewakafkan sebahagian tanah sebagai tapak  pembinaan surau.  Telahpun mendapat kelulusan dari Jabatan Agama dan sekarang hanya menunggu kelulusan dari Jabatan tanah untuk meluluskan urusan pewakafan.  Banyak halangan yang kami tempuhi namun demi niat yang baik kami teruskan.  Ramai yang persoal dan pertikai usaha kami ini namun demi ke jalan Allah kami kuatkan semangat.  Kami pernah cuba untuk mengajak sesiapa yang ingin menghulur bantuan namun pada akhirnya kami disalahertikan sebagai mengambil kesempatan sedangkan niat cuma untuk memberi peluang kepada sesiapa untuk beramal dan merebut peluang untuk berbakti kepada agama.  Salahkah?

Kalau dikenang banyak lagi antara kejadian-kejadian yang begitu mengusik iman namun untuk diceritakan semuanya adalah tidak wajar.  Cukuplah saya katakan sepanjang memeluk agama suci ini, saya amat kurang mendapat bantuan apatah lagi dorongan untuk mempelajari lebih mendalam selok-belok agama. Syukur Alhamdulillah selepas berkahwin saya mendapat sokongan dari isteri tercinta, melaluinya saya belajar tentang hukum-hakam dan  dia banyak membantu saya untuk belajar semula mengaji.  Selebihnya saya  rujuk melalui buku dan internet.  Bukanlah niat saya untuk mengaibkan mana-mana pihak malah jauh sekali untuk rasa menyesal dengan jalan yang saya pilih namun mengenangkan bagaimana nasib saudara-saudara baru yang lain. Saya yakin dan percaya di luar sana ada ramai di luar sana yang menghadapi cabaran yang jauh lebih hebat dari yang saya alami. Memang ada pertubuhan khas untuk saudara baru namun peranannya tidak begitu menyerlah dan dijalankan secara senyap, maksud saya tiada hebahan yang efektif.  

Atas segala kesulitan yang saya lalui, sekali lagi saya tegaskan  tidak sekali-kali menyesal dengan jalan ini.  Saya antara billion manusia yang terpilih dan saya tidak akan sia-siakan peluang ini.  Doakan juga semoga usaha kami berhasil dan dipermudahkan olehNya.  Amin amin ya rabbal alamin.
 
p.s: Berbalik kepada petikan tersebut di atas, akan adakah penyelesaiannya?






Comments

fiqah said…
tahniah krn smgat yg kuat utk trus brjuang demi memprthankan iman wlpnn byk halangan..ssuatu yg brlaku..x akan brlaku dgn sia2..ALLAH lbh tahu sgal2nya..truskan usaha dn brdoa pd ALLAH
Adie Achim said…
fiqah:
Terima kasih, yang sebenarnya ujian dan dugaan itu menjadikan saya lebih matang dalam mempertahankan iman.
InshaAllah...
lutsinar said…
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. saya memang menduga perkara sebegini terjadi dalam masyarakat kita.

Saya ada jawapan persoalan saudara tapi tidak boleh ditulis disini kerana terlalu sensitif.

perlu diketahui hakikat agama islam adalah sifat tamak, tamak dalam mengejar bekalan akhirat dan impaknya sentiasa memperbaik hubungan dengan Allah dan hubungan semasa manusia bersandarkan 6 prinsip keimanan.

Apalah ertinya percaya kepada rasul, tetapi tidak mencontohi sebaik-baik akhlaknya.

Maaf kerana komen yang panjang.
Adie Achim said…
lutsinar:
Saya akan ingat ini:

memperbaik hubungan dengan Allah dan hubungan semasa manusia bersandarkan 6 prinsip keimanan.

InshAllah, kalau difikirkan siapalah kita untuk bangga diri sedang kita cuma makhluk yang sama di mataNya.
Rawlins GLAM said…
Alhamdullilah...
Jankaulu said…
Syukur kerana berjaya atasi banyak dugaan dan cabaran.

Agama adalah kepercayaan. Percaya kita kepada bentuk fizikal dan jasmani ajarannya.

Kita sama-sama berdoa agar diperkuatkan semangat saudara baru menempuh dugaan dan berdoa juga agar badan yang dipertanggungjawab memainkan peranan yg sepatutnya.

Saya syahdu membaca posting ini, memang kadang-kadang cabaran itu datang dari manusia yang seagama dengan kita...
Anonymous said…
alhamdulillah syukur nikmat..


p/s: ko pasti nama aku tak disebut oleh ajk masjid tu ker? kekeke...
Ann Huda (Ate) said…
Satu perkongsian pengalaman diri yg 'menyedihkan'. Alhamdulillah sdra kuat dan Ate yakin sdra sgt jelas dengan niat awal ketika sdra masuk Islam, krn itu apa pun ujian, sdra tetap dpt mempertahankan aqidah. Hidayah itu milik Allah, apa pun halangan nya, tiada satu manusia pun yg dapat menariknya dari sdra melainkan Allah. Mg sdra tetap kukuh di jln ini.

Apa yg Ate sebutkan sbg menyedihkan di atas, adalah SIKAP bukan segelintir tapi kebanyakan dari org2 Islam 'keturunan' dlm menangani masalah mualaf. Kakak sulung ate pernah melibatkan diri dlm usaha membantu mualaf di KK dlm soal mengajar mengaji, solat dan membantu apa yang perlu. Bila ramai mualaf mula rapat dengan dia, 'ajk tertentu di masjid' mula kurang senang kerana (maaf) dia dianggap org luar, bkn org Sabah. Dia difitnah, sehingga para mualaf mula kehilangan tsiqah (kepercayaan) kepada dia. Sedih dia.. sesama Muslim nak buat kerja baik pun ada 'banyak politik'nya. Bukan dia dapat duit pun. Tapi bila di fitnah, tak mau keikhlasan tergugat dan mengelakkan pertelingkahan maka dia mengundurkan diri. Kadang bukan kita tidak mau berperanan tapi... entahlah. Sedih...Memadaikah kita berdoa sahaja, tanpa apa2 usaha dan tindakan??
Adie Achim said…
Rawlins Ichigo Takashi Lutz:
Syukur Alhamdulillah. Atas nikmat yang diberikan!
Adie Achim said…
Sukiman:
Sehingga ke hari ini, saya hanya solat pada saf belakang. Saya jadi trauma kalau-kalau belakang baju saya ditarik.

Saya punya fahaman bahawa agama itu satu kepercayaan/pegangan. Manakala manusia sebagai pengikut. Oleh itu jangan menilai agama melalui pengikutnya.

Bolehkah saya fikir begitu?
Adie Achim said…
Seksi Bani:
Hik hik.. sebenarnya nama ko tak disebut tapi aku pesan kat house mate suruh dia masukkan nama ko sekali.

Tau betapa aku dah sampai tahap dendam, pada waktu si pengerusi itu dikhabarkan sedang sakit tenat/nazak dan minta dimaafkan segala kesalahnnya saya enggan memaafkannya. Harus macam mana kalau saya maafkan tapi dengan hati dipaksa-paksa.

p.s: Belajar untuk jadi pemaaf
Adie Achim said…
Ann Huda (ate):
alhamdulillah saya sentiasa berpegang pada Aqidah dan bersyukur mendapat hidayah dariNYa.

Mulianya kakak ate sanggup membantu golongan mualaf. Memang banyak cabaran dan dugaan bagi mereka yang berusaha ke jalan yang benar. Iblis tidak akan duduk senang mengunakan pelbagai cara untuk memecah-belah umat Muhammad.

Ate, pernah seorang rakan mengatakan "untungnya kamu jadi mualaf, orang tak perlu pertikai sangat" sedang bagi saya tanggungjawab dalam Islam adalah sama.

Mungkin orang kurang pertikai dan boleh pandang sebelah mata dengan alasan 'alah dia kan mualaf' tapi di mata Allah, semua umatnya adalah sama. Semua akan disoal seadilnya.
Jankaulu said…
saya rasa boleh sebab last sekali tuhan melihat penganut agamanya kepada hati kecil mereka. Hati bersih atau tidak...

tak semestinya duduk di saf belakang akan jauh dari tuhan dalam kehidupan kita kan... Apa gunanya duduk di saf hadapan tetapi hati busuk dan prasangka.

itu pendapat saya...

Dan daripada pengalaman saya mualaf lebih peka dan mahu belajar tentang agama berbanding dengan yang islam secara semulajadi (keturunan).
Adie Achim said…
Sukiman:

Saya lebih suka fikir begitu sebab dah makin ramai saudara seagama kita yang jadi Islam hanya pada nama.

Saya cukup terkilan apabila tiap kali melihat nama bin abdullah pada kad pengenalan saya dengan selamba bertanya : oh mualaf?, convert masa kawin ka?, dulu agama apa?. Mungkin cuma sifat ingin tahu tetapi agak peribadi.

Terima kasih atas perkongsian idea.




rasa boleh sebab last sekali tuhan melihat penganut agamanya kepada hati kecil mereka. Hati bersih atau tidak...

tak semestinya duduk di saf belakang akan jauh dari tuhan dalam kehidupan kita kan... Apa gunanya duduk di saf hadapan tetapi hati busuk dan prasangka.

itu pendapat saya...

Dan daripada pengalaman saya mualaf lebih peka dan mahu belajar tentang agama berbanding dengan yang islam secara semulajadi (keturunan).
puisi2 hamba said…
kagum dengan semangat dan kekuatan yang saudara miliki... percayalah... Allah sentiasa bersama hambanya yang beriman.. setiap yang terjadi ade hikmahnya.. kita sebagai manusia hanya perlu kekalkan usaha.. hanya cepat atau lambat je Allah perkenankan doa kita.. (^_^)
Nadia Syakila said…
Subhanallah.. Allahuakbar..
Selamat Berjuang..
Perkara sebegitu kerap kali berlaku..
Muslim itu adalah bersaudara tidak kira bangsa, kulit atau rupa.. Mungkin ada yang terlupa.. wallahualam.. apepun2.. bersama2 kita muhasabah diri serta mencontohi akhlak Rasullah SAW dalam semua aspek kehidupan.. InsyaAllah..
Adie Achim said…
puisi2 hamba:

Adakalanya iman saya hampir goyah juga, apabila menghadapi dugaan hebat namun saya percaya seperti yang saudara katakan:
Allah sentiasa bersama hambanya yang beriman.. setiap yang terjadi ade hikmahnya..

Alhamdulillah doakan saya kekal begitu. InshaAllah.
Adie Achim said…
Si Pengembara:
Subhanallah.. Allahuakbar..
* Muslim itu adalah bersaudara tidak kira bangsa, kulit atau rupa.. Mungkin ada yang terlupa.. wallahualam..

Saya akan sentiasa ingat itu! dan saya yakin pada akhirnya semua itu tiada bezanya hanya amalan yang akan dihisab.
misa said…
DI MANAKAH KAMU SAUDARAKU SEPERTI DIBERITAHU ALLAH MEREKA ITU SAUDARAMU ?

Berkali aku cuba respond ditread ini, berkali itu juga keluh jamariku bak sebak, yang mungkin ianya terasa imbauan masa silam sebagai saudara baru yang pada ketika itu sejerus sahaja melafazkan kalimat sahadat, kita terasa bertapa dengan semangat persaudaraan yang sangat tulus disertai kegembiraan cuba bersilaturahim kepada saudara seagama sebalikknya disambut dengan perlakuan menyinggungkan hatta dingin dan babak seterusnya pengalaman demi pengalaman menghambat hati sehingga SAYA TERCARI-CARI DIMANAKAH MEREKA SAUDARAKU ? AlhmdulilAllah aku masih yakin mereka ada. Kepada pembaca budiman mungkin perlu kita merenung sejenak, betulkah persepsi kita apabila :
1. Mereka yang baharu memeluk Islam dipandang agak kotor disebabkan dari zat permakanan haram terdahulu dan gaya hidup yang dipandang jijik oleh mereka. Diantara pengalaman kawan2 mualaf menyatakan mereka dilayan agak keterlaluan sehingga masakan, bekas piring, gelas serta sentuhan juga cuba dielakkan oleh mereka ( Kumpulan saya cop cetek dlam hakikat Islam ) Hakikatnya tuntutan Islam menempatkan golongn mualaf adalah suci sebaik mereka melafazkan kalimat sahadat malah golongan ini perlu diberi keistemewaan hatta wang sekalipun mereka bukan miskin. Apakah wujud Islam kelas 2 diminda segelintir orang muslim ???
2. Saya percaya kebanyakkan yang baharu memeluk Islam telah mengkaji agama ini sehingga diberi hidayah dan tentunya terpaksa merempuh segala halangan hatta sehingga sanggup berdepan konflik yang besar dengan keluarga. Cuba renungi situasi bila perkataan seperti dilontarkan “: oh mualaf?, convert masa kawin ka?, dulu agama apa?.. ” Tidakkah soalan ini mengundang perasaan seolah2 keikhlasan kita teruji, Apa jika masa kahwin tafsirannya Oh masuk Islam ssbb kahwin , Oh mualaf he he.. kurng Ilmu agama , agama apa conform bekas orang kafir makan.. . Kenapa tidak didahului dengan ucapan Alhamdulillah dahulu seblum menyatakn kata2 tu...terhalang juga sesuatu yg negatif. Dalam kami merasakan sangat optimis penerimaan saudara seagama berlaku sebalikknya pula.. ? Siapa kamu mau mencopkan keikhlasan sesorang sedangkan Allah memberikan hidayah dengan perbagai keadaan yang hakikatnya terpulanglah bagaimana ia menghargainya .
3. Sya percaya mereka yang menyatakan KAMI SAUDARA KAMU DAN KAMI DIANTARA YANG BERJUANG MEMBELA GOLONGAN MUALAF tentunya menyediakan diri dengan kecekalan yang perlu dalam menjalankan perintah DAKWAH tentunya tiada komporomi dengan menjaga hati golongan tertentu atau takut mengugat keikhlasan diri..? Jika semua para pendakwa sebegini maka , sya tdk heran ramai yang murtad dan para mubaligh lebih berjaya lagi..!
Penulis blog ini adalah adik kandungku, kami melalui bersama pengalaman seumpama ini. Alhamdulilah dengan usaha keluarga bersama dan dgn ikhlas hati kami, kini berdiri sebuah bangunan kerdil ( di tanah penulis blog ) yg kami sumbangkan kepada saudara sebagai pusat pengembangan ilmu Islam yg juga berfungsi sbg tpt semantara menunaikan solat bagi umat islam di kg yang baru terdiri drp lebih-kurng 10 keluarga. Alhdulilah lagi, kini surau yang kami mohonkan melalui JAENS telah diluluskan di tapak tanah yang diwakafkan. Mohon maaf jika penyataan ini seolah memperlihatkan APA YG TELAH KAMI SUMBANGKAN, bagi kami ini adalah semua adalah pemberian Allah , semangat serta kemampuandariNya dalam menyumbang yg tidak seberapa kami percaya keikhlasan adalah jauh lebih berharga.
Adie Achim said…
Abang:
Kelu dan kesah... betapa kita keluarga yang terpilih untuk merasai pengalaman ini. Pengalaman realiti yang mendefinisikan 'saudara baru'.

Mungkin ada juga yang 'terbela' tapi rata-rata berkongsi derita. Malah ada seorang rakan saya mengaku sehingga ke hari ini dia tidak pernah mandi hadas lantaran kejahilan dan sikap suami yang juga tidak mengamalkan dan langsung tidak memandang kebajikan dan keperluan seorang mualaf.

Sungguh apa yang kita perjuangkan menjadi bualan. Bukan paranoid, tetapi faham dan maklum betul kita dengan kata-kata sinis dan pandangan penuh erti. Itu satu bonus buat kita, kerana Allah bersama mereka yang di jalan benar, dalam perjuangan.

Untuk semua itu...
Ya Allah Engkau Mahakuasa,
Maha Mengetahui,
Engkau menguji hambamu selayak dengan kemampuannya.
Ya Allah kuatkan hati-hati kami, pandanglah kami Ya Allah.

p.s: TK bang, atas pimpinan abang akhirnya kita semua berstu.

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!