"Sir.. are you buying?
Sepurnama lamanya (ayat sengaja diklasikkan bagi menguatkan elemen kelamaan) ... berkira-kira untuk beli kasut. Dahulu saya hanya pertimbangkan hati kata "yes" dan bajet kata "yes" maka ia akan terjadi pada kadar yang segera. Sesegera Maggi Mee, dalam masa lima minit saya sudah memegang beg plastik berisi kasut. Tapi sekarang saya sengaja melengahkan.
Mungkin berharap harga runtuh (70% + 30% ), atau mungkin untuk rasa terkilan kerana pada akhirnya kehabisan stok. Pernah berlaku kepada saya, tetapi cepat-cepat saya hindari perasaan frust tu dan mempositifkan situasi "selamat duit!". Tetapi pernah juga saya ubat perasaan kecewa itu dengan membeli yang lain dengan harga yang 'mahal oii!' (sangat tidak berbaloi!)
Saya ada seorang rakan yang menjadi marah kalau nak bandingkan kehidupan/kemewahan hidup di negara ini dengan di negara luar (Selalunya saya bagi contoh Afrika lah). Rakan saya menjadi emosional, baginya 'life's like that'. Kalau nak simpati pun tidaklah sehingga mempengaruhi kuasa hati (bukan kuasa beli yerr, itu kupasan entri akan-akan datang) untuk membeli.
Demikian halnya dengan makanan, kalau kita nak bandingkan rumput muda yang dituai buat santapan berbuka dengan nasi kebuli (perut berkeriut lah pula) adalah tidak sesuai kan. Bayangkan anda memakan rumput sedangkan anda mampu makan yang lebih baik dari itu. Sah-sah kufur nikmat (pernah disebut dalam blog si Seksi Bani)
"Sir.. are you buying?"Amoi sopan tu betanya.
"Hurmm.. actually I am not happy with the colour" (Aik! menipu lagi di bulan puasa!)
"Oh.. I am afraid, this is the only colour we have. Or maybe..." (kalau ada warna lain sungguh tak beli!)
"Bah nda palah.. is ok.. Thank you!" (Bah nda palah *oh tidak mengapalah)
Keluar dari mall (orang Indon bilang) saya hampir pasti yang saya akan menyesal... sangat yakin saya akan terkilan... Kali ini tidak datang perasan itu. saya amat-amati perasaan itu. Oh ya! naluri seorang bapa yang terkenangkan anak-anaknya. Ya! saya akan bawa semua sekali ke mall untuk berbelanja kasut raya. Saya begitu positif kiranya ada jodoh dengan kasut itu, pasti akan disarungkan juga ke kaki.
P.S: Entri ni berkisar pasal bonus, pandai-pandailah anda cari siginificant nya"
Comments
dan berkat. Hmm.. dah lama tak open table kt grand dossert. Kira zakat kawan2 la :)
Betul tu.. mensyukuri nikmatNya dalam apa jua situasi pun. Anak-anaklah yang memurahkan rezki, skecil mana pun 'gaji' Allah akan cukupkan. Sukur Alhamdulillah...
Akan follow! Terima kasih atas sokongan!