Bukan senang!



TAMBUNAN: 1 September -  Sambutan Aidilfitri pada tahun ini amat bermakna buat pasangan Encik Duakim@Joachim dan Puan Christina@Sabina Koroulu.  Apabila anak-anaknya seramai sembilan orang, sepakat untuk meraikan Majlis Ulangtahun 
Perkahwinan yang ke-50 tahun.

Majlis yang diadakan di Kampung Tanaki menerima kunjungan tetamu seramai lebih kurang 1500 orang dari seluruh pelusuk Sabah. Acara bermula pada  jam 4.30 petang, dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian menjamu selera.  Majlis dimeriahkan dengan sesi karaoke oleh para tetamu dengan lagu-lagu raya dan lagu terkini.

Pada usia perkahwinan yang ke-50 tahun, mereka dikurniakan 44 orang cucu dan enam orang cicit.  Ditanya tentang harapan dan perasaan mereka berjaya mempertahankan perkahwinan hingga ke hari ini, mereka mengucap kesyukuran dan berharap agar anak-anak dan cucu-cicit berjaya dan bahagia dalam hidup.

Encik Duakim merupakan pesara polis manakala Puan Christina adalah suri rumahtangga, kedua mereka hanya tersenyum apabila ditemuramah oleh anaknya sendiri tentang kepayahan membesarkan sembilan orang anaknya.


Syukur Alhamulillah!
Tercapai juga niat untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mumy dan dady.  Perancangan awal untuk membuat pada tarikh 30 Jun 2011 terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Namun saya rasa ada hikmahnya kerana ramai tetamu yang dapat hadir memandangkan hari cuti.

Istimewanya mereka, dady memanggil mumy sebagai 'N' manakala mumy memanggil 'J' kepada dady.  Hanya saya satu-satunya anak yang berani memanggil mereka dengan nama singkatan tersebut, bukan nak 'kurang ajar' cuma bergurau.  Percaya atau tidak! mumy dan dady tidak pernah memukul anak dan mereka menggunakan pendekatan psikologi.  Sesuatu yang ingin saya praktikan tetapi sangat sukar!

Sebenarnya tanpa dirancang saya dan isteri berkongsi ulangtahun perkahwinan ke-5 pada tarikh tersebut.  30 Jun 2006 merupakan majlis resepsi pihak lelaki di Airport View Hotel, Kota Kinabalu.  Kalaulah saya tahu hal tersebut, sudah tentu pada hari itu saya akan ajak mumy dan dady duduk di pelaminan.  Namun 'kalau' tu milik Allah. Memang begitulah yang ditakdirkan tapi saya bangga berkongsi tarikh tersebut.

p.s:  Saya tafsirkan senyuman mumy dan dady sebagai "bukan senang!".



Comments

Kayu Manis said…
salam,i follow..
Adie Achim said…
cinnamon:
Thank you very much!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!