Penulis menulis tulisannya
Mengimbas kembali tarikh 09.09.2009, penulis sebenarnya punyai empat blog pada ketika itu: myanak2ku, myimpian2ku, myjournal2ku dan myjalan2ku. Mengapa banyak sekali? penulis pun sebenarnya tertanya begitu tetapi terjawab dengan sendirinya oleh seorang rakan (kredit) menyatakan "baguslah.. variasi!".
Seminggu sebelum tarikh keramat itu (09.09.09), penulis mula berkira-kira untuk merancang sesuatu yang istimewa agar tarikh itu akan sentiasa dikenang. Akhirnya penulis mengambil kata putus untuk membuat satu blog yang baru bagi menggabungkan semua blog-blog tersebut. Namun atas kesilapan teknikal (sangat terkilan!) penulis telah terpadam tiga dari blog tersebut. Bagi mengubat kekesalan, penulis masih mengekalkan blog myanak2ku.
Blog Hikayat Adie Achim pada asalnya ialah Adie Achim, namun penulis tanpa sedar terpengaruh dengan Hikayat Putera Shazlan (sama ada benar atau tidak, hanya penulis yang tahu). Perubahan lain ialah templatenya yang serba hijau dan berkonsepkan minimalist.
Penulis amat menghargai para followernya dan para silent readernya. Terima kasihlah atas kelapangan masa dan kelapangan dada untuk terus membaca entri yang tidak seberapa. Kerana anda semua, penulis terus ingin berkarya.
Penulis memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa dan menyentuh perasaan. (ada yang memang disengajakan pun.)
Penulis mengucapkan selamat ulangtahun ke-2, buat blog Hikayat Adie Achim
Comments
p/s: pic tu pose sempena Raya kan?? kekeke...
he hee...
Makasey!