Persamaan Jared Leto dan Adie Achim
Apakah persamaan antara Jared Leto dan Adie Achim?
Keduanya ada penyakit 'gout'! Penyakit orang kaya tu! Bukan pasal banyak duit tapi kerana kaya dengan kristal yang terbentuk semasa serangannya.
Pertama kali merasa nikmatnya sakit 'gout' pada tahun 2007.
Kini, sekali-sekala kenikmatan itu datang lagi!
bergantung pada keramahan saya memakan segala pantang-larang terutamanya
yang mengandungi purin yang tinggi.
Dan baru sebentar tadi saya ke klinik untuk repeat Uric Acid dengan harapan bacaannya kembali normal, tapi rupanya masih tinggi (505). Adoi lah!
Saya memang dah aware dengan penyakit nie, memandangkan ramai ahli keluarga yang menghidapnya. Namun yang terlarang itulah yang nikmat! Pantang tinggal pantang, hati berbisik "alah makan skit ja.. nda apa apa tu!".
Kepada rakan-rakan di luar sana, buatlah ujian kesihatan. Sekiranya kandungan uric acid tinggi dapatlah mengawal pemakanan. Jangan sampai bergantung dengan ubatan!
Moleklah kiranya saya senaraikan makanan yang kaya dengan purin. Untuk info bersama, terutamanya si empunya blog!
ELAKKAN MAKAN:
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru dan ginjal (Tak makan pun!)
- Ikan bilis, Kembung, Sardin (semuanya favorite!)
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging (mama take note: kiub)
- Makanan bercengkerang seperti udang, ketam dan kerang.
KURANGKAN MAKAN:
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Kekacang
- Ayam, itik, ayam turky, angsa
- Roti, jagung dan bijiran
p.s: Orang kata pada usia 30+ penyakit amat jinak dan ramah kepada kita. Tapi si Seksi Bani tu makin mantop plak!
Comments
sebenarnya aku tak pernah buat medic screening.. takut... cuma makan kena kontrol sikit ler..
p/s: perlukah pic tak pakai baju jared leto tu? hahaha...
Terima kasih. OnshAllah akan cuba amalkan.
buatlah medic screening then baru kita tahu tahap kesihatan. Kalau ok kita akan kekalkan, mana yang tak bape ok kita kawalkan.
P/s: psl pic tu jawapannya: perlu sesangat!
ayah saya kata mungkin saya pun kena nanti...
Suka dengan pengolahan ayat :)
Tu lah pasal,terpaksalah pantang nampak!