'A' dan 'B'

Salam buat pembaca budiman,

Kebetulan saya berada di satu persimpangan yang memberi saya ruang mendengar butir perbualan,  biarlah saya tulis secara naratifnya:

"Si A dengan wajah kerut risau tentang baki cuti rehatnya yang sedikit, kelihatan Si B memujuknya dengan penuh diplomasi bahawa Si A perlu berpada-pada mengambil cuti, di samping itu menambah elemen bangga yang dia masih punya baki cuti yang sangat banyak.  Si A gundah kerana cutinya banyak dihabiskan dengan balik ke kampung menjenguk ayahnya yang sudah uzur dan risau sekiranya tidak cukup untuk menjenguk ayahnya di masa hadapan.   Si B menasihatkan bahawa Si A sepatutnya menyuruh adik-beradiknya yang lain menjenguk ayahnya."

Sumpah! hanya itu yang sempat saya dengar.  Namun begitu saya terfikir, benar dan betul kita terikat dengan peraturan dan ketetapan dalam mengambil cuti rehat.  Tapi apa salahnya sekiranya kita mengambilnya untuk menjenguk orang tua.  Saya jumpa ramai kakitangan yang bangga dengan baki cuti yang banyak, mungkin mereka merancangnya secara berhemah atau mungkin juga mereka memang begitu taksub untuk mempunyai baki cuti yang banyak atau untuk agenda yang lain (contohnya golden handshake kerr).  
Mana-manalah... dan anda bebas menentukan anda 'mungkin' yang mana satu.

p.s: Tahun ini saya banyak mengunakan cuti rehat, saya gunakan apa yang sepatutnya dan yang patut-patut belaka! saya gembira untuk itu. No regret!

Comments

Unknown said…
sy cuti susah nak dapat
Adie Achim said…
niesa:
hmm siannya. Buat-buat cuti tak bleh? gurau jer..
Jankaulu said…
Syabas anda mpunyai pengurusan cuti yang baik! Pengurusan cuti yang baik membantu prestasi kerja.

Ramai pekerja gagal mengurus cuti dengan baik, hidup tunggang langgang.

Nak bercuti ke Sarawak, hujung bulan ni, he he he.
Kayu Manis said…
kakak cinnamon hari2 cuti..
Adie Achim said…
Cinnamon:
Hari-hari cuti! :) bestnyer...
Adie Achim said…
Sukiman:
Nampaknya begitulah... baki cuti saya sudah tidak banyak tapi saya puas hati.

p.s: Selamat bercuti! Singgah Labuan? nnt sy dan seksi bani jemput :)

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!