Harapan di hari isnin.

Salam buat semua pembaca budiman.

Hari ini hari isnin. (Orang Sabah panggil hari satu)
saya suka hari ini. (Tau ramai yang tak suka)
Sebab saya akan pakai baju putih.(Saya wajibkan pakai pada hari isnin)
Putih itu adalah lambang kebersihan.(Saja nak bagi diri tu rasa suci walaupun berdebu!)


Sudah lama teringin nak buat ayat yang skema, wah terasa seperti seorang penggubal soalan lagaknya(hee  ee. sungguh tidak relevan, tapi itulah yang saya rasakan!) Oh sambung balik pasal hari Isnin.  Saya gemarkan hari Isnin seperti saya gemarkan kari ayam.  Tetapi hari ini, pagi Isnin saya tercemar dan biasanya ia bukanlah petanda yang baik buat saya.


Kisah pagi tadi adalah kesinambungan kepada kisah benar yang berlaku pada hari sabtu yang lepas, apabila saya begitu teruja melihat sebuah lori dengan nama syarikat orang melayu '**** harapan'  wah nampak sungguh meyakinkan!  Kelihatan beberapa pekerjanya yang juga orang melayu sibuk mengangkat peralatan yang saya yakini untuk menyelenggara alat penghawa dingin.  Maka saya menghampiri mereka dengan tujuan  untuk meminta perkhidmatan mereka, memandangkan aircond di rumah sudah kurang upayanya. 

Selesai suatu perbualan yang ringkas, saya balik ke rumah dengan eksperesi muka kepuasan: berjaya membuat perjanjian yang sungguh berjaya!  sehinggakan isteri saya terpedaya "bila diorang mau servis aircond tu papa?"  Saya menyambutnya dengan tergelak "mama, orang tu cakap diorang sibuk dan dia bilang nanti kami kasi tau bila dapat kasi servis".  

Kami sebenarnya sudah lama mencari golongan bumiputra untuk mengupah mereka sebagai galakkan dan sokongan namun kini keadaannya sudah berubah.  Mereka tidak perlukan semua tu! Mereka sangat berjaya! Sudah ramai saya dengar keluhan tentang sikap bumiputra ini. Agaknya mereka sudah maju dan harus bersikap selektif kepada pelanggannya. (Taulah aircond kat rumah saya tu hanya sebiji nak dibandingkan dengan rumah lain.  Tetiba bersikap paranoid!).  

Jadi, saya sambung kisah pagi tadi.  Semasa hendak keluar saya tersermpak dengan pekerja yang saya ceritakan tadi, dia hanya mengangguk dan buat selamba.  Saya sebenarnya masih berharap mungkin dia sekurang-kurangnya akan memberi tarikh atau masa dia akan datang namun tidak ada riak sedikitpun.  Saya berpendapat mungkin ini cuma pekerja sahaja namun tidakkah dia terfikir maju mundurnya syarikat tu bergantung kepadanya juga.  Akhirnya saya juga turut mengangguk dan berlalu pergi. Tidak semena-mena saya yang jadi malu dengan sikap orang kita.  

Nampaknya saya akan menghubungi beberapa kontarktor cina yang begitu ramah dan memberi kad perniagaan setiap kali datang ke kawasan kami.  

p.s: Mungkin nama syarikat itu patut ditukar kepada 'tinggal harapan'.










Comments

MAYA_mustwany said…
ha3 da memang mereka tolak rezeki.kita memang nak tolong melayu kan,tapi kalau eksyen..memang payah.

setuju cina lebih efisyen,call je terus datang.servis yang bagus.that's y la mereka maju dari syarikat 'tinggal harapan'
Adie Achim said…
Maya_Mustwany:
Tu lah pasal. Niat kita nak bantu, nak bagi sokongan, nak bagi galakkan. Tapi kalau eksyen pikir la sendri.

Thanx Maya.
Nong Andy said…
Susah btul nak tolong bumiputra ni kan..
Adie Achim said…
Nong Andy:
Tulah pasal..
"kami bukan along, kami cuma nak tolong larrr :)"
cinnamon.com said…
orang melayu ni byk berangan,betul ke?.
Adie Achim said…
Cinamon:
Angat Mat Jenin. Tapi dah makin ramai yang berpandangan jauh. Cuma orang kita ni mudah puas hati. Malas nak berusaha lebih. Ramai yang beranggapan, rezki ada di mana-mana.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan