Hari Khamis di SMBP Tenom


Semalam saya berbual secara maya di sebuah laman sosial. Ketika itu rakan berbual saya berada di Seoul menghadiri mesyuarat.  Dasat kann! Dia rakan lama... cukup lama tidak berjumpa. Namanya Ahmad Syahir Makros.  Seingat-ingat saya bapanya seorang inspektor polis. Dan itu (tahun 1991 / tingkatan 1) saya cukup yakin yang dia akan mengikut jejak langkah bapanya.  Tapi bukan, saya pun kurang pasti apa kerjanya dan tidak pula saya tanyakan sebab saya simpan untuk ditanyakan sekiranya dia datang ke SBPT Reunion's (II).

Sebelum tidur saya cuba ingat kembali memori sepanjang bersekolah di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Tenom.  Satu-persatu kenangan datang dan wajah-wajah lama muncul.  Dan pada pagi ini, sepanjang pemanduan ke tempat kerja saya cuba mengimbau apa yang berlaku seharian di sekolah tersebut. Pada hari khamis tahun 1992.  Ketika itu tinggal di blok Kundasang.

Pagi:
- Azan subuh berkumandang
- Dengar bunyi ketukan pintu di bilik sebelah (kejutan untuk solat subuh)
- Mandi di ruang terbuka, berhampiran surau di belakang blok perempuan.
- Bersarapan di dewan makan, menu sarapan: roti sandwich + kaya & majerin + telur + teh susu
- Sampai ke kelas, berrtugas lap cermin 
- Hari ini banyak subjek dua masa : Sains(Cikgu Joy), BM (Cikgu Siti Jauyah)
- Rehat : Ke kantin membeli Cucur sukun(jarang makan waktu rehat dan di SBPT nilah first time makan cucur sukun)
- Masuk kelas : Terus ke Perpustakaan Kelas BI (Teacher Judith)
- Balik semula ke kelas.  Subjek Sejarah (Cikgu Zubir) 
- Pulang
- Tukar pakaian
- Ke Dewan Makan
- Menu makan tengahari: Ikan goreng+sos+sayur sawi+air sirap
- Bersiap ke Prep
- Buat kerja rumah/tidur/merayau-rayau
- Habis Prep terus ke dewan makan
- Menu minum petang: bubur kacang+air teh-O
- Petang: jalan-jalan sekitar kolam renang/perhi kedai simpang/lepak-lepak di rumah cikgu
- Mandi (tempat biasa) kalau tiada air bersiap untuk mandi di luar (bawa baldi)
- Ke Dewan Makan
- Menu : Daging masak kicap+sayur kobis+tembikai
- Tengok berita (8.00pm-8.30am)
- Prep malam
- Balik Prep
- Tidur.

Hmm.. tu hanya rutin harian kita di SBPT, banyak lagi cerita best untuk dikenang.  Nantilah sambung cerita lain pula.

Jumpa Reunion SBPT II. Datanglah kita 1 SBPTenom!

p.s: Wah tidak sangka boleh ingat semua tu. Tahniah buat saya.  Kamurang masih ingat kah?


















Comments

Nong Andy said…
Tahniah. ko memang hebat sebab ingat lagi semua tu termasuk menu makanan hehehe.. kenangan masa sekolah yg x dpt di ulang kembali.
Kayu Manis said…
duduk asrama,mmg akan ingat kenang an tu..mcm anak saya tak habis2 cerita pasal asrama dia..padahal,dah tak duduk sana dah..saya pun pernah juga tggl di asrama..asrama mengaji pondok..je.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Haha... keanngan tu jadi manis sangat kerana sekolah tu dah ditutup. :(
Adie Achim said…
Cinnamon: Sy jadi shock masuk sekolah harian.. bleh absent. Yelah kt asrama penuh tak pernah ponteng. Pastu sampai beli tray sb rindu nak mkn kt asrama.
myra lalala~ said…
saya pon engat jugak mase dok kat asrama :)) sweet memory..terase macam nak buat entry yg same laa..heee
myra lalala~ said…
saye pon engat lahi mase dok asrama..sweet memory :)) rase macam nak buat entry yg same..heheh
rashidah said…
myra lala:
Hah buat larr, selagi kita maih ingat. Semua kenangan pahit masa duk asrama akan jadi manis apabila dikenang. :)
Qaseh Gifts said…
Adie, masa di sekolah memnag paling best, sebab tu kadanag kita boleh recall dengan mudah :-)
Adie Achim said…
Qaseh Gifts:
Ya terlalu banyak. Banyak betul perkara 1st time brlaku. Sbnrnya nak pergi reunion tu yang ter' recall :)
Anonymous said…
:-) memang banyak kenangan di SBPT yang susah mo kasi lupa..sampai sekarang saya pun masih ingat suma ragam kawan2 di sbpt. Rasa lucu pula bila ingat2 balik
Jankaulu said…
andainya dapat diulang semula suatu zaman yang bernama remaja...
Adie Achim said…
Anonymous:
Sehingga ke hari ini, kalau jumpa kawan ex-sbpt rasa rapat sangat/ mesra sangat! adoi rindunya mengenang kenangan lalu.
Adie Achim said…
Sukiman:

Kita Insan Biasa
( Jay Jay Feat. Dayangku Intan )

Andainya dapat ku ulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milik ku
Hanya buat mu

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku seperti mu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu

Diri ku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa yang silam
Ku sedia terima diri mu seadanya
Kita insan biasa

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!