Mari menegur


وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman
(Adz-Dzaariyat 51:55)
Salam buat pembaca budiman,
Menceburi bidang penulisan blog ini bukanlah sesuatu yang saya anggap sebagai 'suka-suki', walaupun ia bukanlah blog yang serius namun sebagai penulis kita sekurang-kurangnya akan mempertimbangkan unsur tauladan dan pengajaran.  Secara tidak langsung apa jua yang dicurahkan akan melalui tapisan pemikiran untuk diolah membentuk penulisan. (maksudnya pada yang sama, penulis bermuhasabah diri sendiri)

Ingin saya perkongsikan serba sedikit elemen yang saya ambil kira dalam menulis sesuatu entri (saya fokuskan kepada entri yang berbaur debat tentang sesuatu isu)

i) Niat
Saya betulkan niat iaitu untuk menegur dan berharap agar orang tersebut sedar dan akan mengubah atau sekurang-kurangnya memperbaiki kesalahannya. Saya juga niatkan buat diri sendiri juga agar lebih waspada dan bertindak wajar.

ii) Izin
Saya akan cuba untuk mengetahui dahulu kebenaran dengan mendengar sendiri dari mulutnya(penjelasan) dan meminta izin untuk dimuatkan dalam entri blog.  Ada juga yang saya minta izin secara berseloroh dan kiranya si empunya diri tidak keberatan saya akan masukkannya dalam blog.  Walaupun demikian, saya tidak akan sekali-kali menyebut nama tuan/puan tersebut bagi menjaga aib dan bertujuan untuk menegur secara umum agar mana-mana pihak yang terasa bolehlah join berfikir sekali.

iii) Teguran membina
Saya memastikan teguran yang membina, iaitu terdapat isu yang saya perdebatkan dan pada akhirnya saya sudahi dengan cadangan dan pendapat bagaimana mungkin ia membantu dalam mengatasi atau sekurang-kuranganya memperbaiki.

iv)  Pendekatan 
Saya menggunakan dua pendekatan: kasar dan halus.  Digunakan bergantung kepada keadaan.  Ada kalanya terpaksa berkasar untuk memberikan kesan yang lebih 'kaw'.  Teguran secara halus biasanya saya gunakan pada gambar.  Membiarkan pembaca menaakul sendiri mesej di sebaliknya.


v)  Ikhlas
Saya anggap semua yang saya tuliskan adalah muhasabah kepada diri sendiri.  Kalau saya fikirkan, siapalah saya untuk menegur? Tetapi saya ketepikan soal itu.  Kerana saya ikhlas hati dan tetap dengan tujuan yang satu untuk menegur dan melihat perubahan hasil dari teguran itu.  Hak tuan/puan punya diri untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.


vi) Terbuka
Saya sangat mengalu-alukan kehadiran komen dari pembaca, malah mendapat komen/teguran adalah hadiah yang berbaloi setelah brainstorming(dengan diri sendiri).  Jika pembaca perasan, saya akan membalas komen pada satu ruangan khas(maksudnya saya tidak akan berkongsi satu ruangan untuk menjawab dengan pembaca yang lain) sampai begitu sekali saya menghargai kalian komentar.  Begitulah saya menilai balik penulisan saya dan dengan hati terbuka menerima segala komen.




Kehidupan ini adalah satu pelajaran yang paling baik buat diri kita, terpulang untuk menerimanya secara bagaimana.  Diri sendiri yang menentukan untuk pilih yang mana satu dan apa juga keputusan itulah yang akan kita jadikan pengajaran buat santapan diri.  Tegur-menegur adalah sesuatu yang patut, ketepikan soal siapa yang menegur tetapi ambil intipatinya.  Sekiranya tidak kuat untuk menerima teguran ketepikan/abaikan saja (persetankan).

Jangan lupa kita punya tanggungjawab sosial untuk saling menegur sesama agama, sesama jantina dan sesama manusia.  Masyarakat pada masa kini terlalu mengagungkan privasi.
"biarlah itu hal dia", 
"em.. yang penting saya seorang beriman", 
"hah.. siaplah di akhirat kelak". 
"hmm.. bukan saudara aku pun". 
"tu hak dia, suka hati dialah?"
"ada aku kesah?"

Dialog klise kan, tetapi itulah yang berlaku sekarang.  

p/s: abang sulung saya pernah menasihatkan saya(almaklum tegar dengan kedegilan. Dululah) sekiranya kita tidak mahu mendengar nasihat, akan ada penasihat yang lain akan datang.  Kalau yang baik alhamdulillah, kalau yang tidak baik(Iblis) Fikirlah sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!