Sesat
Sesat
Langkahku tersasar..
Sesat di hutan belantara yang berbatu pejal
Terkeliru untuk beberapa kali..
Jalannya membingungkan.. aku alpa
Dan menangis…
tapi sesekali tertawa teruja..
Hutan ini penuh warna warni..
Indah tapi merbahaya..
Dari liku-likunya
Aku temui..
Yang berbau wangi..
Dan yang berupa hodoh..
Yang bertopeng manusia..
Dan kecantikan sang rubah..
Tapi isinya melukakan hati..
Atau kemilau permata yang ku sangkakan kaca!
Dari sini aku temui..
Onak duri yang mengigit betisku..
Adakalanya menjadi luka
Bengkak dan bernanah..
Perit.. sakit!
Tapi kesakitan itu membuatku lebih peka..
Tersilap langkah ini..
Tapi tak mengapa..
Hidupku tak seindah hidupmu..
Namun aku masih rasa bahagia!
Mungkin dunia kita tak sama..
Cerita kita di jalanan yang berbeza..
Walau sedikit cemburu padamu..
Keletihan masih jua milikku
Tak kira sebesar mana aku cemburu padamu!
Rentak langkahku mungkin amat perlahan
Tapi aku senyum lebih manis dari senyumanmu..
kerna aku sudah jumpa jalan pulang..
Setelah meredah sejuta kepayahan..
Setelah kehilangan..
Setelah kekesalan..
Setidak-tidaknya aku masih bertemu jalan pulang!
(kredit)
...
p.s: Nukilan yang terhasil atas nukilan. Maaf saya menyambungnya secara langsung dan disiapkan dalam masa 17 minit. Jadi kualitinya sebegitu.
Comments
len kali sy buat pusi lagi.. kita main smbung2 k..
Nice!!
tahniah lagi.
is ok.. rerajin lah datang :)
tadaklah hebat memain jer tu..
Sungguh 17 minit jak.. sy kurang puas hati mutu penghasilannya:( yup.. bleh bah main sambung2. ok jak :)
Makasih.. kdg2 kita bleh menulis puisi kurang dalam lima minit bergantung pada feel masa tu.
aiskrim dan puisi boleh buat cerpen tu :) idea mari Nong Andy
dah seminggu kau membisu
ku lihat entry mu masih juga yg itu
tertanya-tanya dalam hatiku
kenapakah engkau begitu?
Ataukah aku yg tak sabar menunggu
sedang kau, tngah mengumpul ayatmu
entry power yg akan buat ku terpaku
1 kisah yg trpendam dlm imegenasimu
meneka-neka dlm hatiku
apakah sebenarnya yg berlaku
sibuk atau tak ada ideamu
tapi aku masih jua menunggu..
:)
En. Sukiman, aku selalu ternampak di dashboad puisi yg di tulis tapi tak di publish! sempat baca permulaan je. tapi bila klik cannot acces la pula.. publish ajalah. aku nak baca :)
* adie, sila jawab :)
Aku jadi lesu
hampa membisu
buka mencari entrymu
kurasa jemu sebab tidak ketemu...
Kubuka pada awal pagi, tiada
tengahari tiada,
lewat angin petang tiada,
selepas berita perdana tiada!
Malaskah kini kau bercerita?
Atau terlalau dalam lukanya?
Atau sengaja nak mengada menduga?
telah berlalu hari-hari:
satu,
dua,
tiga...
dan seterusnya...(kalau kita membilang)
Tulislah apa-apa cerita
walau dua ayat cuma...
sementara aku masih ada...
:
Nong,
saya tak pandai mengarang, he he he. malu.
Aduyai! haha ada kisah di sebaliknya namun biarlah tpendam gitu aja. Oh saya amat terkesan sekiranya benar kamu mencari-cari dan menunggu entriku. Ini tekanan yang baik untuk terus menulis.
Terima kasih.
Membaca puisimu,
aku jadi kaku,
pada puitiknya ayatmu,
rasa macam disiku.
En. Sukiman biarlah saya berterus terang betapa dengkinya saya pada anda yang selalu punya entri yang bersahaja. Isu yang awk ketengahkan adalah cerita biasa namun punyai tarikan yang begitu magnet sekali untuk terus membaca. Sedang saya selalu tertanya-tanya okkah tulisanku ini atau menarikkah cerita ku ini.
Terima kasih atas puisi itu.
saya mengaku saya jarang baca blog orang,tapi saya suka baca jika org menulis dari hati...
tahniah...kerana berjaya menarik perhatian saya...
ceritalah apa sahaja asal dari hati kita...
adakala yg terpendam boleh di luahkan.. tak semestinya dlm bentuk pengakuan. Kisahkannya menjadi cerpen, ubah wataknya menjadi org lain.. kisah yg di smpaikan dari pengalaman biasanya 'hasilnya' smpai ke hati pembaca- mcm tulisan en.sukiman :)
Jangan kau lupa menulis Adie :)
**
En.Sukiman, kamu dah mengarang 'lebih' buat saya tersedu sedak membaca :)
Sangat menghargai :)
Terima kasih.
Sangat menghargai :)
Terima kasih.
Idea menarik! - Hadiah, Bajet dan Perancangan
Menulis tak selalunya mudah. Adakalanya ada idea tapi tak bersedia...
(tak bersedia kerana ianya terlalu sensitif dan peribadi...).
Terima kasih Qaseh.. taklah hebat.. biasa2 jer.. suka-suki :)
(tak bersedia kerana ianya terlalu sensitif dan peribadi...).
angguk-angguk :(
dan ku lihat masih begini
tercari-cari sebuah entri
yg mengubat rindu di hati
aku cuba mahu mengerti
tentu ada halangan di hati
kau bukannya menyepi diri
hanya blogmu tak ada entri
mungkin ia kisah peribadi
hingga buat mulutmu terkunci
cuba utk selesaikan sendiri
cuma aku yg tak sabar menanti
Lalu lalang aku di sini
dan mencuba ukir senyuman
walau blogmu tak ada entri
tapi kau masih sahut sapaan
:)
dan kini aku tercari-cari,
alasan apakah nak diberi,
terkial untuk punya satu entri,
mungkin tak cukup charge bateri,
atau nak salahkan Januari,
yang sibuknya tak terperi,
ingin saja jadi si pari-pari,
terbang bebas riang sanubari.
Nong saya sangat menghargai atas sapaan ini, sangat-sangat dan sangat. saya jadi takut untuk kehilangan anda semua. Jangan tinggal daku.
Bagi sikit masa. Kesibukkan Januari.
hakikatnya, tuhanlah yang merasa...
hakikatnya.. hanya empunya diri jua yang mengetahui...
januarimu sibuk, ku sibuk berangan
menyapa ke sini mencari ketenangan
kerana ku sedang cuba mengarang..
karangan di buat kisah dongengan
ia bukan kisah persahabatan
namun kau tetap jua ku kenang
di alam maya kita di temukan
Kami menanti penuh kesabaran
sibuk januari mungkin membebankan
tapi itulah hakikat kehidupan
moga 'ia' mampu kau tawan
*merapu di sini.. menyapa sahabat maya yang di hargai :)
Maaf saya tidak terperasan komen yang satu ini. Kiranya kau membacanya saya ingin ucap terima kasih yang amat sangat. Itu sangat membantu!
Sungguh kita berkawan di alam maya namun seperti kau ku kenali.
p.s: Penggunaan 'kau' untuk rakan-rakan yang rapat sahaja.