akhirnya saya menulis juga


“When one door closes another door opens, but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.”

- Alexander Graham Bell -


"Apabila satu pintu tutup akan ada satu pintu yang terbuka"  
Rasanya lebih kurang begitulah kalau dibahasa melayukanRamai antara kita (yang sebenarnya menunjuk ke batang hidung sendiri!) terperangkap dan masih dibayangi dengan kejadian atau kisah yang biasanya membuahkan kekesalan. Mungkin kerana sesuatu keterlanjuran prilaku yang melampau (amboi ayat!) atau mungkin atas suatu peluang keemasan yang terlepas di depan mata.
Kekadang kesannya sehingga menyebabkan tekanan perasaan dan gangguan jiwa.  Malah apa yang lebih teruk, ini adalah disebabkan oleh si empunya diri sendiri yang tak habis-habis men'torture' dirinya.  Kesian diri orang tu kann. (Tersengih sendiri...)
Cerita pasal pintu tertutup: itu boleh untuk dikenang sebagai satu pengajaran agar tidak berulang di masa hadapan.   Ya... pintu yang satu itu tertutup namun masih ada pintu lain (peluang baru atau ruang untuk memperbaiki kelemahan) yang masih terbuka malah mungkin ada beratus dan beribu pintu yang terbuka untuk anda.  Dunia ini penuh dengan peluang yang pelbagai.  Mungkin kehendak anda "C" namun mungkin anda dapat  "J".   Kenapa "C" dan kenapa "J" sebab itulah yang dipanggil rezeki. (dan kenapa huruf itu pula yang dipilih? oh.. itu sempena huruf awal nama ibu dan bapa saya)
Setujulah... Tidak semua yang kita rancangkan berjalan dengan lancar dan seperti yang kita mahukan.  Dan siapalah kita untuk menghalang sesuatu itu berlaku. Namun sekiranya kita terlalu fokus tentang suatu yang telah terjadi sehingga menyebabkan terkilan, kekesalan dan kerugian hanya akan menyebabkan kita tidak dapat melihat atau memikirkan peluang lain yang mungkin lebih baik (atau lebih cerah: iklan fair & lovely).  
Bukanlah sesuatu yang mudah/ tidaklah semudah yang disangka (saya selalu menghadapi masalah memilih ayat!) untuk kita membuka lembaran baru untuk mengubah perhatian dan fikiran kepada perkara yang lain.  Kerana mungkin sudah menjadi suatu kebiasaan dan kelaziman atau mungkin takut untuk mengulangi perkara yang sama namun mahu atau tidak kehidupan hendaklah diteruskan.  
Namun itu pilihan yang kita ada. 
Saya tidak minta anda setuju untuk apa jua yang diperkatakan di sini, namun fikir-fikirkanlah adakah dengan meratapi kesilapan dan kegagalan dapat membantu anda untuk lebih maju?  menebus kesalahan atau kegagalan lampau? Jika "ya" maka teruslah menangis dan menghempuk dahi ke dinding.  
Akhir sekali: bangun pagi, muka siapa yang dibasuh? jadi?
 
p.s: terima kasih buat mereka yang terusan menggalakkan saya menulis!

Comments

Kayu Manis said…
WHEN THERE IS A WILL THERE IS A WAY..
Adie Achim said…
cinnamon:
So true!
Adie Achim said…
nieysa:
ni tanda tak setuju lah ni kan :)
Jankaulu said…
saya setuju tetapi sukar untuk saya melaluinya...ada antara pintu-pintu itu tertutup rapat dan hilang kuncinya...

saya tidak pernah sembuh tetapi saya teruskan perjalanan...
Nong Andy said…
:)

saya rasa saya sembuh dengan baik. sesekali akan terpandang parut-parut hodoh yang tak akan hilang untuk selamanya. Parut itu tidak sakit lagi tapi tetap membuat saya ingat akan kesakitannya.

Dan kalau saja parut itu tidak ada.. mungkin saya akan lupa sepenuhnya sakit yang pernah diberikan oleh parut2 luka itu.

Tapi kerana adanya parut-parut itu saya menjadi lebih berhati-hati kerana bila memandangnya, ia umpama alarm yg memberi amaran supaya saya lebih berhati-hati.

ya.. saya tak berdaya menukar kisah silam tapi sekurang-kurangnya saya masih boleh mencorak masa depan :)

*Sungguh gembira kerana Adie menulis semula :)
Adie Achim said…
Sukiman:
Saya menarik nafas panjang-panjang membaca komen anda.. saya faham itu.. perjalanan yang terpaksa/harus diteruskan.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Biar parut itu menjadi azimat, buat penawar racun, buat penguat jiwa dan buat pelajaran paling berharga.

Terima kasih juga.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!