Tuhan tolong lembutkan hati dia...
Salam buat pembaca yang budiman. Ok filem ini sudah agak lama malah sudah banyak review yang dibuat (kebanyakannya memuji!) namun kita perlukan sesuatu yang membina demi filem tempatan kita! Yang sebenarnya juga, saya dicabar untuk mengetengahkan kelemahan dalam Filem Ombak Rindu. Bermulanya niat untuk menontonnya setelah begitu ramai ibu-ibu yang berpesan-pesan sesama mereka untuk pergi menontonnya malah siap bagi amaran "kalau pergi tengok, mesti bawa suami!". Begitu kuat penangannya, sehinggakan semasa menontonnya tanpa sedar mengalirkan air mata (saya menunggu babak yang kurang sedih untuk mengelap airmata dengan itu orang taklah perasan sangat.. tips!). Ok selesai memalukan diri sendiri. Tapi orang kata kalau tak nangis tengok filem ni, orang itu berhati batu! Untuk itu saya mengiyakan dan setuju dengan pendapat itu.. hehee.. Namun atau walaubagaimanapun saya yang memang kritikal dengan bab logik mengesan sesuatu yang kurang berjaya. Pad...