Tuhan tolong lembutkan hati dia...

Salam buat pembaca yang budiman.
 
Ok filem ini sudah agak lama malah sudah banyak review yang dibuat (kebanyakannya memuji!) namun kita perlukan sesuatu yang membina demi filem tempatan kita! Yang sebenarnya juga, saya dicabar  untuk mengetengahkan kelemahan dalam Filem Ombak Rindu.


Bermulanya niat untuk menontonnya setelah begitu ramai ibu-ibu yang berpesan-pesan sesama mereka untuk pergi menontonnya malah siap bagi amaran "kalau pergi tengok, mesti bawa suami!".  Begitu kuat penangannya, sehinggakan semasa menontonnya tanpa sedar mengalirkan air mata (saya menunggu babak yang kurang sedih untuk mengelap airmata dengan itu orang taklah perasan sangat.. tips!).  Ok selesai memalukan diri sendiri. Tapi orang kata kalau tak nangis tengok filem ni, orang itu berhati batu! Untuk itu saya mengiyakan dan setuju dengan pendapat itu.. hehee..

Namun atau walaubagaimanapun saya yang memang kritikal dengan bab logik mengesan sesuatu yang kurang berjaya. Pada babak Izzah menangis ketika menonton televisyen dan mendapat tahu Haris akan berkahwin dengan Milah.  Cuba perhatikan betul-betul, saat-saat dia mendengarnya dan perubahan air mukanya.  Rasanya ekspresi sedih itu terlalu awal ditonjolkan dan pada hemat saya dia memaksa dirinya untuk menangis. Walaupun dia membuktikan ada airmata yang keluar namun kurang penghayatan di situ.

Mungkin ada elemen 'instinct seorang isteri' di situ, bila mana Izzah dapat merasakan bahawa orang yang dimaksudkan ialah suaminya. Tapi bukan begitu ekspresi yang betul.. bukan begitu! (cuba ingat bagaimana wajah anda apabila tiba-tiba anda mendapat firasat atau perasaan yang aneh).  Agak-agaklah juga; bagaimana mungkin ada jutaan lelaki dan ribuan usahawan lelaki di Malaysia ni,  Izzah boleh terperasan suaminya yang dimaksudkan.

Contoh paling baik yang boleh saya berikan ialah filem Kabhi Kushi Kabhie Gham.  Babak Sharukh Khan turun dari helikopter; bagaimana ekspresi ibunya yang dapat merasakan anaknya yang baru sampai.   Lagi satu babak ketika ibu dan anak berada di shopping complex; lihat bagaimana ibunya mempamerkan rasa kehadiran anaknya di situ.  Ya lebih kurang begitulah. Hmm rasanya sebagai seorang pelakon lebih arif pasal tu kan. (Rasanya seperti  mengajar burung terbang pula)

 

Sebelum membuat entri ini saya membuat homework kalau-kalau idea saya ini telah diketengahkan dan saya jumpa ini :  Lebih 20 kesilapan dalam ombak rindu

p.s: Mungkinkah penonton memilih untuk melupakan dan memaafkan dek ketampanan Aaron Aziz dan kejelitan Maya Karin.



Comments

Kayu Manis said…
dah tgok juga ombak rindu,entah mcmmana boleh tgok,tak tahulah..mungkin byk org kata best sgt kut..

lama juga tggu apa yg bestnya,sampai sudah tak best2..sedih jauh sekali..

berbeza dgn cerita luar,kalau buat buat betul2..

apa2 pun kurang arif ttg dunia hiburan ni..

ustaz kata,boleh lalai nnti,buang masa,tak ada faedah langsung..
Adie Achim said…
Cinnamon:
Ok.. ni first aku dengar movie tu ak best :(

Kalau nak bandingkan kepuasan baca novel lebih lagi.

Betul hiburan ini melalaikan namun ada juga unsur teladan dan boleh menimbulkan keinsafan.
Anonymous said…
aku nanges..

bukan sebab cerite sedih.. tapi sebab tgk Aaron hensem sgt.. hahaha...
Adie Achim said…
Seksi Bani:
Tu bukan nanges tapi merembes!
Jankaulu said…
tak baca novel ni. Hanya tengok filem sebab ramai kata sedap.

Tak menangis sebab tak sedih. Lakonan Maya tidak terbaik, dia mungkin sesuai watak hantu atau misteri.

Ada cerita lebih sedih...heronya mati...(pulak sah, hehehe)
Adie Achim said…
Sukiman:
Filem ni ada unsur sedap :)

Nangis Maya baca komen nie :)

pulak dah :)
Adie Achim said…
Nong Andy:
Mana kamu? saya tertunggu2 komenmu :D
Kayu Manis said…
dah buat kek gula hangus..

tgh tggu n3 seterusnya.
Adie Achim said…
Cinnamon:
Heheee :)
Jankaulu said…
mengapa nong tak komen2 ni?
Adie Achim said…
Sukiman:
Ya saya tercari-cari dan ertunggu-tunggu juga :)

p.s: Rasa macam tak sah plak nak buat entri baru tanpa komennya.
Nong Andy said…
haha..

patutlah asik tergigit lidah. ada org panggil2 namaku hehe..
Nong Andy said…
rasanya pernah baca ombak rindu suatu masa dulu tapi sudah lupa ceritanya. gembar gembur pasal ombak rindu ini, tapi entah kenapa aku tak seberapa dgn wayang melayu hehehe..

*aku suka lakonan maya, fazura n aaron aziz dlm Pisau cukur hehe..
Nong Andy said…
En. Sukiman,

kamu cuti lama sgt. tolonglah...
Adie Achim said…
Nong Andy:

Untuk menonton filem melayu kena tengok di layar perak. Kalau tengok di TV alahai susah betul mau sampai feel tu.
Adie Achim said…
Sukiman:

"Tuhan tolong lembutkan hati dia.. "

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!