Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau. Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis. Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit. Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya. Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si suami masuk bersama dalam labour r…
Syahrul terkial.. Mencari-cari, bagaimana rasanya kehilangan sesuatu yang
tidak pernah dimiliki? Mungkinkah.. Perasaan itu hampir menyamai
tatkala masih kecil. Berada di kedai permainan sehingga lupa dunia,
berasakan semuanya milik sendiri dan meronta-ronta menangis apabila
dibawa pergi. Begitukah?? Kesedihan mungkin sama namun kanak-kanak
begitu mudah memaafkan, begitu mudah melupakan. Namun kehilangan ini
sukar betul untuk sembuh. Mungkinkah tidak akan sembuh.
"Yani... Aku
kehilanganmu sebelum sempat memilikimu..".
(Sambil baca boleh layan lagu nie.. Ini lagu tema)
........................................................................................................................................................... Hotel
tiga bintang itu tidak akan pernah menyangka, di situ akan bermulanya
sebuah kisah cinta. Kisahnya tidaklah sehebat Romeo dan Juliet atau
sehebat cinta rekaan Titanic, namun mereka punya episod cinta yang
penuh dengan kegilaan. Kisahnya …
Sudah tujuh purnama tidak menulis apa-apa.. yang sebenarnya seorang rakan yang suka baca blog tetapi tiada blog meminta saya untuk kemaskini entri. Saya cuma ada tidak kurang 10 minit untuk mencoret sesuatu.
Lalu teringat kepada suatu rutin yang agak baru buat saya. Bersenam dan mengingini tubuh badan yang cantik. Pada asalnya saya bawa isteri untuk bersenam bagi tujuan kesihatan tetapi akhirnya baru saya sedari, ianya adalah kemahuan dari diri saya sendiri.
Dahulu, saya tidak memikirkan sangat perut buncit. Anggapan bahawa itu sudah lumrah bagi lelaki berkahwin dan memang sukar untuk dielak.
Kini, saya sudah tidak selesa dengan perut boroi. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mensusutkan lemak pada perut. Saya ingin mengecilkan tanpa menggunakan produk kerana rasa lebih berbaloi.
Saya ada tujuh purnama lagi untuk ke arah itu.. Itu sasaran saya. Saya ingin kelihatan segak pada usia saya memasuki 40 tahun.
Comments
* aku pon ada impian yg sama adie :)
Tu lah.. macam best kan. Bah sama-sama kita realisasikan!
mini library boleh buat macam2 dalam tu.. kena kreatif dan timing yg betul (tetiba..pulak!)