pilih-pilih

Salam buat pembaca budiman,

Buat ke sekian kalinya saya ke kafe untuk membeli makanan buat sarapan pagi.  Buat pertama kalinya ter'perasan' agak ramai yang memilih menu kahwin (bukan merujuk kepada menu untuk pengantin) tapi makanan yang dicampurkan. Akhirnya saya putuskan dengan mengahwinkan bihun goreng dan mee goreng.


Google : sekadar hiasan



Saya mula terfikir dengan keputusan itu, mungkinkah?

i. Adakah saya terpengaruh dengan mereka?
ii.  Adakah kerana kedua-duanya nampak sedap?
iii. Adakah kerana risau salah satu tidak sedap?
iv. Adakah kerana tamak ingin merasai kedua-duanya?
v. Adakah saya mengalami kecelaruan untuk membuat keputusan?
vi. Adakah saya kurang yakin dengan pilihan sendiri?
vii. Adakah saya menjadi sangat malas untuk membuat pilihan?
viii. Adakah saya  'play safe' supaya tidak menyesal?



 Jawapan itu sebenarnya ada pada saya (ngada-ngada betul! macamlah orang nak tau sangat) malah ketika melihat pilihan kemungkinan itu saya masih dalam proses membuat pilihan.  Dan yang sebenarnya kita semua mempunyai jawapan kepada segala yang kita pilih cuma kekadang kita pilih (pilih lagi) untuk tidak memikirkannya.




Sukalah saya merujuk kepada seorang rakan baik yang suka meniru/mangikut apa jua menu yang saya pesan, pada asalnya saya rimas juga seperti dia tidak punya pendirian.  Ada suatu ketika, saya bertanya tentang sikapnya itu "ko ni tiada taste kah?" (lebih kurang gitulah ayat penutup saya tu) pastu dia jawab begini : "saya cuba kurangkan stress hidup." jawapan itu menyakitkan hati saya, betapa dia gunakan orang lain untuk kurangkan tekanan dalam hidupnya.  Kini saya terfikir kembali mungkin dia punya banyak tekanan dalam hidupnya. Jadi apa salahnya dia kurangkan tekanan dalam memilih makanan.

Betapa hidup kita ini dipenuhi dengan pilihan yang perlu dibuat. Saya jadi teringat dengan seorang cikgu ekonomi, beriya-iya dia memberi kefahaman tentang membuat 'pilihan' dengan kehendak yang pelbagai dan sumber yang terhad.  Kami boleh faham konsep itu tapi yang membingungkan kami apabila dia kaitkan dengan isunya memilih girlfriendnya atau pilihan bapanya untuk dijadikan isteri.  Pada ketika itu saya terfikir yang dia sepatutnya ikut dengan pilihannya sendiri.  Maklumlah begitu agungkan kisah romeo dan juliet.

Seorang rakan selalu ingatkan saya "ikut tu instinct bah" ya adakalnya memang berbaloi dan adakalanya nyesal juga (namun saya selalu praktikan tips tu!).

p.s: Saya ingin bertanyakan pendapat dari Pensyarah ekonomi pula.. sudikah Sir. Jankaulu menjawabnya dalam entri sir? 




Comments

Nong Andy said…
Dia memilih untuk diam dan kita hormati keputusan itu :)

haku pilih utk komen dan haku pilih big apple yang bernama 'the allien' hehehe.. (walaupong cuma gambar hiasan) hehehe..

proses memilih adalah satu tekanan juga jadi aku rasa mungkin kawan ko tu memang nak kurangkan tekanan ahaha..
Kayu Manis said…
bila dah byk warna tu mmg sukar utk di pilih..rambang mata.

setakat pilih mknaan utk di tiru tak apa lagi..

jgn ada hasad dlm makanan sudah..

santau ke!!
Adie Achim said…
Nong Andy:
Betul.. saya pun hormat juga. Cuma nak umpan kalau-kalau dapat.. Rindu nak baca entrinya.

Membeli donut big apple sangat kurang tekanan apabila saya dengan yakinnya akan mengambil semuanya serba satu.

Tensen pula denngan perangai kawan tu. Kita penat2 memikir menu makanan dia senang-senang ikut ja
Adie Achim said…
Cinnamon:
Jgn ada hasad dalam makanan.

Betul tu, dunia sekarang dah nak balik macam dahulu kala. Sudah mula kembali dengan ilmu-ilmu hitam untuk mengenakan orang.

Tapi kuasaNYa tidak terbanding hebatnya!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!