Posts

Showing posts from April, 2012

Have a nice day!

Image
Google : Sekadar hiasan Salam, Hari ini perjalanan ke tempat kerja begitu damai.  Mungkin kesan hujan gerimis menyepoikan suasana. (gambar hiasan namun hampir menyamai pemandangan jalan ke pejabat. Asyik kan!)   “Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih. Aminnn…” P.S: Kepada sesiapa yang telah aku sakitkan hatinya, aku mohon maaf dan ampun atas segala yang terjadi. Harap maafkan aku. Aku telah maafkan semua orang semalam. Aku rasa tenang dan gembira.

Nilai sahabat dan blog

Salam buat pembaca budiman, Melalui blog ini saya mengenal sahabat-sahabat maya yang walaupun tidak pernah bersua namun sudi untuk menjadi rakan. Pada ketika itu follower menunjukkan angka 352 orang.  (Angka itu tidak sampai 1 percent pun dibandingkan dengan Ben Ashaari) Kenapa nak samakan dengan Ben? sebab kami bermula pada tarikh yang sama 09.09.09.  Saya hampir-hampir menutup blog ini, kerana ada terdengar entri itu menyebabkan seseorang terasa.  Namun saya tidak jadi menutup blog dek follower.  Saban waktu banyak komen menyuruh saya bergiat aktif dan teruskan menulis. Apa perasaan anda apabila seorang Doktor menyatakan "I love reading your blog" Saya seperti terawang-awang dan saya amati itu bukan rasa 'riak' namun rasa seronok dan dihargai.  Faham sajalah kesibukan seorang doktor, bayangkan waktu rehatnya dia sempat membaca hasil tulisan yang tak seberapa.  Inilah titik-tolak saya mendapat rakan seorang doktor (Thank you Dr.F) Apa perasaan...

My Wallpaper

Image
p.s: beginilah rupa wallpaper desktop saya.  Choba lah goggle kat Wallpaper.  Sesuaikan mengikut saiz skrin anda.

Kisah RM10 yang hilang!

Image
Salam semua... Kisahnya; Saya terhingin menyertai pertandingan DiGi WWWOW AWARD dan tercari-cari gambar terbaik untuk dipertandingkan.  Cari punya cari saya teringat gambar yang pernah mendapat tempat "Gambar Terbaik" semasa mengikuti Kursus Fotografi.       Namun ada yang lebih menarik dari itu, ada kisah yang tersimpan dan hanya saya yang mengetahui menyebabkan saya rasa ia sangat berbaloi untuk dipertandingkan.  Saya ingin lihat sejauh mana ia boleh pergi.     Berbalik pada kisahnya.. wang RM10 lesap dalam masa lima minit sahaja.  Saya terleka dengan mengambil gambar dan ketika saya kembali untuk mengambilnya wang tersebut telah lesap.  Saya cuba berbaik sangka mungkinkah angin menerbangkannya atau sang semut membawanya pergi?   RM10 begitu bernilai buat saya, pengguna Digi Prepaid yang tegar .  Dengan RM 10/= saya boleh menghubungi friend dan family berjam lamanya (mengikut terma syarat).  Apa lag...

Doa dan munajat

Assalamualaikum wbr. Selamat datang Penghulu kepada segala hari.  Buat tatapan pembaca budiman sempena hari jumaat.    Kredit: Ismanadiablogspot  Jangan lupa Solat Jumaat :)  Gambar peribadi : abang  (Iman Hafiy)