Nilai sahabat dan blog

Salam buat pembaca budiman,


Melalui blog ini saya mengenal sahabat-sahabat maya yang walaupun tidak pernah bersua namun sudi untuk menjadi rakan. Pada ketika itu follower menunjukkan angka 352 orang.  (Angka itu tidak sampai 1 percent pun dibandingkan dengan Ben Ashaari) Kenapa nak samakan dengan Ben? sebab kami bermula pada tarikh yang sama 09.09.09.  Saya hampir-hampir menutup blog ini, kerana ada terdengar entri itu menyebabkan seseorang terasa.  Namun saya tidak jadi menutup blog dek follower.  Saban waktu banyak komen menyuruh saya bergiat aktif dan teruskan menulis.

Apa perasaan anda apabila seorang Doktor menyatakan "I love reading your blog"
Saya seperti terawang-awang dan saya amati itu bukan rasa 'riak' namun rasa seronok dan dihargai.  Faham sajalah kesibukan seorang doktor, bayangkan waktu rehatnya dia sempat membaca hasil tulisan yang tak seberapa.  Inilah titik-tolak saya mendapat rakan seorang doktor (Thank you Dr.F)

Apa perasaan anda apabila terserempak di jalanan dan seorang kaunselor menegur "wei.. lama tak update blog. Awat?"   Saya jadi termalu dan inferior(dahlah memang rendah) Maklum dengan mereka yang begitu arif dan kaya ilmu mengendali mamalia berambut hitam ini. Tanpa sempadan melalui blog saya terjah ke blognya dan menjadi kawan yang bebas memberi komen tanpa perlu rasa rendah diri (Terima kasih Kak Kin)

Apa perasaan anda apabila secara kebetulan terlihat seorang rakan sedang membaca blog anda dengan tekun dan ketika menyedari "huh.. am reading ur blog.. ding dong", Saya bagai nak menerkam dan bertanya "which entry?".  Pada masa itu saya rasa seperti berhutang.  Berhutang untuk menghasilkan lebih banyak entri yang lebih bermutu dan berkesan.

Saya bukanlah siapa-siapa dan dengan kapasiti 'bukan siapa-siapa' itulah saya menulis berdasarkan pengalaman hidup dan kisah benar yang akhirnya saya kongsikan bersama untuk satu pengajaran.  Nawaitu untuk menegur diri sendiri dan orang lain.  Saya rasa hanya dengan itu saya melunaskan tanggngjawab sosial (Masuk RELA tak larat) jadi hanya dengan bekalan pengalaman hidup sendiri dan orang lain.

Melalui blog, sahabat-sahabat maya mematangkan saya.  Saya berterima kasih kepada (nong andy, sukiman, cinnamon, ate, seksi bani, dan yang lain-lain) ada di antaranya merupakan pengomen tegar.  Itulah salah satu kepuasan dalam berblog apabila mendapat respon.  Saya menerima apa jua komen dengan hati yang terbuka untuk penambahbaikan.

Saya akui, tak semestinya semua idea dan pendapat saya adalah betul belaka, saya sedari itu apabila mendapat komen tentang pendapat dalam versi yang lain.  Terutamanya bab agama, saya banyak menceduk dari sumber yang boleh dipercayai dan buat olahan sendiri.  Malah saya tidak lupa pernah mengedit entri melalui komen yang saya baca adalah lebih sesuai menggunakan "mentauhdikan" dari perkataan "mengesaakan".

Saya punyai seorang rakan baik selama 25 tahun dan beliau tidak pernah membaca hasil tangan saya.  Saya hormat itu dan tidak rasa terkilan sebab saya mengenalinya sebegitu.  Dia seorang engineer yang berpotensi.  Berdamping dengannya selalu membuatkan saya tersenyum semasa menanda kotak cheklist pencapaian kami berdua.  (Begitu jauh saya ketinggalan)

Di dalam berkawan secara maya atau nyata, saya terima segala kelebihan dan keburukan sahabat saya dengan seadanya. Saya berusaha untuk mengenalinya luar dan dalam. Sehingga saya rasa perlu menjadi dirinya dan perlu menyelami hatinya. Pengalaman hidup menjadikannya begitu dan itu sesuatu yang saya tidak boleh menukarnya (perangai/sikap) sesukanya.

Di dalam berkawan dari yang kolar putih, kolar biru, kolar pink dan macam-macam kolar, saya percaya pada qada dan qadar.  Itu takdir untuknya dan saya tidak akan mempersoalkan kenapa dia jadi orang penting atau kenapa dia yang begitu bijak hanya jadi seperti ini.  Saya merasionalkannya begini "saya tidak tahu apa kesusahan dan kepayahan yang dia alami sehingga menjadikannya siapa sekarang ini".



Saya bersyukur punya 'self-esteem' yang agak baik.  Saya bebas menyuarakan pendapat dan selesa bergaul dengan semua orang.  Saya gunakan kemahiran berbahasa dan cara bersosial mengikut kesesuaian.  Namun ada masanya saya tersasar juga.  Adakalanya saya merengek/mengadu/membentak kerana saya anggap mereka seperti abang dan kakak.  Pada ketika saya sedar, saya sedang dinilai dan orang itu sepatutnya menjadi orang terakhir yang patut tahu.


Pada akhirnya blog dan kawan merupakan kombinasi yang paling baik.  Saya menghasilkan entri untuk sahabat-sahabat maya dan sahabat nyata untuk mendapat intipati yang cuba disampaikan.  Jangan bimbang.. anda tidak perlu ubah pendirian/pendapat atau pandangan anda semata-mata kerana penulisan saya.  Nilai dan kaji sendiri baik, betul, salah, silap dan kalau boleh kongsikan kembali kepada saya.

Saya ada rasa tanggungjawab untuk menegur mana-mana yang saya rasakan patut. Sebaik mungkin saya berusaha mencari sumber yang boleh dipercayai untuk saya jadikan rujukan sebagai intipati penulisan saya.  Nasihat buat diri saya dan sahabat-sahabat cuba dengar nasihat orang; kalau baik, terimalah... dan kalau tidak jadikan sempadan.

Manusia yang tidak suka mendengar nasihat akan mendapat penasihat yang sangat bijak memanipulasi apa jua keadaan yang baik menjadi jahat.  Penasihat "Iblis' yang direjam.  Anda tentu tidak mahu berkawan dengan makhluk itu bukan? jadi renung-renungkan apa yang anda percaya itu.. benarkah? atau anda ingin percaya apa yang anda percaya itu benar? (ada beza antaranya).


Saya pernah hampir-hampir menutup blog ini.
Saya pernah menyepi untuk satu jangka masa yang agak panjang.
Saya pernah hampir putus asa menjadi seorang 'blogger'
Saya pernah menangis teresak semasa menulis blog (entri berjumpa dengan sahabat yang telah meninggal)

Semuanya kerana kawan dan kerana kawan saya teruskan menulis di blog. Kerana blog saya dimusuhi dan kehilangan kawan.Saya terima itu.



Comments

Nong Andy said…
wah... kali ini panjang. meluahkan semua yg terbuku dalam hati? :D

lega.. ? best jugakan sekali sekala melepaskan apa yg selama ini membeban dlm hati. tak berdaya kita nak bentangkan pada orang itu. luah semuanya di blog satu medium yg boleh meringankan beban dalam hati :D

aku pun pernah lama menyepi, yr 2010 hanya ada 5 entri hehehe.. sekarang baru aktif kembali. dlm seminggu mesti juga ada satu entri :) akan datang tak tahu lagi..

jgn berhenti menulis.. kan menulis tu dah sebati dgn jiwa kita? :D
Adie Achim said…
Nong Andy:
hahah saya pun terfikir juga.. jenuh org baca nie. Penulisan dari hati yang tidak perlu idea cuma luahan rasa.

Lega sangat2! Iya bah blog ni lah tempat mengadu. Dah dia perasan itu entri untuk dia so saya bagi eksklusif entri.

bah mari kita teruskan perjuangan tulis-menulis ini.

p.s: hmm.. teruk juga saya kena Nong.. Biarlah.. ada balasan juga tu.
Unknown said…
Hehe...kepada abang yg dirindui selalu...bukannya adk x baca blog abg cuma malas/segan nak komen. Nukilan dan luahan abg terlalu telus sehinggakan buntu otak untuk mengulas tapi kali ni adk gagahkan diri jua untuk meng'komen dan men'Support.

Orang mcm tu jgn dilayan biarkan je, adk selalu ingat dosa kita dgn Allah senang untuk memohon kemaafan dan mungkin akan dimaafkan (taubat nasuha okay) TAPI DOSA SESAMA MANUSIA hanya boleh dihapuskan dengan memohon maaf dengan orang yang terbabit. Biar dia bw ke mati...pandai2la jwb nti. Bukannya berdendam tp kita bukan patung we r human.

Explain mcm mn pun klu dh terlebih "Genius" tu menyakitkan hati je... bijak ke klu isu yg mmg boleh diselesaikan 2 pihak dibw ke beberapa pihak utk diselesaikan?...rsnya sgtlah *&#@^

Gpun bkn ny br kenal, boleh je pun tny knp ltk entri cm tu dlm blog?x puas hati ke? dengki ke? ala laser laser kan dh biasa. Klu baru 2 3 thn kenal maybe la segan ckit u..u..i..i, u dan i memang x kenal sgt so this is me, this is who i am dont mess with me im superPOWER...bla bla bla

Bg adk rugi rsnya memutuskan hubungan kawan yg dh lama terjalin. TAPI klu kwn cm tu x rugi sedikit pun. I know you deserve better than that and you have million more friends really good friends so let it be....

p/s terasa sgt kot pun sb tu melenting

Sincerely ,
Ur LOvely Sis.
Adie Achim said…
My sis,
What a shock! I tought u never read my blog. It so wasn't u to read and giving comment :)

Anyway TQVM for the support.

Well.. so true! just let it be. I have so many proves but just in vain. Mebbe she started to realised her mistake but to proud to admit it!

Thank you.. mana adik aku yang lain tak komen pun (opss! aku ada satu adik ja. Peace!)
wahhh...mang ikhlas dri hati la entri nih.walaupon pnjang,sy suka bca.
Adie Achim said…
cex gulew-gulew chinta:
Tima kasih sudi luang baca entri yang terpanjang setakat nie. Kalim ni penghasilannya begitu lancar, terus dari hati :)
Jankaulu said…
andainya pada suatu masa saya memilih untuk tidak menulis blog lagi, blog kamu ini akan selalu ku kunjung juga kerana...

kerana penulisan dari hati...
Adie Achim said…
Sukiman:

Saya terharu

Terima kasih untuk itu

tapi berharap itu tidak berlaku.

Mari kita terus menulis!

Jangan Kita Lupa Menulis!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!